Kita manusia hamba dan khalifah. Sebagai hamba kenalah beribadah. Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun, mendidik, membangun dan berkemajuan. Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan. Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya, masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya. Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan.
Apabila manusia berjalan seimbang kehambaannya dan kekhalifahannya, dunia ini akan menjadi syurga sebelum syurga. Manusia akan berakhlak mulia seiring dengan ketinggian tamaddun. Ianya laksana satu di dalam dua. Peribadi dan pembangunan dilihat satu. Sebab itu bekerjalah dalam keadaan mempunyai rasa hati terhubung dengan Allah. Berukhwah, bersatu dan berharmonilah sesama kita. Perpaduan menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
Allah Taala yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dengan kehendak-kehendak-Nya, menciptakan dunia dan seluruh isinya. Kemudian menjadikan manusia untuk tinggal di dalamnya dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya sekaligus menjadi khalifah-Nya. Manusia mesti berperanan sebagai khalifah iaitu pengganti Allah di bumi, demi untuk mengatur, mentadbir, mengurus, memaju dan membangunkan dunia ini. Sama ada di bidang ekonomi, pendidikan, pertanian, kemasyarakatan, pembangunan dan lain-lain mengikut syariat-Nya. Ini telah dinyatakan melalui Al Quranul Karim.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Al Baqarah: 30)
Allah berfirman lagi: “Kemudian Kami jadikan kamu khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu.” (Yunus:14)
Walaupun Al Quranul Karim telah memberitahu tugas dan tanggungjawab manusia di dunia ini dan diberitahu mereka yang menunaikan tanggungjawab akan masuk ke Syurga, manakala yang tidak bertanggungjawab ke Neraka, namun tidak semua manusia percayakan berita ini serta beriman dengannya. Bahkan yang percaya dan beriman dengannya pun, kerana tidak mampu melawan nafsu serta mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi, ramai yang tidak dapat benar-benar memperhambakan diri kepada Allah. Dan mereka gagal menjadi khalifah-Nya yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan syariat-Nya. Kerana itulah Allah Taala berfirman ertinya: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’: 13)
Untuk mengenal dan mengetahui kedudukan diri kita sendiri, kita perlu mengetahui peringkat-peringkat manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini. Nanti kita akan dapat mengagak dan menduga di peringkat mana kita ini sama ada di peringkat yang taat atau peringkat yang derhaka, peringkat yang bertanggungjawab atau yang cuai.
Pembahagian manusia sebagai hamba Tuhan sekaligus khalifah-Nya adalah seperti berikut:
A) Golongan yang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka itu hamba Tuhan dan khalifah-Nya.
Mereka ini adalah golongan yang tidak tahu, tidak sedar atau tidak mengambil tahu apakah dirinya hamba dan khalifah Allah atau tidak kerana mereka tidak beriman dengan Al Quran dan As Sunnah. Oleh itu sudah tentu mereka tidak memperhambakan diri kepada Tuhan. Kalau ada yang memperhambakan diri serta membuat penyembahan tetapi bukan kepada Allah dan caranya juga tidak seperti yang Allah kehendaki.
Begitu juga mereka mentadbir kehidupan di dunia ini, tidak dengan syariat Tuhan tetapi dengan ideologi yang mereka buat sendiri. Mereka tidak akan merujuk kepada perlembagaan Allah kerana mereka tidak menganggap dirinya khalifah Allah. Mereka berbuat sesuka hati. Mereka mengurus kehidupan tidak ada hubung kait sama sekali dengan Allah. Mereka itulah golongan orang-orang kafir.
B) Golongan yang tahu bahawa mereka adalah hamba dan khalifah Allah di bumi tetapi rasa kehambaan dan kekhalifahannya tidak ada atau tidak wujud.
Golongan ini tahu dan sedar bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifahNya di bumi tetapi kerana jahil, lemah melawan hawa nafsu, cinta dunianya begitu kuat, kepentingan peribadinya terlalu banyak, maka oleh yang demikian rasa kehambaannya kepada Allah begitu lemah. Maka dia cuai memperhambakan diri kepada Allah. Sebab itulah pengabdiannya kepada Allah lemah dan cuai. Boleh jadi langsung tiada.
Begitu juga rasa kekhalifahannya kepada Allah sudah menipis. Syariat Allah tidak berjalan di dalam usaha, pekerjaan dan pentadbirannya. Lantaran itu dalam mereka berusaha, berjuang, mentadbir, mengurus, membangun serta memajukan dunia ini, mereka sudah tidak ada rasa tanggungjawab kepada Allah. Maka mereka pun melakukan sewenang-wenangnya di bumi ini. Undang-undang yang dibangunkan adalah berdasarkan akal atau ideologi atau pragmatisme bukan daripada Al Quran dan As Sunnah lagi. Kalau ada pun berlaku hanya di sudut-sudut yang sangat terbatas atau di aspek-aspek yang tertentu sahaja. Mereka ini adalah golongan umat Islam yang fasik atau zalim dan ditakuti kalau dibiarkan terus boleh membawa kepada kekufuran.
C) Golongan yang merasa kehambaan dan kekhalifahan kepada Allah di bumi.

