Apa yang diperkatakan ramai pihak mengenai isu hudud ialah siapa yang untung dan pihak mana pula yang rugi. Ianya isu politik walaupun hukum hudud itu jelas dari Allah swt seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Hudud menjadi isu politik kerana kesan dari isu ini ialah terhadap keuntungan politik setiap yang berkepentingan.
Dalam hal ini, golongan yang 'ikhlas' mahu terus menegakkan hukum Allah di atas muka bumi -di dalam PAS akan melakukan apa saja asalkan rang undang-undangnya dapat dibentangkan di Parlimen. Soal siapa menyokong, siapa yang tidak persoalan kedua. Dari segi tanggungjawab - berusaha melaksanakan amanah Allah dikira sudah terlepas. Golongan ini tidak melihat isu ini dari sudut lain.
Kelompok yang lain pula di dalam PAS melihat dari segi bagaimana isu ini berpotensi memecah-belahkan gabungan pembangkang di dalam Pakatan Rakyat. DAP yang secara terang-terang melalui tokoh-tokoh pentingnya sudah menyatakan pendirian mereka tidak akan sama sekali memberi sokongan. Itulah kewajaran yang diambil DAP dalam keadaan mereka juga sedia maklum PAS masih relevan di dalam Pakatan Rakyat.
Banyak calon DAP menang dengan sokongan undi Melayu (PAS?). DAP pula sedia maklum tentang cemasnya pengundi Cina dengan hukuman hudud. Jika isu hudud ini mereka sokong, mereka sengaja menempah risiko. Mahu tidak mahu mereka bersikap menentangnya secara jelas dan terus terang.
UMNO pula dilihat lunak dengan PAS dalam isu ini. Keghairahan UMNO menyokong atau tidak menentang sudah dikira suatu yang sangat baik. Jika kedua-dua parti Melayu Islam ini dapat bersama di dalam isu hudud, tentulah tidak ada halangan untuk keduanya bersama dalam skop yang lebih luas. Potensi keberkasamaan inilah yang dicurigai oleh golongan tertentu di dalam PAS.
Apa pun, sampai hari ini, kita belum pasti apakah pendirian pimpinan PAS pusat dalam isu ini. Banyak simpang siurnya yang perlu dikaji sedalam-dalamnya. Selagi tidak ada kata putus dan pendirian tegas dari pihak pimpinan pusat, isu ini akan membuka ruang semua tokoh PAS bercakap. Pro-kontra sesama pimpinan PAS akan hanya mengelirukan ahli akar umbi. Ianya tidak akan memberi kesan yang positif kepada PAS.
Bacalah apa kata Dato' Dr Mujahid Yusof dalam isu ini. Rasanya Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ini melihat isu hangat dari sudut realistik dan praktikal.....
Petanda Awal Umno Tidak Akan Sokong Pembentangan Hudud Di Parlimen
Seorang lagi pemimpin PAS memberi amaran agar parti itu tidak terperangkap dengan isu hudud kononnya Umno akan menyokongnya sedangkan sehingga kini tidak ada jaminan ke arah itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam wawancaranya dengan akhbar PAS, Harakah berkata, sehingga kini hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom sahaja yang berkata akan menyokong.
"Bagi saya, belum ada jaminan Umno akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri bertanggung jawab hal ehwal agama menyatakan akan sokong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan ke arah itu.
Seorang lagi pemimpin PAS memberi amaran agar parti itu tidak terperangkap dengan isu hudud kononnya Umno akan menyokongnya sedangkan sehingga kini tidak ada jaminan ke arah itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam wawancaranya dengan akhbar PAS, Harakah berkata, sehingga kini hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom sahaja yang berkata akan menyokong.
"Bagi saya, belum ada jaminan Umno akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri bertanggung jawab hal ehwal agama menyatakan akan sokong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan ke arah itu.
"Jadi, PAS jangan terperangkap pula dengan jaminan ini. Kita tahu Umno tidak akan bergerak kecuali melalui apa yang Najib tentukan," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dalam wawancara itu.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberikan amaran yang sama Umno tidak semestinya menyokong usul itu. Sehubungan itu, beliau meminta perdana menteri menyatakan sikapnya terlebih dahulu sebelum PAS bergerak lebih jauh.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata kerajaan negeri akan membawa satu rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dilaksanakan di negeri itu.
Ini susulan kenyataan Jamil Khir di Parlimen iaitu kerajaan pusat akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan undang-undang Islam itu. Bagaimanapun, kini sesetengah pemimpin PAS mempertikaikan langkah membawa rang undang-undang persendirian itu kerana bagi mereka ia bukan cara yang sesuai.
Dalam wawancara itu, Mujahid berkata, apa yang menghalang undang-undang ini dilaksanakan adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang hanya memperuntukkan kuasanya kepada 356 sahaja iaitu tiga bulan penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
"Tetapi entah bagaimana perkara ini ditukar kepada Private Bill. Perkara ini masih di bawah perbincangan, dan bagaimana hendak dibawa dan ia diputuskan," kata Mujahid dalam wawancara itu.
Isu rang undang-undang persendirian menimbulkan pelbagai kontroversi dan rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP membantahnya. Dalam hal ini, Mujahid meminta semua ahli PAS berlapang dada dan menerima teguran secara terbuka dan bertindak dalam konteks demokrasi yang membolehkan perbezaan pendapat berlaku.
"Saya rasa ia menjadi asas panduan dan pada masa sama kita berbincang tentang hudud. Kita akan berdepan secara terbuka dengan kawan mahupun lawan untuk berbincang dan menjelaskannya. Perkara ini sudah termasuk dalam lingkungan demokrasi, maka kita bersedia untuk orang mengkritik," katanya.
Beliau yakin Umno akan mengambil kesempatan dalam keadaan tegang untuk kepentingannya. "Umno janganlah cuba memisahkan PAS dengan rakan-rakan dan pada masa sama Umno pun hendak menimbulkan yang dia pun Islamik sedangkan belum ada jaminan benda itu akan berlaku. Sudah cukup dia (Umno) gunakan ruang ini untuk belasah kita," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak kena kawal diri dalam keadaan tegang ini. "Orang PAS sendiri jangan cepat melenting," katanya. ~tmi KLIK SUMBER (http://addindeen.blogspot.com/2014/05/petanda-awal-umno-tidak-akan-sokong.html)
0 ulasan:
Catat Ulasan