Sebagai manusia - kita adalah makhluk ciptaan Allah yang lemah. Biasanya gagal dalam mengawal diri. Kebanyakan manusia leka membiarkan nilai dirinya jatuh ke tahap binatang atau haiwan. Mereka tidak mampu melawan nafsu syaitan yang menggoda. Sedangkan ada pula hamba-hamba pilihan yang berupaya mencipta keajaiban membentuk dirinya sehebat malaikat yang taatkan Allah.
Manusia juga lemah kerana tidak mampu berkasih sayang dan bertolong bantu. Sedangkan berbuat baik, bekerjasama, tolong menolong adalah keperluan dan keinginan semua insan. Ianya fitrah semula jadi yang dianugerahkan Tuhan sejak manusia diciptakan. Sebaliknya kebanyakan manusia lebih cenderung bermasam muka, tidak saling maaf memaafkan dan tidak mahu saling merendah diri. Hasilnya manusia hidup dalam masyarakat berpecah belah, suka bergaduh yang dciptakannya sendiri.
Soalnya bagaimana manusia boleh hidup dalam harmoni dan saling memahami?
Inilah hal yang tidak difahami oleh ramai orang. Sukarnya mendapatkan jawapan atas persoalan yang semudah ini. Ada ketikanya kita tidak berupaya memahami tindakan seseorang. Tindak-tanduknya sukar untuk kita tebak apakah rasional dan tujuannya. Kadang-kadang kita terjebak dengan sangka-sangka jahat yang tidak sepatutnya.
Memang wajarlah kita bersangka baik kerana dalam banyak hal kita akan tersilap dalam menilai seseorang atau sesiapa sahaja. Bahkan isteri atau suami kita pun, kadang-kadang kita sukar memahami apa yang ada di hatinya. Cakap seseorang itu kadang-kadang tidak sama apa yang di hatinya. Mungkin yang disebut macam mengiyakan tetapi yang dimaksudkannya mungkin tidak. Begitulah jika kita kurang memahami antara satu sama lain. Kita akan terdedah dengan sangkaan yang tersilap dari hakikat sebenar.
Justeru hubungan rapat, mesra serta penuh kasih sayang akan membantu kita bersangka baik. Paling tidak kita akan berupaya menahan hati dari menyangka yang tidak baik. Kekuatan hubungan hati ini akan membantu seseorang terselamat dari dosa suu udzhan (sangka jahat), mengumpat atau mengadu domba. Kita akan dapat mengawal diri dari menyakiti seseorang - samada secara berhadapan atau di belakangnya.
Inilah cabaran kepada ramai orang yang ingin mencari kebenaran di akhir zaman. Lumrah akhir zaman ialah lumrah kehidupan nafsi-nafsi, berbohong dusta serta berkrisis berburuk sangka. Seseorang yang tidak berhati-hati akan mudah terjebak dalam dosa buruk sangka. Lintasan hati menyangka apa-apa yang negatif pada diri seseorang adalah dosa jika ianya tidak ditolak serta merta. Yang berdosa jika lintasan atau sangkaan itu dilayan atau dibiarkan kekal wujud di dalam hati.
Orang yang baik-baik itu biasanya bercakap apa yang di dalam hatinya. Cuma biasanya mereka tidak suka bercakap secara berterus terang. Mereka lebih selesa memberi isyarat atau kiasan dalam berbicara. Bagi golongan yang kurang cerdik, mereka sangat sulit memahami kehendak dalam bentuk kiasan atau isyarat kata sebegini rupa.
Dahulu, Al-Marhum Abuya sangat biasa menggunakan kaedah kiasan atau kata isyarat dalam menyatakan sesuatu. Adalah menjadi kebiasaan Al-Marhum lebih memilih perkataan yang tidak berbentuk arahan. Yang disebutkannya ialah perkataan seperti, "Elok sangatlah kalau dibuat begini-begini" - menunjukkan Al-Marhum sangat berkenan dan setuju bahkan mengesyorkan sesuatu yang lebih baik. Atau ada kalanya biasa didengar Al-Marhum memberi respon terhadap sesuatu cadangan, "Terpulanglah pada enta!" - yang memberi faham bahawa Al-Marhum tidak bersetuju.
Sebab itu perpaduan dan kasih sayang menjadi asas kesefahaman sesama anggota. Di dalam mana-mana organisasi, selain menjaga hubungan hati dengan Tuhan, hal perpaduan ini menjadi syarat berlakunya kejayaan. Tanpa hubungan rapat serta perpaduan yang erat, pastilah akan berlaku krisis, pertelingkahan dan ketegangan sesama anggota. Maka bersangka baik dan tidak melatah dapat mengelak dari berlakunya 'senget hati' yang membawa krisis serta perpecahan.
