Social Icons

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kisah Benar Poligami (5) - Bermadu Itu Manis!!!

Hikmah Poligami-5: "Kemanisannya Lebih" (berganda-ganda)

Madu
Namanya pun madu. Madu Tualang terkenal dengan kualiti terbaik, mahal dan banyak khasiatnya. Pokok Tualang selalunya dalam hutan tebal, di kawasan berbukit dan pohonnya tinggi. Cabaran untuk mendapatkan sejumlah madu Tualang itu kadang-kadang tak berbaloi dengan 'nilainya'.

Poligami bagi wanita disebut juga bermadu. Ertinya hidup bermadu bagi wanita tentu lebih cabaran berbanding hidup tanpa madu. Sedangkan sebagai isteri tunggal pun bukan mudah. Ramai juga yang kecundang di tengah jalan. Kadang-kadang baru kawin 2-3 bulan, tau-tau dah bercerai.

Dalam bidang apa saja, sedar tidak sedar, pengiktirafan diberikan kepada mereka yang mampu melepasi rintangan yang paling hebat.

Dalam bidang sukan. Sebagai atlit pecut contohnya. Latihannya bertahun-tahun. Sedangkan larian yang dilakukan untuk memecahkan rekod dunia, hanya perlu dilakukan beberapa saat saja! Itulah kemuncak kemanisan bagi pelari pecut dunia.

Puncak tertinggi dunia, Everest belum dan tak mungkin dijadikan tempat tinggal golongan elit. Tetapi bagi mereka yang berjaya mendaki sehingga ke puncaknya, diiktiraf dunia malah menjadi kebanggaan sesebuah negara.
 
Berenang di kolam atau mana-mana sungai, biasa saja. Tetapi sekiranya ada orang yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris dengan berenang secara solo, justeru diberikan gelaran Datuk!

Rupanya kemanisan hidup baru akan benar-benar dirasakan bila mana mampu melepasi setiap rintangan atau halangan atau ujian. Semakin hebat dan mencabarnya halangan tersebut, maka kemanisannya tentulah berkali ganda berbanding cabaran yang biasa-biasa saja.

Perkahwinan monogami, ini lumrah. Pasangan monogami yang hidup susah, miskin, kais pagi makan pagi tetapi mampu membesarkan dan mendidik anak yang ramai lebih dihargai masyarakat berbanding pasangan yang hidup mewah dan hanya mempunyai 2-3 orang anak.

Lihatlah senarai penerima anugerah "Ibu Mithali" yang suatu ketika dulu adalah acara puncak pada setiap tahun semasa diadakan sambutan Maal Hijrah.

Hidup berpoligami adalah cabaran besar dan hebat bagi suami dan isteri-isteri. Bukan sekali sekala, tetapi cabaran yang perlu dilalui adalah berkali-kali dan berkaler-kaler (warna-warni).

Kejayaan seorang pelayar yang berjaya mengeliling dunia dengan kapal layar, cabarannya hanyalah untuk tempuh beberapa bulan sahaja. Itu pun dijulang-julang oleh negara.

Inikan hidup berpoligami. Gelombang badainya tidak pernah surut. Ribut taufan bila-bila masa sahaja boleh melanda. Gempa, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan simpanan tidak dapat dijangkakan. Begitulah hebatnya cabaran hidup berpoligami atau bermadu.

Seorang suami yang mampu mengendalikan sebuah rumah tangga poligami ditambah dengan anak-anaknya yang ramai adalah pejuang yang sentiasa berada dalam medan. Hanya sesekali sahaja dia dapat berehat di kubu, itu pun perlu sentiasa bersiap siaga.

Jika cabarannya begitu hebat, maka sudah tentu setiap kali mampu melepasi cabaran, atau ujian atau halangan tersebut, kemanisannya juga cukup manis. Jauh lebih manis berbanding seorang suami yang hanya tercabar oleh kerenah seorang isteri.

Begitu jugalah dengan isteri yang bermadu. Setiap kali mereka mampu mengatasi masalah atau melepasi ujian sesama madu, di situlah kemanisan bermadu. Ini memang tidak akan dapat dinikmati atau dirasai oleh perempuan yang tidak bermadu.

Oleh kerana cabaran hidup bermadu atau berpoligami itu lebih atau berganda-ganda berbanding monogami, maka tentulah setiap cabaran itu ada kemanisan masing-masing apabila ianya dapat dilepasi.

Semakin banyak cabaran hidup, maka semakin kuat daya tahan seseorang. Maka semakin banyak pulalah peluang dia mengecapi kejayaan. Sudah tentu semakin banyak pula puncak yang akan mampu didakinya.

Pepatah yang sering dilaungkan oleh motivator perniagaan ialah, setiap satu kejayaan didahului oleh seribu kegagalan. Nah! Ertinya seorang usahawan berjaya sehingga ke puncak tertinggi, sebelumnya beliau perlulah menempuh ujian dan cabaran malah kegagalan yang berkali-kali dalam bidangnya.

Kalau begitu, bagi suami dan isteri-isteri yang berpoligami mereka adalah orang yang paling berani mengambil cabaran hidup! Hidup berkeluarga besar terutamanya berpoligami adalah cabaran sebenar kepimpinan seorang lelaki sebagai suami dan isteri-isteri sebagai pembantu dalam keluarga.

Jika adalah syarat untuk menjadi pemimpin mana-mana di dunia, seperti Presiden Amerika mestilah seorang yang berpoligami, sudah tentu tidak akan jadi rebutan mana-mana lelaki atau perempuan sekali pun.

Di sinilah rahsia kenapa Allah cabar lelaki agar berpoligami. (seperti dalam hikmah poligami-2). Sebenarnya poligami ada rahsia besar untuk umat Islam.

Poligami adalah sebuah institusi melatih seorang pemimpin paling berwibawa. Cabarannya cukup hebat. Yang mampu melepasinya, maka dialah yang mendapat degree atau master atau PhD dari sekolah para Nabi dan Rasul. Sijil dari Tuhan!

Murid-murid yang dapat 5-6 A dalam UPSR pun dijulag-julang, Walhal beberapa tahun selepas itu ramai juga yang terjebak dengan rokok, dadah, yang jadi peragut, perompak, pencuri dan sebagainya.

Yahudi telah memutar belitkan nilai kemanusiaan yang sebenar. Sedangkan dalam Islam ada institusi yang dicipta oleh Allah untuk melahirkan generasi hebat, salah satunya ialah melalui poligami.

Jadi kemanisan kejayaan yang dikecapi dalam ujian poligami adalah kemanisan yang berganda-ganda berbanding cabaran dalam rumah tangga monogami.

Kemanisan hubungan suami isteri itu sudah maklum, tak payahlah nak diceritakan lagi (baca TAK SUSAH nak cerita, sebab itu pengalaman masing-masing). Bukan semuanya perlu dikongsikan di sini. Cukuplah dalam bab-bab yang lalu, itu pun dah ada yang tak lalu nak baca. Bukan apa. Terlebih geram! Atau ada macam-macam alasanlah.

Kalau seorang isteri pun sangat nikmat, tentulah kemanisan dan kenikmatan berbilang isteri lebih berganda-ganda! Mestilah begitu, bukan? Itu sudah tentu. Tak perlulah nak ragu-ragu lagi.

Mungkin kerana terlalu manis, tak heranlah kalau ramai suami yang terkena penyakit kencing manis.

Bahkan isteri-isteri yang bermadu, kehangatan mereka juga berganda berbanding isteri tanpa madu, kerana tidak ada saingan. Inilah hikmah poligami, hikmah persaingan. Tuhan yang anjurkan, tentulah ada rahsianya.
 
Cuma bila manusia sudah hilang rasa hamba, maka dia akan sentiasa buruk sangka dengan Tuhan. Bila nafsunya tercabar, mudah saja dia mempersalahkan Tuhan. KLIK SUMBER

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text