Penulis blog perlu mempunyai kod etika
KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.
"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.
"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.
"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini.
"Kita (penulis blog) mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada rakyat seterusnya mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan itu.
"Sehubungan itu, kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah," katanya.
Beliau berkata, kuasa itu juga merupakan keperluan untuk seseorang penulis blog menjadi seorang yang bertanggungjawab seterusnya menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakyat di seluruh dunia.
"Sekiranya peranan itu berjaya dimainkan, saya percaya blog yang kita miliki bukan sahaja akan popular malah menjadi rujukan seluruh pembaca media alternatif itu di seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kebebasan media arus perdana, Dr. Mahathir berkata, tiada kebebasan media di negara ini kerana kebanyakannya sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pembangkang dikawal oleh pihak tertentu.
"Oleh sebab itulah, tidak semua maklumat yang disampaikan dan disebarkan melalui media arus perdana di negara ini dinyatakan secara menyeluruh dan kadangkala bertentangan dengan fakta sebenar," katanya.
Bagaimanapun, katanya, media arus perdana seperti surat khabar tidak boleh disalahkan sekiranya maklumat atau berita yang disampaikan tidak mencukupi dan memuaskan hati pembaca.
"Ini kerana, selain berita, surat khabar juga mencetak iklan-iklan bagi menambahkan nilai komersial akhbar tersebut. Ruang yang terhad juga menyebabkan kurang berita yang dapat disampaikan kepada umum," katanya.
Beliau berkata, selain surat khabar, pembaca juga boleh mencari alternatif lain kerana terdapat banyak akses untuk pembaca mendapatkan maklumat.
"Tetapi pembaca perlu bijak untuk menilai maklumat yang diterima, sama ada ia betul atau tidak kerana ada antara maklumat yang diperolehi terutamanya melalui internet hanyalah berbentuk propaganda," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz30xPcKqxS
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:
Catat Ulasan