Social Icons

Sabtu, 17 Mei 2014

Cuaca Hari Ini Dan Cuaca Semalam - Hikmah Di Sebalik Semua Kejadian

Hari ini 17 Mei 2014, cuaca hujan sejak jam 9.00 pagi di sekitar Rawang, Shah Alam, Selayang dan Kuala Lumpur. Sepanjang melalui Lebuhraya Guthrie, ada dua tempat berlakunya kemalangan melibatkan 4 buah kereta. Ada kereta yang keempat-empat tayarnya di atas. Jalan digenangi air. Jika tidak berhati-hati mudah sangat hilang kawalan. 

Cuaca keseluruhannya redup dan tidak menunjukkan tanda-tanda langit akan segera cerah. Tidak ada kilat tetapi hujan terus turun melembapkan suasana. Tidak banyak kenderaan yang ada kerana mungkin hari ini cuti. Apabila sampai di Puchong, hujan sudah reda tetapi keadaan redup masih menyelubungi langit. 

Pak Lang baru tersedar betapa sejak 3,4 hari yang lalu, cuaca cerah dan panas. Kami di Bandar Country Homes memang sedang sangat sibuk menyiapkan segala yang perlu untuk majlis forum perdana malam tadi. Alhamdulillah cuaca tersangat cerah dan pastinya tidak becak dek hujan. Tiada hujan beberapa hari yang lepas menjadikan kerja-kerja persiapan berjalan lancar. 

Nikmat Allah dengan cuaca yang menyenangkan hanya terasa amat berharga bila melihat suasana redup dan lembab pada hari ini. Cuaca semalam dan hari-ahri sebelumnya benar-benar anugerah Allah untuk majlis yang sangat bermakna bagi JAIS dan kami di GISB.

Alhamdulillah majlis malam tadi berjalan lancar. Allah telah takdirkan majlis seumpama ini baru berlaku malam tadi. Dialah yang maha mengetahui hikmah yang tersirat dalam semua hal yang diperlakukan ke atas hamba-hambaNya. 

GISB HOLDINGS Sdn Bhd menghargai keputusan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Program Forum Perdana sempena Israk Mikraj yang bertajuk: "Panduan Menuju Jalan Pulang." Program ini telah diresmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Sallehen Hj Mukhyi, Exco Kerajaan Negeri Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Desa.

Yang turut hadir malam tadi ialah Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Ustaz Haji Zainal Abidin Haji Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang, Ustaz Jamali Adnan dan Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Dakwah) JAIS, Ustaz Hashim Muhamad.

Pak Lang ucapkan tahniah kepada Ustaz Hashim yang mewakili Bahagian Dakwah Jais dan Ustaz Zainal Abidin yang mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak di atas kejayaan penganjuran yang dapat menghadirkan lebih 2,000 orang pengunjung. Selama seminggu mereka berulang alik ke Bandar Country Homes demi memastikan segala perancangan berjalan lancar. 

Masa yang pendek sememangnya mencemaskan kerana sasaran pengunjung melebihi 1,500 orang amat memerlukan kerjasama semua pihak. Alhamdulillah dengan pengumuman di masjid-masjid, disamping tebaran flyers yang agak menyeluruh menjadikan kehadiran melepasi sasaran. Jamuan yang awalnya dianggarkan untuk 1,000 orang - dengan  kerjasama Ekhwan Katering (Lihat di sini)  ternyata dapat memenuhi selera lebih 2,000 pengunjung.

Apa yang penting pengisian forum yang amat bermakna kepada semua yang hadir. Rata-rata ahli panel berusaha memberi kupasan menarik dan dapat dirasakan aura penyampaian yang mempunyai nada ianya dari dalam hati mereka. 

Ahli panel terdiri dari AlFadhil Ustaz Roslan Muhammad - pensyarah Pengajian Islam UM yang juga seorang tokoh penceramah yang kerap muncul di stesen TV tanahair. Begitu juga AlFadhil Ustaz Mohd Shukri Yusof - tokoh yang tidak asing lagi dalam semua saluran TV serta forum-forum perdana di seluruh tanah air. Manakala Ustazah Isfadiah dan Bro Shakirin yang juga tidak asing pada pengetahuan umum kerana sering juga muncul di pelbagai rancangan agama di TV. Sila lihat gambar-gambar di sekitar majlis malam tadi.











0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text