Social Icons

Selasa, 1 Oktober 2013

Kisah Benar Poligami (4) - Rahsia Suami Bersemangat Dalam Hidup (Kepulangan suami ditunggu-tunggu)


Hikmah Poligami-4: Kepulangan suami ditunggu-tunggu

Suami yang selalu bermusafir, sering berpoligami. Begitu juga suami yang berpoligami, akan selalu bermusafir. Seolah-olah bermusafir (atau kerja out station) sinonim dengan poligami.

Bagi isteri yang tidak bermadu, kepulangan suami dari musafir disambut biasa-biasa sahaja. Kecuali musafir yang jauh dan masa yang agak lama. Sebab itu, kalau memang suaminya jenis kerja luar kawasan, oleh kerana dah jadi rutin, dia anggap itu biasa sahaja. Cukup masa, suaminya mesti balik. Kalau sesekali lambat, masih boleh diterima.

Berlainan sekali dengan isteri yang bermadu, kepulangan suami sentiasa ditunggu-tunggu. Tidak semesti bila suami pulang dari musafir. Menunggu hari giliran, walau selang sehari pun, kadang-kadang dirasakan bagai berminggu-minggu. Bukan apa, sebab ada 'persaingan'. Lebih-lebih lagi yang bergilir empat hari sekali, lagilah!

Suami monogami kurang mendapat kejutan bila balik ke rumah. Isteri monogami jarang ambil kisah bila suaminya balik, atau isteri tak perasan pun yang suaminya dah balik. Nak menunggu-nunggu suami balik setiap hari, lagilah tak logik.

Suami berpoligami, kepulangannya sangat dinantikan oleh isteri-isteri mereka. Maklumlah, walaupun baru berpisah sehari atau tiga hari, tetapi perpisahan itu bukan perpisahan biasa. Perpisahan yang mengundang berbagai perasaan.

Bayangan suami sedang bersama madu sering menerjah di lamunan. Terbayang yang bukan-bukan. Maka, perpisahan yang singkat itu dimeriahkan dengan berbagai gelora perasaan. Rindu dendam yang membara tak terkirakan. Walau sekejap, tapi dirasa bagai terlalu lama.

Sebab itu, isteri bermadu akan sentiasa menanti kunjungan suami. Peluang bersama suami dirasakan terlalu berharga. Inilah hikmah berkongsi suami. Isteri sangat menghargai kehadiran suami. Jadi masa bertemu sangat dimanafaatkan sungguh-sungguh.

Bagi isteri poligami yang cerdik lagi solehah, bila giliran bersama suami, kesempatan itu akan digunakan sebaik-baiknya. Bukan sekadar berhias, bersiap sedia melayani kehendak fitrah suami, dia juga mampu melayani fikiran dan perasaan suaminya.

Tetapi jika isteri itu sekadar solehah, dia akan berusaha menghiburkan suaminya sebaik mungkin. Walaupun mungkin dia kurang berkebolehan untuk bertukar tukar fikiran dengan suaminya, tapi dia masih berpeluang memberi layanan dari sudut makan minum dan menyiapkan pakaian suami.

Sudah menjadi adat orang berpoligami, antara isteri-isteri itu berbeza kebolehan dan kemahirannya. Berlakulah lengkap melengkapi antara mereka. Setiap giliran ada keistimewaan yang dikecapi suami mereka.

Suasana ini jarang berlaku pada suami monogami. Selalu saja berlaku, ada atau tak ada, sama saja. Isteri tidak terasa sangat. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang berkerjaya. Kehadiran suami di sisi, kadang-kadang ibarat tunggul yang tidak berperasaan, tidak perlu diberikan perhatian. Termangu-mangulah suami menunggu belaian isteri.

Jauh berbeza dengan suami yang berpoligami. Isteri yang giliran akan sentiasa menunggu suami pulang. Kadang-kadang terlewat beberapa minit, dia dah mula resah. Semangat untuk melayani suami membuak-buak dalam dada. Lagi lagilah kalau sebelum pulang ke rumahnya, suami baru menghabiskan giliran dengan isteri muda. Pasti dia tidak mahu mengalah.

