Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Australia Sahkan "MH370 TIDAK Berakhir Di Selatan Lautan Hindi"

Imej
Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu. "Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370. "Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian,” katanya. HMAS Ocean Shield , kapal uta...

Unsur Babi Yang Digunakan Dalam Perubatan Tidak Haram?

Imej
Isu unsur babi dalam pemakanan dan perubatan semakin diperkatakan. Ini bukanlah isu baru. Sejak lama umat Islam menyedari wujudnya penggunaan unsur babi dalam dua bidang ini. Selama ini ianya masih samar-samar diperkatakan dan diperdebatkan. Tahu dan sedar adanya penggunaan unsur haram ini tetapi tidak tahu secara jelas, terperinci dan berfakta.    Tetapi apabila teknologi berkembang, apa yang samar selama ini jadi jelas dan sahih. Tidak boleh lagi takwil dan buat alasan. Hukum dan fatwa mestilah segera dikeluarkan - setelah mengkaji perbahasannya dalam mazhab Syafie - menurut ahli sunnah wal jamaah. Jangan pula mengikut fahaman Wahabi yang mengatakan haram pada babi itu hanya pada dagingnya!! Masya Allah!!  Persoalan menggunakan unsur babi dalam perubatan adalah hal dharurat - suatu yang tidak dapat tidak dan tidak dapat dielakkan. Kita perlukan kata putus Jawatan Kuasa Fatwa dalam hal ini. Dalam soal makanan, situasi dharurat hanya berlaku jika tidak ada ...

Coklat Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’, Kata Majlis Fatwa Kebangsaan

Imej
  Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. "Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang ...

Mengajar Anak Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab

Imej
Tips mengajar anak berbahasa arab ini sangat menarik. Marilah sama-sama kita praktikkan di sekolah dan di rumah kita. Banyak lagi bahan bermanfaat yang dipaparkan dalam blog http://cinta-rasul.blogspot.com ini : Tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab (Siri 1) بسم الله الرحمن الرحيم Ya ALLAH... sebenarnya malu sungguh nak bercerita tentang tajuk ini. Bagaimana saya mendidik anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Kerana saya rasa bahawa saya masih belum berjaya lagi sepenuhnya. Perjalanan masih jauh lagi... Tapi atas niat ingin berkongsi manfaat, meninggikan semangat masyarakat luar dalam mendidik anak2 cintakan bahasa Al-Quran, InsyaALLAH saya cuba kongsikan sebaik mungkin InsyaALLAH Entri ini juga adalah untuk menjawab soalan Ummu Muhammad tentang bagaimana nak mendidik anak berbahasa Arab bagi ibu bapa yang tidak kuasai dalam Bahasa Arab. InsyaALLAH saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan izin ALLAH. Bagi saya, kanak2 boleh bercakap apa saja bahasa y...

Teknik Memotivasi Pelajar Corot

Imej
Paparan berikut diambil dari blog-blog berikut. KLIK DI SINI , DI SINI . DI SINI DAN DI SINI Kepada para pendidik, sila ikuti paparan yang dibentangkan di dalam blog mereka. Paparan mereka sangat menarik dan praktikal. Elok juga diusahakan menjemput mereka menyampaikan ceramah atau panduan praktikal mengendalikan pelajar. Pak Lang percaya ianya sangat bermanfaat.  T eknik 1: Apabila Pelajar Melakukan Kesalahan, Jangan Ditanya "Kenapa....?"   Pelajar kelas corot banyak melakukan kesalahan. Contoh-contoh kesalahan yang kerap berlaku dalam kelas corot: a. Bising semasa guru bercakap. b. Tidak membawa buku. c. Tidak menyiapkan kerja latihan. d. Mengantuk dan tertidur. Dalam teknik motivasi Islam, guru tidak boleh bertanya dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mempersalahkan murid: "Kenapa....?" (SALAH) "Mengapa....?" (SALAH) "Apa sebab....?" (SALAH) "Apa pasal....?" (SALAH) Ayat tanya yang menggunakan perkataan-perka...

12 Golongan Orang Yang Dicintai Allah

Berikut dinyatakan 12 kelompok umat islam yang dicintai Allah. Apakah rahsia mereka sehingga mendapat kedudukan mulia di sisiNya? 1. SUKA MENOLONG ORANG MU'MIN “Orang mu’min yang paling dicintai Allah adalah orang mu’min yang menolong orang mu’min lainnya yang faqir duniawi dan mata pencahariannya, orang mu’min yang menolong dan memberi manfaat dan menahan diri dari yang tidak disukai orang-orang mu’min lainnya.” ~ Imam al-Shadiq as MANUSIA adalah makhluk sosial, oleh karena itu, manusia tidak bisa tidak harus saling tolong menolong dengan sesamanya. Ada dua macam tipe tolong menolong : Tolong menolong di dalam kejahatan dan tolong menolong di dalam kebaikan. Allah SwT berfirman, ”Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan ketaqwaan. Dan jangan tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (QS 5 : 2). 2. BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA SESAMA MANUSIA Pada masa ini, banyak kita temui gangster, mafia, dadah atau bahkan orang-orang yang bekerja sama di dalam jenayah...

Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali - Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat

Imej
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang. Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari. "Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,...

Respon Imam Masjid Negara Terhadap Isu DNA Babi Dalam Dua Produk Cadbury

Imej
Isu DNA babi dalam produk makanan yang dilabel halal sedang heboh dibicarakan masyarakat. Isunya pelbagai. Bukan sekadar syarikat yang mengeluarkan produk semata-mata tetapi juga membabitkan kredibiliti JAKIM yang mengeluarkan sijil berkenaan.    Kita menyedari bukannya mudah bagi JAKIM menjalankan pemeriksaan ke atas semua syarikat pengeluar makanan. Kekurangan kakitangan mungkin salah satu faktor utama. Justeru JAKIM memerlukan kerjasama semua pihak untuk melaporkan sebarang keraguan berkaitan status halal sesuatu produk.   Terdapat beribu syarikat pengeluaran produk makanan di negara kita. Jumlahnya mungkin mencecah puluhan ribu buah syarikat tetapi hanya 17 syarikat yang mendapatkan sijil halal JAKIM . 17 syarikat ini mendaftar 2141 jenis produk. Maklumat dalam Direktori Halal Malaysia memaparkan tarikh 2011 - 2012. Tidaklah diketahui bagaimana statusnya sekarang. Jika ianya diperbaharui kenapa tidak dikemaskini di dalam direktori berkenaan?  ...

DNA Babi Dalam Makanan

Orang Melayu dan babi - RENUNGAN dari blog Sdr Sayuti omar Penemuan DNA babi (procine) dalam dua jenis coklat Cadbury yang diriuh randahkan oleh beberapa NGO bertopikan Melayu dan Islam sekali lagi menggambarkan kecetekan pengetahuan dan nilai agama dalam sesetengan kumpulan penganut Islam di negara ini. Babi memang diharamkan dari dimakan kerana sebab-sebab yang Allah s.w.t. sahaja mengetahuinya lebih mendalam. Secara saintifiknya kita diberi tahu dalam daging babi ada verius yang sukar dimatikan dan berbahaya kepada manusia. Sejauh mana ia berbahaya dan kecanggihan ilmu perubatan tidak dapat mematikannya, menjadi persoalan dan tanda tanya. Kerana kalau benar verius itu membawa maut dan merosakkan sistem saraf kehidupan manusia, mungkin ramai manusia yang terkorban dan rosak dengan virus berkenaan. Pemakan daging babi di dunia ini bukan sedikit dari Timur hingga ke Barat. Hanya orang Islam sa...