Pendekatan JAIS Terhadap GISB Terbukti Menghasilkan Natijah Positif!!
Sebagai manusia - kita adalah makhluk ciptaan Allah yang lemah. Biasanya gagal dalam mengawal diri. Kebanyakan manusia leka membiarkan nilai dirinya jatuh ke tahap binatang atau haiwan. Mereka tidak mampu melawan nafsu syaitan yang menggoda. Sedangkan ada pula hamba-hamba pilihan yang berupaya mencipta keajaiban membentuk dirinya sehebat malaikat yang taatkan Allah. Manusia juga lemah kerana tidak mampu berkasih sayang dan bertolong bantu. Sedangkan berbuat baik, bekerjasama, tolong menolong adalah keperluan dan keinginan semua insan. Ianya fitrah semula jadi yang dianugerahkan Tuhan sejak manusia diciptakan. Sebaliknya kebanyakan manusia lebih cenderung bermasam muka, tidak saling maaf memaafkan dan tidak mahu saling merendah diri. Hasilnya manusia hidup dalam masyarakat berpecah belah, suka bergaduh yang dciptakannya sendiri. Soalnya bagaimana manusia boleh hidup dalam harmoni dan saling memahami? Inilah hal yang tidak difahami oleh ramai orang. Sukarnya men...