Rasa kehambaan dan rasa kekhalifahannya kepada Allah itu kuat. Oleh itu mereka dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan serta memperhambakan diri kepada Allah dengan membaiki yang fardhu dan sunat dengan sungguh-sungguh.
Mereka juga dapat bertanggungjawab sebagai khalifahNya di bumi sesuai dengan kedudukan dan kemampuan masing-masing. Mereka benar-benar bertanggungjawab dengan sebaik-baiknya di sudut-sudut kekhalifahannya. Syariat Tuhan berjalan di dalam kepimpinan mereka yang mereka urus mengikut bidang dan peranan masing-masing sesuai dengan kemampuan mereka. Itulah golongan orang yang soleh. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa ba- hagian pula iaitu:

i) Golongan yang sederhana (golongan Ashabul Yamin)
ii) Golongan Muqarrobin
iii) Golongan As Siddiqin
ii) Golongan Muqarrobin
iii) Golongan As Siddiqin
i) Golongan yang sederhana (golongan Ashabul Yamin) - Golongan yang sifat
kehambaannya dan memperhambakan diri kepada Allah lebih menonjol daripada
kekhalifahannya kepada Allah.
Maksudnya mereka yang dari golongan orang soleh tadi, ada di kalangan mereka, penumpuannya kepada beribadah kepada Allah lebih nampak dan menonjol dengan meng- habiskan masa beribadah, memperbanyakkan fadhoilul ‘amal, berzikir, membaca Al Quran, bertasbih, berselawat dan mengerjakan amalan-amalan sunat sama ada sembah- yang sunat mahupun puasa sunat. Kerana itu mereka tidak dibebankan dengan tugas-tugas masyarakat yang berat- berat.
Mungkin sifat-sifat kepimpinannya tidak menonjol atau lemah dibandingkan dengan kehambaannya maka orang ramai tidak melantik mereka menjadi pemimpin. Kalau ada pun sekadar pemimpin keluarga dan masyarakat kampung. Sekadar itulah daerah kekhalifahannya. Maka kerana itulah masa yang banyak buat mereka adalah untuk memperbanyakkan ibadah. Golongan ini dikatakan abid yang baik.

ii) Golongan Muqarrobin - Golongan yang sifat kekhalifahannya kepada Allah lebih
menonjol daripada sifat kehambaannya
Mereka ini yang biasanya diberi tanggungjawab kepimpinan dan mengurus kemasyarakatan oleh orang ramai kerana karisma dan sifat-sifat kepimpinan mereka yang menonjol. Mereka mungkin menjadi pemimpin negeri atau negara atau sebuah jemaah yang besar. Masanya lebih banyak digunakan atau ditumpukan untuk memimpin dan membangun serta menyelesaikan masalah masyarakat. Kepimpinannya berjalan mengikut Islam. Mereka mengerjakan ibadah secara sederhana sahaja. Tidak terlalu lemah dan tidak juga terlalu banyak. Golongan ini dianggap pemimpin yang baik.

iii) Golongan As Siddiqin - Golongan yang rasa kehambaannya dan
kekhalifahannya sama-sama menonjol.
Golongan ini adalah mereka yang menjadi pemimpin sama ada pemimpin-pemimpin negeri, negara atau empayar yang menjalankan hukum-hukum Allah di dalam kepimpinannya. Mereka ini sibuk sungguh dan menghabiskan masa untuk memimpin dan beribadah. Sibuk dengan masyarakat, sibuk juga dengan Allah. Makin kuat dengan manusia, semakin kuat pula mereka dengan Allah. Hablum- minallah dan hablumminannas sama-sama naik, sama kuat, sama laju. Kedua-dua bidang terserlah. Nampak dilihat sama-sama laju.
Inilah yang dikatakan abid yang memimpin, yang luar biasa, yang sangat cemerlang seperti Khulafaur Rasyidin dan Sayidina Umar Abdul Aziz. Kepimpinan mereka luar biasa. Ibadah mereka juga luar biasa. Kepimpinan mereka sangat adil dan sangat bertanggungjawab kepada rakyat sama ada untuk dunia rakyatnya atau Akhirat rakyatnya. Di samping itu ibadah mereka sangat kuat dan banyak terutama di waktu malam.
Mari kita dengar apa kata Sayidina Umar Ibnul Khattab yang lebih kurang begini, “Kalau saya banyak tidur di siang hari, akan terabai urusan saya dengan rakyat. Kalau banyak tidur di malam hari, akan terabai urusan saya dengan Allah.”
Ini adalah golongan abid dan sekaligus pemimpin yang cemerlang.

0 ulasan:
Catat Ulasan