Petang semalam, Pak Lang menerima kunjungan tamu yang baru pulang dari Uzbekistan. Siapa lagi kalau bukan Sdr Kamaruzi - orang asal Pendang, Kedah tapi berkahwin dengan rakyat Australia. Anak-anaknya disekolahkan di tempat kami di RALK. Dia memohon izin membawa anak-anaknya menziarahi keluarganya di Kedah.
Pak Lang raikannya makan laksa utara. Ada banyak gerai laksa di sekitar Puchong tapi yang Pak Lang pilih memang terbaik. Kesannya Sdr Kamaruzi yang 'kemaruk' laksa dapat habiskan 2 mangkuk!! Ditambah dengan cendol yang sedap, hidangan petang tu sudah cukup untuk ganti makan malam kami.
Pak Lang sempat bersembang dengan suami isteri dan pelanggan yang ada di gerai tersebut. Mereka teruja melihat remaja Australia datang makan laksa di gerai yang comel itu. Mereka bahkan mengambil gambar kenangan habuan bercerita dengan teman-teman atau keluarga tentang kedatangan pelanggan yang jauh mencari laksa spesial.
Kami tidak lama berbicara. Sekadar bertanya khabar tapi kemesraan yang cepat terasa mengundang mereka meluahkan apa yang sedang dihadapi. Dilema dan serba salah. Rasanya apa yang disembangkan itu, ialah apa yang menjadi masalah yang menghantui semua ibu bapa. Mereka mengadu anak-anak yang baru masuk sekolah menengah yang sudah mula hilang kawalan. Walaupun rumah dikunci, tetaplah si anak akan ada cara lari keluar rumah bertemu kawan-kawan yang mengajaknya ke cafe siber, merokok dan sebagainya.
Apakah jalan menyelesaikannya? Mereka mengadu pada Pak Lang. Kasihannya!!
Sebenarnya banyak yang kena disembangkan dengan mereka. Tapi dek masa yang terhad, Pak Lang hanya beri nombor telipon dan mengajak mereka datang ke RALK. Semoga ada sentuhan ajaib untuk merubah anak-anak yang sedemikian.
Apa yang berlaku adalah dilema ibubapa di seluruh negara. Anak-anak yang semakin meningkat remaja semakin melepas diri dari kongkongan ibu bapa. Mereka mula menjadikan kawan rakan sebagai tempat meluah perasaan atau masalah. Jika ibu bapa di rumah jenis suka memanjakan anak sejak kecil, maka anak mereka lebih mudah lari meninggalkan rumah bila sudah meningkat remaja. Ini pengalaman ramai ibu bapa.
Peliknya apa yang terpaksa mereka tanggung!! Anak yang dibelai, dimanja sejak kecil rupanya begitu cepat berubah. Sebaik ada kawan dan teman tempat meluah perasaan, sianak sudah tidak pedulikan ibu bapanya lagi. Apatah lagi kalau sudah mula berjinak-jinak dengan rokok atau ketagih melepak di cafe siber.
Kesilapannya ialah pada memanjakan anak. Ramai ibu bapa yang tidak sedar hal ini. Kadang-kadang ibubapa yang awalnya memanjakan anak, bila anak sudah remaja dan mereka sudah tidak mampu mengawal si anak, maka nasihat atau teguran sudah menjadi leteran yang membosankan si anak. Lagi cepatlah si anak keluar rumah dan lebih banyak masa bersama kawan-kawannya. Lagi lama masa sebegini berlarutan, semakin rosaklah remaja ini.
Meluntur buluh biarlah sejak kecil. Ianya peribahasa yang tepat dan diakui benar tetapi bagaimana merealisasikannya. Sebabnya kita hidup dalam persekitaran masyarakat yang berbagai ragam dan latar belakang. Ia tidak sama jika kita hidup di persekitaran kampung yang mempunyai saudara mara sebagai jiran tetangga.
Jika di kampung, apa yang anak-anak kita lakukan akan diketahui semua keluarga. Tidak mudah mereka menyorokkan diri. Kaum kerabat dalam keluarga akan bantu menegur atau memarahi anak-anak saudaranya jika mereka nakal. Pendekatan sebegini mungkin agak berkesan bagi sesetengah remaja tetapi belumlah pasti ianya sesuai dengan semua remaja.
Buktinya di kampung-kampung yang ramai saudara mara juga, kes-kes gejala sosial di tahap pengambilan dadah juga berleluasa. Ramai yang mati kerana memilih menjadi "doktor peribadi diri sendiri"!!
Jadi mendidik anak untuk zaman ini perlukan persekitaran yang mendorong anak-anak jadi soleh dan solehah. Untuk mewujudkan hal sebegini, masyarakat setempat perlu sehati sejiwa. Setiap individu dalam masyarakat mesti saling memahami, saling bertolong bantu dan berkasih sayang. Asas bagi kesempurnaan masyarakat yang diharapkan menjadi contoh ini ialah mendirikan sembahyang berjemaah dengan penuh penghayatan.
Tidaklah mungkin terjadi masyarakat yang baik melainkan melalui pembinaan ruh sembahyang dalam setiap anggotanya. Sebab itu pemimpin masyarakat mesti menjadi model ikutan. Kekuatannya sebagai pemimpinlah yang menjadi pendorong ahli-ahli masyarakatnya bersatu hati, sefaham sehati sejiwa.
Di dalam GISB HOLDING, hal inilah yang menjadi keutamaan, Inilah bentuk masyarakat yang ingin membina sistem Islam dalam syarikat dan kehidupan bermasyarakat. Anak-anak dididik dan diasuh bersama. Tidak ada kata-kata, 'Anak orang, serah pada ibubapanyalah!!". Bahkan kami mengamalkan anak siapa saja tetaplah kami anggap anak kami sendiri.
Apa yang kami inginkan berlaku dan terhasil pada anak kami, maka itulah juga yang kami lakukan untuk anak siapa saja. Tidak ada pilih kasih.Kalau perlu dalam mendidik dengan dimarah, dirotan - tidak kira anak siapa - kami akan lakukan. Dan semua ibubapa (staf GISB HOLDING) telah menyerahkan anak mereka sepenuh hati. Pihak guru tidak akan dipersalahkan. Semua ibubapa diminta banyakkan mendoakan anak-anak mereka!!

Walau bagaimanapun, hendaklah difaham, rotan adalah jalan terakhir sebagai usaha membina rasa takut dan pengajaran agar tidak lagi melakukan kesalahan yang serupa. Biasanya sekali rotanm mereka akan serik dan yang lain turut terkesan - tidak berani mengulang salah yang sama.
Apa yang utama ialah memberi kesedaran, keinsafan, kefahaman dan dorongan melakukan perubahan diri secara semula jadi - kerana ada rasa takutkan Allah serta cintakan Nabi saw. Perubahan yang lahir dari kesedaran diri itulah yang tulin dan hakiki serta mampu bertahan dengan sebarang cabaran di mana saja mereka berada.
Selaku pendidik, kami selalu diingatkan agar kekalkan rasa seorang hamba yang tidak mampu. Tidaklah wajar perasaan mampu dan pandai atau bijak dibiarkan merajai hati kerana itu adalah sombong yang tersembunyi. Kami perlu meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Tuhan. Dialah yang maha berkuasa mengubah siapa sahaja. Kami bermohon usaha kerdil kami ini dibantu dengan keajaiban yang Tuhan sendiri lakukan. Bukankah Tuhan itu zat yang maha ajaib??
Sesiapa yang ada masalah anak remaja, boleh hubungi Pak Lang pada bila-bila masa ya?

0 ulasan:
Catat Ulasan