Semalam, satu perkahwinan remaja di awal usia telah berlangsung di Bangkok, Thailand. Muhammad Syurahbil bin Haji Sazaly 21tahun, telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Tasneem 17tahun, yang berasal daripada Bangkok. Khabarnya Syurahbil sudah boleh berkomunikasi mudah dalam Bahasa Thai. Beliau telah dihantar bertugas di TV Ikhwan (Saluran TV Internet milik GISB HOLDINGS Sdn Bhd yang dipancarkan ke seluruh dunia) sejak hampir 2 tahun yang lalu. Dengan perkahwinan ini, adakah Syurahbil akan terus berada di Bangkok sekurang-kurangnya untuk setahun dua lagi?
Syurahbil asalnya seorang pelajar terbaik SPM di sebuah sekolah tahfiz di Kota Bharu, Kelantan. Beliau terus bertugas dengan GISB walaupun masa yang sama mendapat tawaran masuk ke universiti. Keputusan meninggalkan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti bukanlah suatu yang sukar. Dia faham, pendidikan sebenarnya untuk membina hati mendapatkan rasa takut dengan Tuhan. Pendidikan tidaklah boleh dilihat semata-mata mendapatkan sijil untuk melayakkan seseorang mendapat pekerjaan - walaupun ianya suatu yang perlu di dalam kehidupan.
Sebaliknya kesempurnaan kehidupan tetaplah boleh dicapai dengan berbagai bentuk pekerjaan yang wujud di mana-mana. Asalkan kita mempunyai hati yang kuat hubungan dengan Tuhan, pekerjaan untuk hidup di dunia tidaklah payah untuk didapatkan. Tuhan tidak akan mensia-siakan seseorang hambaNya yang ikhlas untuk hidup dan mati keranaNya. Maka peluang mendapat rezeki yang halal lagi berkat dijamin Tuhan bagi setiap hamba yang bertaqwa.
Jadi, biarlah niat belajar itu kekal kerana Allah iaitu semata-mata untuk dapat mengenal Allah, mencintai Allah dan mendapatkan rasa takutkan Allah. Soalnya di manakah adanya sekolah yang memberi penekanan sejauh ini? Justeru Syurahbil bertemu dengan GISB / YKPPM - dua entiti perniagaan dan kebajikan yang menjadikan pendidikan jiwa sebagai asas keseluruhan operasinya.
Ertinya setiap warga kerja kedua-dua entiti ini menjadikan proses membina rasa hati dengan Allah itu sebagai keutamaan. Seluruh aktiviti syarikat (GISB) dan Yayasan Kebajikan (YKPPM) disusun-sesuai dengan jadual solat lima waktu - secara berjemaah. Bangun malam untuk bertahajjud dan beribadah malam adalah aktiviti ibadah yang ditekankan agar ianya terjadi di mana sahaja. Setiap pemimpin di setiap kawasan (Zon) akan memastikan proses pendidikan ini berjalan berterusan secara bersepadu. Ianya tidak terpisah-pisah atau tercaing-caing di sudut berasingan atau di masa berlainan. Ianya bahkan berlaku serentak 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu.
Konsep bekerja bagi setiap warganya ialah dalam bentuk bekerja sambil berusaha membaiki diri. Bagi pelajar dan remaja, pengajian di peringkat ilmu asas Fardhu Ain adalah satu yang wajib. Proses pendidikan seterusnya ialah menilai peranan hati masing-masing di dalam kehidupan dan pekerjaan. Para pemimpin akan mengenal pasti siapakah yang masih gagal dalam mujahadah melawan nafsu dan siapa pula yang meningkat rasa hatinya dengan Tuhan.
Untuk pengetahuan, semua sekolah berasrama penuh yang di bawah GISB HOLDINGS Sdn Bhd, sekarang diletakkan terus di bawah Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM). Dan semua sekolah berkenaan sedang dalam proses mendapatkan sijil kelulusan daripada Jabatan Agama di negeri masing-masing. Bagi negeri Selangor, beberapa buah sekolah sudah pun di peringkat akhir penilaian bagi menerima kelulusan berkenaan oleh Bahagian Pendidikan JAIS.
Kurikulum JAIS dan juga kurikulum rendah atau menengah kebangsaan bukanlah halangan melaksanakan sistem tarbiyah seperti yang diharapkan. Ianya bergantung bagaimana para guru menjadikan setiap pelajar sebagai subjek sasaran. Maksudnya kaedah pengajaran dan pembelajarannya tetaplah mengikut silibus yang ditetapkan tetapi inisiatif para guru ialah memasukkan unsur pembinaan rasa hati untuk terhubung dengan Allah swt. Ini semua memerlukan guru yang kreatif dan berinovasi dalam penyampaiannya.

