Malam tadi Pak Lang tidak dapat mengikuti perlawanan akhir Piala Thomas. Teringin juga hendak menyaksikan detik bersejarah yang dinanti sejak 22 tahun lalu. Tapi Pak Lang ada hal melibatkan program Israk Mikraj yang akan berlangsung malam ini. Semua rakyat Malaysia menghadap kaca televisyen malam tadi menyaksikan perlawanan yang mendebarkan itu.
Pak Lang tidak tahu apa yang berlaku tetapi sehingga tengah malam media internet, sunyi tanpa ulasan. Tidak ada laporan atau tulisan terkini mengenai Piala Thomas. Kalau Malaysia menang, tentulah sudah 'riuh rendah' dalam internet. Sahlah, Malaysia kalah!! Rasa kasihan pun ada memandangkan ianya impian satu Malaysia. Bagi yang terlalu mengharap tentulah sangat kecewa.
Jadi eloklah masing-masing belajar menerima hakikat. Kadang-kadang ada perkara yang kita hajatkan tapi tidak berlaku walaupun kita mempunyai segala-galanya. Dalam keadaan biasa wang dan kekayaan boleh 'membeli' apa sahaja tetapi ada waktunya Allah perlihatkan kuasaNya. Tidak ada yang mampu melawan kehendakNya.
Sila baca liputan Astro Awani:
Malaysia gagal merangkul gelaran Piala Thomas
Syafique Shuib, Astro Awani | Kemas kini: Mei 25, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 25, 2014 23:31 MYT)
Malaysia tidak berjaya membawa pulang trofi kemenangan
KUALA LUMPUR: Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.
Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.
Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama. Namun, Jepun memberi persaingan yang sengit dimana beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.
Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalam straight set 15-21, 17-21.
Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12
Pada peringkat separuh akhir, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Jepun pula menewaskan China yang pernah menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.
Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.
Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/malaysia-gagal-merangkul-gelaran-piala-thomas-36556?cp

0 ulasan:
Catat Ulasan