Social Icons

Wednesday, 23 October 2013

Masya Allah!! 3 Mati Lemas Akibat Air Empangan Dilepaskan Untuk Elak Empangan Pecah

Empangan Pecah, Cameron Highland dibanjiri lumpur.

Hasil Nukilan Fareast Ibnu Din on Wednesday, 23 October 2013 pada 21:33 Innalillah, hari ini satu Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur yang melanda Tanah Tinggi Cameron, Pahang Darul Makmur. Kejadian dikatakan berpunca daripada Empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar yang tidak mampu menampung lebihan air yang melimpah ke empangan tersebut. Air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan beberapa kali bagi mengelakkan ia pecah. Menurut sumber INI..

“Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya. Allahu Akbar. Sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang. Allah jualah yang sebenar-sebenar dan sebaik-baik pengatur alam ini. Kejadian alam yang melanda ini haruslah kita kaji mengapakah ianya diturunkan kepada tempat tersebut secara lahiriah dan batiniah. Mungkin ia suatu amaran daripada Allah bagi mengajak hamba-hambaNya kembali taat kepadaNya.

Kesan daripada pelepasan air dari empangan tersebut telah mengakibatkan kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun. Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang. Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.

Berikut antara gambar-gambar kejadian banjir kilat tersebut..








0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text