Kenangan Malam Pertama Bertarawih.. -IH
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM MALAM tadi telah ku jalani, solat tarawih pertama Ramadhan tahun ini. Al-hamdulillah, selesai sudah zahirnya. Aku solat di sebuah surau di dekat sempadan KL-Selangor. Ku sampai di surau semasa Azan Isyak. Di pintu surau ku lihat kasut atau seliper bertimbun, kerana ruang tambahan surau sedang dibina. