Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak, kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung di saat mencari jawapan kepada setiap persoalan.
Untuk senang atau derita, itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya di jiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian di dunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyingkapi semuanya itu sebaiknya.
Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi, menyayangi, bahagia, ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini di dunia, orang bahagia tidak hanya kerana kaya, bahkan si kaya pun ramainya yang menderita. Agungnya Tuhan bersama sifat maha adilnya Dia terhadap segalanya.
Makan. Semua orang perlu makan. Samada itu fitrah ke, adat ke, manusiawi ke tak pastilah. Tapi memang semua perlu pada makanan. Yang kaya nak makan, yang miskin papa pun ingin diberi makan. Tapi kan, Tuhan buat ada orang yang direzekikan dapat makan banyak, kenyang, sendawa, kadang sampai termuntah. Ada pula orang yang Tuhan beri rezeki makannya tu hanya cukup-cukup je. Taklah mengenyangkan,tapi taklah pula kelaparan. Ada juga tu sampai kebuluran. Rasulullah sebagai contoh ikutan kita ialah manusia yang tidak akan tidur selagi makanan di rumahnya belum diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Namun Rasulullah juga pernah menunjukkan kepada kita satu lagi bentuk cara hidup bilamana terpaksa ikat batu di perut ketika Perang Khandak sebagai bukti cinta kepada Tuhan.
Bersuami dan beristeri juga adalah satu bentuk hiburan yang Tuhan berikan. Rasa saling perlu memerlukan. Sesuatu yang normal bahkan dituntut iaitu mewujudkan rumahtangga sebagai syurga sebelum syurga. Penuh bahagia. Namun ingatkah kita bila Tuhan buatkan Siti Hajar terpaksa ditinggalkan suami seorang diri bersama si bayi di tengah padang pasir kering kontang dan sunyi sepi? Dan andai kita terpaksa melalui hal yang sama, bukankah yang sedang kita susuri itu ialah sejarah kehidupan Nabi dan isteri?
Fitrah inginkan kepada pasangan yang baik, memahami dan sebagainya. Sedangkan sejarah juga bercerita perihal Siti Asiah yang mendapat syurga kerana kesabarannya bersuamikan Firaun laknatullah. Bahkan Nabi Nuh, Nabi Lut kekasih Allah sanggup akur melihat isteri mereka ditelan azab Allah di depan mata.
Pejuang kebenaran terdahulu ialah mereka yang sanggup terkorban untuk sampainya Islam kepada kita. Jika kita turut terkena tempias yang sama, tidakkah kita juga sepatutnya merasa bahagia seperti mereka? Kita sanggup terkorban demi dunia, mengapa tidak lakukan hal yang sama untuk akhirat kita?
Kesian Islam.. Kesian.. Kalau penganutnya hanya berani untuk hidup secara biasa tanpa berfikir bahawa Tuhan maha tahu bagaimana menciptakan keluarbiasaan itu kepada hamba yang terlalu ingin padaNya
Kemanusiaan membentuk setiap yang sakit perlukan orang yang menjaganya. Begitulah fitrah.. Tapi lihatlah juga kepada Nabi Ayub yang menanggung derita kesakitan sendirian bertahun lamanya. Dan Baginda cukup mengambil Tuhan sebagai teman merawat kesakitan.
Siapalah yang punyai kekuatan untuk mengambil risiko dalam kehidupan? Tapi kalau takdir Tuhan memilih kita untuk melaluinya,bukankah Tuhan juga berjanji untuk mengikut sertakan bersamanya kekuatan? Jadi janganlah pernah takut untuk itu. Kita boleh ditinggalkan mak, ayah, suami dan isteri, tapi Tuhan kan tak pernah tinggalkan kita?
Tuhan jualah yang ciptakan hati inginkan hal-hal yang membahagiakan. Namun janganlah tersalah melihat bahagia. Bahagia yang utama ialah bila sepenuhnya mendapatkan Tuhan. Tuhan ciptakan sifat sabar untuk kita tersenyum di dalam ujian,dan sifat redha untuk kita bahkan ketawa bahagia. Sesusah, selapar, sederita mana pun kita, percayalah.. Sungguh hati mampu untuk merasa bahagia andai Tuhan sentiasa bersama.

0 ulasan:
Catat Ulasan