Jadi, di peringkat pelajar rendah dan menengah, GISB / YKPPM tetap mendaftarkan semua sekolahnya di bawah Jabatan Agama. Bahkan kalau perlu - mendaftarkan juga dengan Kementerian Pendidikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). BACA DI SINI
Jadi di dalam GISB / YKPPM, proses didikan seperti memberi panduan, bimbingan, teguran, memberi kesedaran dan keinsafan berjalan secara terus dengan berbagai pendekatan yang berhikmah. Bagi mereka yang hatinya agak stabil, maka mereka akan diamanahkan mengendalikan anak buah yang lain. Maksudnya setiap warga mesti menagih bantuan dan pertolongan Allah dalam kehidupan sehariannya. Hubungan hati dengan Allah bermaksud mengekalkan rasa hamba yang hina sehina-hinanya di sisi Tuhan yang maha agung, maha segala-galanya. Sejauh mana seseorang itu dibantu Allah dalam tugasnya bergantung rapat dengan kuat atau tidaknya hubungan hatinya dengan Tuhan.

Kelihatannya konsep ini seperti berat dan sulit? Ya! sememangnya berat dan sukar melepasi halangan nafsu dan syaitan yang sering menganjurkan kelalaian dan kealpaan. Dosa dan maksiat itu adalah anjuran nafsu dan syaitan. Itulah kegembiraan nafsu dan hiburan untuk syaitan. Maka jika kita lawan dengan usaha mendekatkan hati dengan Allah swt, nafsu dan syaitan akan sengsara. Itulah yang dirasa berat dan sukar.
Sebenarnya konsep pekerjaan dan kehidupan sebegini adalah harapan semua orang beriman. Siapa sahaja yang tahu hakikat dirinya, pasti mencari-cari peluang mendapatkan suasana sistem hidup sebegini. Justeru GISB / YKPPM menjadikan pekerjaan itu kekal sebagai ibadah yang ingin dipersembahkan kepada Allah - sesuai dengan ikrar setiap kali doa iftitah di dalam solat. Kita mengaku ikrar untuk menjadikan solat, seluruh ibadah, hidup dan mati adalah untuk Allah!!
Di dalam GISB / YKPPM, konsep bekerja (baca berjuang) adalah konsep yang diselaraskan pula dengan kehendak semasa di mana setiap warga kerja tetaplah mempunyai pendapatan bagi sara-hidup serta keperluan diri dan keluarga masing-masing. Apa yang menariknya ialah bagaimana sistem kerja itu diseragamkan dengan kehendak agama. Ianya menjadi selari dan senada dalam semua hal.
Maksudnya bila kehendak Allah diutamakan, barulah kita nampak hikmah dan keberuntungannya yang besar di sebalik konsep yang dilaksanakan ini. Belum cuba belum tahu, tidak kenal tentulah belum cinta. Apa yang ada - yang berguna belum tentu dirasakan perlu jika tidak mencubanya. Dekatilah GISB / YKPPM, nanti anda akan tahu banyak perkara yang anda cari-cari selama ini.
Seperti yang Pak Lang nyatakan dalam blog ini, remaja GISB / YKPPM mempunyai peluang bertugas di luar negara - suatu yang perlu bagi seseorang menimba pengalaman dalam kehidupan. Apa yang penting, cabaran berada jauh dari keluarga memerlukan kekuatan jati diri untuk 'memantau diri sendiri'. Sejauh mana seseorang remaja itu dapat taat dengan Tuhan di mana jua ia berada adalah satu penilaian yang siginifikan dengan harapan agar dia menjadi seorang pejuang agama - membela Allah dan Rasul.
Apa yang dilalui Syurahbil adalah contoh terbaik bagaimana perjuangan mendaulatkan Islam itu relevan untuk dijadikan sistem hidup seseorang muslim. Syurahbil bertugas di Bahagian Penerbitan TV Ikhwan yang bertanggung jawab memastikan bahan untuk siaran tv tersebut sentiasa berkualiti. Untuk itu dia mesti menjadi seorang yang pro-aktif dalam mendapatkan bahan, membuat laporan mengenai bahan yang diperlukan serta membuat semakan bagi setiap bahan yang dihantar dari seluruh dunia.
