Setelah 2 minggu bergelut dengan ilmu dan pengalaman, maka kehidupan biasa bermula semula. Perkataan bergelut dipilih sebagai lambang kesibukan yang tidak bertepi. Tapi sekarang kiranya dah bertepilah. Begitulah kegawatan yang boleh dirasakan hasil Kursus Pemantapan Akidah yang telah diikuti. Kenapa gawat? Kerana ianya sarat! Kenapa sarat? Sarat dengan ilmu, panduan, kenangan, kesedaran, keinsafan dan kebahagiaan bila mendapat ramainya kawan baru yang sama-sama cintakan islam.
Pulang dari kursus, pembuktian haruslah dilakukan bagi memastikan kursus itu tidak berlalu sia-sia. Doa dipanjatkan semoga Tuhan yang menjadi saksi kepada semua ini akan membantu untuk terus memandu kami semua agar tidak lagi tersasar dari landasan sebenar. Juga diharapkan salam pengharapan yang dihulurkan oleh semua agensi yang terlibat tidak akan kami sia-siakan. Terasa macam masuk sekolah semula dan sedang berdebar menghadapi ujian penilaian. Yang paling cemas sudah tentulah apabila sedang dinilai hati kita oleh Tuhan.
Mengimbau sedikit ke belakang ketika melewati hari-hari terakhir di Jelebu. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan salah satu yang paling sukar dilupakan ialah bila terkena birthday surprise yang dibuat oleh fasilitator untuk mereka yang lahir di bulan April. Sebelum ni aku je sibuk surprisekan orang. Bila sendiri terkena rupanya memang geram! Gila pucat muka, menggigil lutut, sejuk satu badan. Mana taknya.. Cara gimik tu memang menyakitkan jantung!
Ada ke boleh depa kata nak isytiharkan nama-nama yang dikatakan gagal dalam kursus ini kerana telah melakukan hal-hal yang terlarang. Pulak tu nama aku first sekali kena sebut. Berderau! Tapi bila diteliti nama-nama sesudah itu, sempat aku bertanya, eh depa ni reti buat perangai jugak ke? Kalau aku memanglah dicop sebagai peserta yang paling selalu protes. Adui.. Tapi berbaloi-baloi jugak bila akhirnya 3 biji kek secret recipe muncul dari pintu dewan. Fuhh.. Nasib baik kek sedap gile! Ok surprise tu memang sampai!
Hasil kursus ini yang sebelumnya kita hanya melihat ianya di sudut negatif pasal ingatkan bakal di 'torture' habis-habisan ternyata membuahkan natijah yang sangat indah. Bergabungnya dua badan yang sebelumnya tidak pernah mahu bertemu, tetapi bila Tuhan mentakdirkan maka ia pun berlaku.
Ajaran islam mengajar untuk mengalah sekalipun tidak bersalah. Lebih-lebih lagilah perlu mengalah bila kita memang bersalah. Allah Rasul lah sebagai saksi kepada setiap hati yang mengharapkan Malaysia akan bertambah kuat atas nama islam. Betapalah kami mengharap diterima kembali di tengah masyarakat arus perdana dan diatas semua itu terus memohon agar Tuhan sudi menerima kita sebagai hamba.
Resolusi yang dibuat sedang giat dilancarkan. Dikemaskini kembali mana-mana yang terabai. Semua itu tepat dengan kehendak syariat islam yang sangat cantik sistemnya. Mengharapkan doa dan kerjasama dari semua untuk terus membimbing dalam menuju kearah hidup yang lebih baik dunia dan akhirat.
Kerja-kerja ofis yang dah lama ditinggalkan kian lama kini menanti. Berderet to do list aku! Finalkan video klip, projek album Ramadhan/Syawal, pengeluaran bahan-bahan tv.. Tolonglah Ya Allah! Berikan aku keistiqamahan untuk mendapatkan mardhatillah! (Ayat akhir ni aku tujukan khusus untuk ibu-ibu seangkatan yang dirindui khususnya Cik Dila skirting! ;-)

0 ulasan:
Catat Ulasan