Social Icons

Isnin, 21 Oktober 2013

Inilah Wajah Calon PAS Dan Calon BN Bagi PRK N20 Sungai Limau, Yan, Kedah - Siapakah Yang Paling Hampir Hatinya Dengan Allah?

CALON PAS: Ustaz  Azam Samad,





Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

"Beliau boleh mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi," kata sumber-sumber ketika dihubungi. Azam yang baru dilantik memegang jawatan ketua Pemuda kawasan itu baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Bukit Besar, Kampung Bukit Curaih, Kampung Tualang, Sungai Dedap, Permatang Buluh, dan Kampung Selengkoh.

Azam kini memegang jawatan exco Pemuda PAS Kedah, pengarah Jabatan PASTI Kedah dan merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah agama bantuan kerajaan negeri di Bukit Besar, dalam parllimen itu."Datuknya (Hamid Ibrahim) adalah antara pengasas PAS Kedah dan Ustaz Azam dibesarkan di pondok al-Nahdhoh," kata sumber-sumber sambil menambah Azam mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki oleh penduduk setempat.

Datuk kepada Azam, juga pernah menjadi calon PAS di DUN Sala - kini Sungai Limau - dan bekas ketua Pemuda PAS sewaktu PAS ditubuhkan di negeri itu. Sementara bapa Azam juga, aktif dalam PAS cawangan Bukit Besar sehingga meninggal dunia pada 2003.

Calon BN:
DR AHMAD SUHAIMI LAZIM CALON BN SG LIMAU !!



Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Suhaimi Lazim diumumkan sebagai calon BN di Sungai Limau manakala Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad calon bagi parti Pas yang akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.


 
Profile Calon BN PRK Sg.Limau Prof. Dr.Suhaimi Lazim



YAN – Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sg Limau, Kedah, umum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, di sini, hari ini.

Dr Sohaimi berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Malaysia / Tamadun Asia (Jepun)) , Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) (Pengajian Peradaban / Tamadun Islam dan Asia Timur) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Sains Politik) juga dari USM.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan dianggap sebagai ‘lagenda’ Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Profile
NameDr. Ahmad Sohaimi bin Lazim
PositionPensyarah Kanan
Faculty/CentreFakulti Sains Kemanusiaan - Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Telephone No.05-4505103
Emailasohaimi@upsi.edu.my
[ Click here to view the details ]
Qualification
Ijazah Doktor Falsafah - Pengajian Malaysia (Tamadun Asia (Jepun)) Universiti Sains Malaysia(2008)

Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) - Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur) UM(2000)

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian - Sains Politik ( - ) USM(1998)

Field Of SpecializationTITAS
Research Interest1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka 2. Politik Malaysia kontemporari

Professional Affiliation
RoleProjectOrganisationDate
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Perancangan Akademik FakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli jawatankuasa pengajian siswazah fakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan ) Fakulti Sains Kemanusiaan.UPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSemakan kurikulum Pengajian MARAMajlis Amanah Rakyat (MARA)18/10/2011 to 21/10/2011
AHLI / MEMBER-Persatuan Sains Sosial13/09/2011 to 13/09/2012
PENGERUSI / CHAIRMANPenilai manuskripDewan Bahasa dan Pustaka09/03/2012 to 08/04/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSeminar Kebangsaan Perpaduan NasionalMajlis Profesor Negara08/12/2011 to 14/11/2012

Selected Research
Registered Research with Research Management Centre (RMC)
NoResearch Title
1BIOGRAFI TOKOH UPSI DARI PERAK 1922 - 1960-AN
2Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941 ? 1945

Unregistered Research
NoResearch Title
1Dasar Ekonomi Baru 1970-1990: Perspektif Sejarah
2Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-45.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text