Tugas Syurahbil tentulah sangat mencabar kerana semua tugas itu dilakukan dalam keadaan dia juga sedang belajar. Dia perlu segera menguasai bidang yang diamanahkan padanya dengan cekap. Beliau dipantau terus oleh penerbit yang lebih berpengalaman. Jika dia sudah mahir, dia pulalah yang akan diamanahkan tugas sebagai penerbit. Sebenarnya GISB komited untuk melahirkan seramai mungkin tenaga muda yang tentunya jika dibimbing, mereka akan menjadi sumber tenaga kerja yang produktif (dan juga bertaqwa - Insya Allah).
Syurahbil baru dua tahun bekerja tapi sudah mampu mendirikan rumah tangga. Sedangkan Pak Lang bertemu dengan ramai tenaga kerja profesional di firma-firma swasta dan korporat yang belum mampu berkahwin. "Bukan tidak mahu tetapi belum mampu. Duit yang dikumpulkan belum mencukupi untuk belanja kahwin" itulah alasan popular mereka.
Di dalam GISB / YKPPM, semua remaja biasanya dikahwinkan secara beramai-ramai. Ianya lebih meriah dan menjimatkan kos. Tentunya tidak ada pembaziran apatah lagi untuk berbangga diri. Percayalah, kami berbangga dengan sistem hidup sebegini dan kami akan terus memahamkan semua pihak agar berusaha mengaplikasikannya di tempat atau syarikat atau sekurang-kurangnya di dalam keluarga masing-masing.

Bagaimanakah sistem gaji atau pendapatan bulanan seseorang warga kerja GISB?
Sukalah
Pak Lang nyatakan bahwa GISB / YKPPM mengamalkan sistem perbelanjaan
mengikut keperluan. Apa sahaja keperluan warga kerjanya maka syarikat
akan menguruskan semuanya. Justeru setiap orang warga kerja GISB / YKPPM
tidak menanggung hutang dan tidak membuat hutang baru demi meneruskan
kelangsungan hidup. Bukankah situasi ini sangat lumrah ditempuh oleh
mana-mana individu terutama yang baru bekerja.
Syurahbil baru dua tahun bekerja tapi sudah mampu mendirikan rumah tangga. Sedangkan Pak Lang bertemu dengan ramai tenaga kerja profesional di firma-firma swasta dan korporat yang belum mampu berkahwin. "Bukan tidak mahu tetapi belum mampu. Duit yang dikumpulkan belum mencukupi untuk belanja kahwin" itulah alasan popular mereka.
Seseorang
teruna lelaki perlukan RM20 ribu untuk membolehkan dia berkahwin di
negara kita sekarang. Jika tidak mahu mengadakan majlis kenduri - cukup
sekadar akad nikah kemudian minta jurunikah baca doa selamat, rasanya
cukuplah RM10 ribu. Itupun sukar bagi seseorang untuk berjimat wang gaji
bagi mengumpul wang sebanyak itu.
Di dalam GISB / YKPPM, semua remaja biasanya dikahwinkan secara beramai-ramai. Ianya lebih meriah dan menjimatkan kos. Tentunya tidak ada pembaziran apatah lagi untuk berbangga diri. Percayalah, kami berbangga dengan sistem hidup sebegini dan kami akan terus memahamkan semua pihak agar berusaha mengaplikasikannya di tempat atau syarikat atau sekurang-kurangnya di dalam keluarga masing-masing.
Kenapa bekerja dikatakan sebagai berjuang membela Allah dan Rasul?
GISB
/ YKPPM mendokong konsep kerja adalah ibadah. Apatah lagi jika
pekerjaan itu dalam usaha memartabatkan Islam sebagai sistem hidup. Maka
semua aktiviti perniagaan dan kebajikan yang kami jalankan adalah
berteraskan sistem yang mahu membesarkan dan mengagungkan Allah dalam
segenap aspek.
GISB
/ YKPPM membangunkan perniagaan, perkilangan, perkhidmatan kesihatan,
pendidikan, kebudayaan, pemasaran, pelancongan, pengangkutan, pertanian,
multimedia dan sebagainya adalah dalam usaha membangunkan kewajipan
fardhu kifayah. Ianya tuntutan wajib ke atas umat Islam yang kami cuba
laksanakan semampu yang mungkin.
Bayangkan
jika ini semua terlaksana atas nama Islam, tentulah Islam dilihat mampu
dan berupaya menjadi sistem hidup bermasyarakat. Orang bukan Islam akan
melihat Islam itu sistem hidup yang praktikal - bukan sekadar
dicakap-cakap, diteori-teori atau dislogan-slogankan!! Inilah yang
dimaksudkann dengan perjuangan yang berteraskan hubungan dengan Allah
swt serta berkasih sayang sesama umat manusia. Tentunya bukan perjuangan
militan, kekerasan dan sebagainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan