Social Icons

Rabu, 7 Mei 2014

Al-Quran Yang Digunakan Saiyidina Othman Affan Ada Di Uzbekistan!!


   
 

Baru kita tahu, Al-Quran yang digunakan Saiyidina Othman Affan ketika dibunuh syahid masih wujud tersimpan di Uzbekistan. Masya Allah! Bertuah dan beruntungnya rakyat Uzbekistan. Sememangnya itu adalah ketentuan Allah, memilih memuliakan bumi Uzbekistan sebagai tempat tersimpannya khazanah Islam yang tidak ternilai itu. Satu penghormatan dari Allah untuk rakyat sebuah negara yang pernah melahirkan ulamak hadis terkemuka seperti Imam Al-Bukhori, Imam Muslim, Imam Termizi dan lain-lain..  Ianya adalah mashaf yang utama sebelum adanya pembukuan hadis serta apa-apa penulisan kitab-kitab mengenai agama Islam. Berjuta-juta kitab yang ditulis selepasnya adalah bersumberkan dari kandungan Al-Quran. Manakala mushaf yang masih kekal utuh itu sebagai naskhah awal dalam sejarah keagungan Islam.

TASHKENT 7 Mei - Malaysia menghargai inisiatif yang dilakukan kerajaan Uzbekistan bagi memulihara senaskhah al-Quran lama yang menurut sejarah digunakan Khalifah Islam ketiga, Uthman bin Affan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan penghargaan itu kepada ketua badan lembaga Islam Antarabangsa Uzbekistan Mohammad Akhmal Khan Shakirav, yang mengiringi beliau dalam lawatan ke kompleks Hazrati Imam, yang menempatkan naskhah Al-Quran itu.

``Apabila saya melihatnya, ia benar-benar menyentuh perasaan saya memandangkan ia merupakan warisan dunia,'' katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi empat hari beliau di Uzbekistan.

Semasa lawatan itu, Muhyiddin melihat 338 bahagian halaman al-Quran yang sarat dengan sejarah itu yang disimpan di dalam sebuah bekas kaca dalam satu daripada bangunan di kompleks berkenaan.

``Kami benar-benar menghargai inisiatif yang diambil oleh pusat itu dan kerajaan Uzbekistan bagi memulihara al-Quran berkenaan,'' katanya.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa banyak lagi manuskrip berkaitan sejarah Islam dan kecemerlangan tamadun Islam disimpan di situ.

Muhyiddin berkata perkara ini perlu menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai Islam dan ajaran Al-Quran dan juga langkah yang diambil oleh sebuah negara seperti Uzbekistan untuk mempertahankan warisan Islam.

Menurut sejarah, Khalifah Uthman dibunuh ketika membaca Al-Quran berkenaan.

Sijil Unesco mengesahkan kesahihan Al-Quran berkenaan yang dipercayai mengandungi kesan darah khalifah. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_38/Malaysia-hargai-inisiatif-Uzbekistan-pulihara-Al-Quran-yang-digunakan-Uthman-Bin-Affan#ixzz312GvUpaI
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text