Perlumbaan yang sihat ini hanya berlaku dalam keluarga poligami. Bagi suami, dia sentiasa bersiap siaga setiap kali bertukar giliran isteri. Sebab, kepulangan yang ditunggu itu sering kali memberi kejutan.

Iklim dalam rumah tangga, tidak sama macam iklim tropika atau khatulistiwa. Perubahan musimnya kadang-kadang tidak ada tanda-tanda yang nyata. Tanpa ada awan yang berarak, tiba-tiba sahaja boleh mendung. Walau pun tak ada angin, sekonyong-konyong ribut taufan melanda.

Cuaca begini tak semestiya dalam poligami. Monogami pun sama juga. Poligami lebih-lebih lagilah. Kalau isteri satu pun, tetiba boleh mengamuk, kalau isteri ramai, memang biasalah ngamuk-ngamuk ni. Nak heran apa pulak.

Jadi menunggu suami pulang bagi isteri yang berpoligami itu ada dua macam keadaan. Yang pertama kerana memang terlalu ghairah nak khidmat dengan suami. Berlumba-lumba dalam hal kebaikan le maksudnya. Sebab perlumbaan itu sentiasa berlaku. Sebab ada madu. Bab ini tak ada dalam monogami.

Yang kedua, menunggu-nunggu kerana nak 'meletop'. Perasaan yang bergelora, mendidih dan menggelegak bagai gunung berapi yang bakal meletus ibarat bom jangka menunggu suis dipetik. Jangan saja suami tersilap. Tak silap pun akan dikatakan silap. Maklumlah, tengah mendidih.

Jadi suami yang berpoligami, bila nak balik rumah isteri-isteri, dia akan siap siaga. Lain isteri, lain caranya. Lain pendekatannya. Lain bahasanya. Lain lenggok gayanya. Lain irama dan lagunya. Tersalah kata, buruk padahnya. Inilah salah satu yang menjadikan suami berpoligami sangat peka dengan kerenah isteri-isteri.

Manakala isteri-isteri pula sangat faham tentang suaminya. Sebab, macam mana berhati-hatinya sisuami, tersasul itu pasti ada. Jadi kadang-kadang mereka naik angin tu bukan kerana marah tapi cemburu. Sedangkan cemburu itu tanda sayang. 

Bila isteri-isteri terlalu sayangkan suami mereka, walau pun berkongsi, maka semua nak buktikan yang dia lebih sayang. Cara nak buktikan itu pulak, macam-macam pesen. Termasuk pesen marah-marah atau merajuk.

Suami yang gagah jangan kesal dengan perkara begini. Berlapang dada dan lapangkan masa. Jika giliran secara rutin menjadikan isteri kurang menghargainya, amalkan bermusafir. Inilah yang dianjurkan oleh Imam Ghazali.

Bila bermusafir ada masa menenangkan perasaan isteri-isteri yang selalu berebut giliran. Suami pula berkesempatan dengan sahabat-sahabatnya dan masyarakat. Kedua-dua pihak mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung.

Bila dah lama tak jumpa, rindu mendalam dapat menyejukkan panas baran. Kepulangan suami memberi giliran, ibarat pasangan pengantin yang baru saja diraikan. Semuanya indah dan bersemangat melakukan hubungan badan. Inilah hikmah poligami jika semuanya dibuat atas dasar Tuhan!
KLIK SUMBER

3 ulasan:

  1. Bagaiman pula dengan suami yang tak mampu memberikn nafkah batin..tapi tiba2 kawin lagi????...

    BalasPadam
  2. isteri cantik dambaan suami....dapatkan tips/rahsia kekal cantik di http://umiwarham.blogspot.com/, http://istericantik.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Dapatkan Ebook mudahnya berpoligami di blog saya jom !

    http://xmuhammadx.blogspot.com/2015/01/mudah-sangat-nak-berpoligami.html

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text