Social Icons

Ahad, 20 Oktober 2013

Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!



Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang pengantin remaja, dua insan dipertemukan Tuhan. Pertemuan yang halal dan itulah yang pertama kali di dalam hidup mereka. Itulah malam kejayaan yang menjadi natijah bagi pertarungan hak dan batil apabila sebelum ini godaan nafsu syaitan berjaya ditangkis satu persatu. Itulah malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini. Kesunyian wujud di mana-mana. Mereka berdua belum sempat berbicara. Keadaan kekal dengan sunyi yang syahdu tetapi amat membahagiakan.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka. Inilah waktunya mereka dapat  menatap wajah pasangan dengan lebih dekat. Sisuami akan dapat menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Suatu yang sukar untuk digambarkan - perasaan bahagia yang menyelubungi hati mereka berdua.

Sebelum ini, mereka tidak pernah sedekat ini. Jika adapun bertemu, adalah pertemuan yang diatur di hadapan keluarga masing-masing. Atau jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa dengan satu perkenalan, dalam tempuh masa yang singkat, ianya terus membawa ke jinjang pelamin - alam pernikahan yang sebenarnya begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri. Aneh?..bisik isterinya.....di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa siisteri mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya dia, suaminya seakan mati..kaku dalam gerakan sujud yang lama dan terdengar esakan dan tangisan sedu…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur Itulah cinta suaminya yang sejati…Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia masih setia menunggu - sambil berzikir menyebut nama Tuhan - menumpangi rasa bahagia sisuami bercinta dengan Cinta agungnya….berteleku di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu - tidak kuat melawan panahan mata suami yang memandangnya penuh rasa cinta - cinta pada kadar sesama manusia. Sambil separuh berbisik, siisteri bertanya dalam keadaan terus kekal menunduk kepala, "Mengapa awak pilih saya?"

Suami: "Kerana awak berniqab (memakai purdah)"

Isteri: "Ramai kan yang berniqab"
 
Suami: "Kerana awak ada Agama"
 
Isteri: "Ramai kan yang ada Agama"
 
Suami: "Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T"
 
Isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
 
Suami: "Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata. Saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak - dihadapan ibu bapa awak - ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak."

Isteri: "Saya tidak Cantik…."

Suami: "Biarlah beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah.."

Isteri: "Saya juga ingin cantik…"

Suami: "Sayang......kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?"

Isteri:  "Itu yang saya mahukan…"

Suami: "Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?"

Isteri: "Perempuan di dunia ini menghabiskan masanya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?"

Suami : "Ada caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!"

Isteri: "Yakah..?, tunjukkanlah caranya!"

Suami:  "Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri:  "Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?"

Suami:  "Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda:
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar)."

Isteri: "Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?"

Suami: "Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?"

Isteri: "Ada…nanti sekejap.."

Suami: "Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung (ayat 35 ) dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)"

Subhanallah!!!!

2 ulasan:

  1. MasyaALLAH.. Indahnya hidup bersyariat.. Mabruk!

    BalasPadam
  2. Doa wat driku menjadi yang halal wat si dia kelak

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text