Bersangka baiklah dalam semua hal dan bertanyalah mendapatkan penjelasan sekiranya kita ikhlas mengutamakan perpaduan dan kasih sayang.
Pak Lang tertarik dengan pendekatan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ummu Jah (Puan Ibu Hatijah Aam). Mereka melakukan proses soal siasat dalam bentuk bermuzakarah. Setiap perkara yang keliru difahamkan secara jelas dengan bukti dan hujjah yang sangat relevan dengan situasi yang sedang dihadapi.
JAIS mengutamakan perpaduan dan berbaik sangka. Mereka tidak prejudis. Mereka mendekati dan cuba memahami apa yang sebenarnya ada pada pemikiran Ummu Jah. JAIS tidak semata-mata memantau tetapi berusaha untuk melihat dari dekat apa yang dilakukan GISB. Memang wajar mereka curiga berdasarkan berbagai laporan dan tohmahan. Tetapi JAIS seolah-olah tidak terikat dengan apa yang diperkatakan. Sebab itu dari awal mereka melayan Ummu Jah secara profesional. Mereka tidak berkasar atau memaksa-maksa.
Pendekatan membuka minda secara rasional berjaya menembusi kefahaman Ummu Jah yang dilihat kebal selama ini. Banyak pihak yang terkejut dengan perubahan yang berlaku terhadap Ummu Jah. Berjayanya JAIS dalam hal ini memang patut dipuji. Rupanya di tangan JAIS, Ummu Jah dan 4,000 orang staf GISB (sekarang - GISB HOLDINGS SDN BHD) dapat dikembalikan ke dalam masyarakat arus perdana.
Pak Lang bersyukur kerana inilah hasrat masyarakat. Pak Lang bertemu dengan ramai golongan masyarakat yang mengharapkan Ummu Jah dan GISB kembali ke pangkuan masyarakat. Mereka mengatakan GISB adalah aset masyarakat. Mereka tahu, selagi masih dicurigai oleh pihak berkuasa agama, masyarakat akan rasa serba salah dalam menyokong aktiviti ekonomi dan sosial yang GISB gerakkan.
Setelah hebuh isu taubatnya Ummu Jah dan GISB di tangan JAIS (Maksudnya dengan berkat hasil usaha JAIS), ramailah rakan dan teman Pak Lang yang memberitahu Pak Lang bahawa mereka menghargai usaha yang telah dilakukan pihak JAIS. Mereka tahu bukan mudah tetapi semuanya yakin pendekatan sebeginilah yang wajar dibuat sejak dulu lagi.
Justeru memang benarlah apa yaang dikata oleh mereka. Ketika berlangsungnya program penjenamaan semula YKPPM di Menara Kuala Lumpur 2 malam lepas, Pak Lang menyaksikan kehadiran tamu yang luar biasa. Jumlahnya cukup untuk memenuhi semua tempat duduk yang disediakan. Rakan Pak Lang sekeluarga yang sudah biasa dengan GISB terpaksa diberi tempat duduk yang paling jauh daripada pentas utama.
Pak Lang lihat semua tamu berpuas hati dengan majlis yang diadakan. Yang menariknya ialah mereka berkesempatan bertemu dan bermesra dengan Puan Ibu Hatijah Aam. Mereka yang baru bertemu dan dapat bergambar dengannya dilihat begitu teruja memperoleh kesempatan sebegitu rupa. Maklumlah beliau dikenali sebagai wanita kontroversi selama ini. Mereka yang bertemu dengannya pada majlis tersebut dapat merasakan keikhlasan Puan Ibu Hatijah untuk terus berubah.
Majlis penjenamaan semula Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) itu menjadi pertunjuk awal ke arah perubahan demi perubahan yang akan dilakukan oleh Puan Ibu Hatijah Aam bersama GISB HOLDINGS Sdn Bhd. Dan jangan terkejut bila mengetahui sudah banyak syarikat besar sedang berunding untuk bekerjasama dengan GISB HOLDINGS Sdn Bhd. Nilai bisnes bersama mereka ada yang mencecah hampir RM10 billion!!
Sesiapa pun boleh menjalankan projek usahasama dengan GISB HOLDINGS Sdn Bhd tetapi pastinya ada syarat awal yang mesti dipersetujui!! Nantilah kita perkatakan lain kali. Apa yang penting, pembahagian keuntungan dan wang ringgit bukanlah syarat utama. Masya Allah!! Bukankah berniaga itu untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan? Pelik? Sebaliknya itulah hakikatnya jika kita mengenali Puan Ibu Hatijah Aam.!!!

0 ulasan:
Catat Ulasan