Pak Lang sempat
menziarahi keluarga Al-Marhum Abuya di Batur, Tanah Tinggi Dieng, Wanosobo.
Tempatnya jauh di pedalaman dengan laluan merbahaya di lereng-lereng
gunung yang sempit. Walaupun merbahaya, sikap pemandu kenderaan di
Indonesia yang suka bertolak ansur menjadikan perjalanan kami lancar
dan selamat.
Kami mulakan dengan menziarahi Bapak Abu Bakar Abdul Syakur sepupu Al-Marhum Abuya. Datuk mereka berdua adalah Embah Haji Ilias iaitu seorang waliyullah yang alim lagi warak. Abdul Syakur dan Ibu Maimunah - bonda kepada Abuya merupakan saudara seibu sebapa. Rumah itu sudah dikunjungi Abuya pada 2010. Kami ditunjukkan bilik dan katil yang digunakan sejak zaman Belanda - masih kukuh dan padu.
Seperti biasa kedatangan tamu di rumahnya, Bapak Abu Bakar pasti akan menjamu makan nasi. Ianya satu tradisi keluarga Ahlil Bait (keturunan Rasulullah SAW). Jamuannya mesti nasi panas dengan pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Bayangkan keadaan dingin tanah tinggi bila dihidangkan nasi panas sedemikian rupa.
Selepas solat Zohor kami meminta diri untuk menziarahi makam Embah Haji Abdul Syakur dan lain-lain. Kami dipesan Bapak Abu Bakar supaya tidak lupa mengunjungi makam Iyang Jamik bersama suaminya Embah Tasliman. Iyang Jamik adalah anak kepada Embah Umar yang makamnya di Wanosobo.
Cuaca berkabus dengan hujan renyai-renyai tidak menghalang kami untuk meneruskan ziarah ke makam Embah Umar di Wanosobo. Alhamdulillah semuanya selesai sebelum maghrib. Ziarah makam merupakan tradisi orang soleh yang sentiasa dilakukan Al-Marhum Abuya bila ada kesempatan.
Ziarah makam bertujuan mendapatkan keberkatan orang-orang soleh. Ianya menjadi pendorong untuk terus gigih berusaha mendekatkan hati dengan Tuhan. Ianya juga memberi semangat juang yang tidak kenal putus asa dalam proses mendapatkan rasa hati kekal takut setakut-takutnya dengan Tuhan dan merindui Nabi SAW dengan rindu yang serindu-rindunya...! Allah!!
Makam Embah Abdul Syakur Makam Iyang Jamik dan suaminya Embah Tasliman
Jalan ke makam Embah Umar
Jeti menuju pulau kecil tempat makam Syeikh Muzakkir
Makam Syeikh Muzakkir - di sebuah pulau kecil yang tidak pernah ditenggelami air
Bersama Ibu Darajat - adik kandung Bapak Abu Bakar.
Kami mengunjunginya di rumahnya di Yogjakarta.
Beliau pernah melawat GISB di Malaysia Anak lelaki Ibu Darajat
Masjid Agung Istana Keraton, Yogjakarta

Jalan Ke makam Embah Umar di Wanosobo
Bahagian dalam makam Embah Umar - ada bilik suluk di bahagian bawahnya
Pemandangan makam lainnya
Makam Syeikh Muzakkir Di Semarang
Kota Kraton Yogjakarta
Istana Kraton Dari Hadapan
'Alun-alun' - Dataran Tempat Pertemuan Sultan Dengan Rakyat
Pintu masuk Istana Kraton
0 ulasan:
Catat Ulasan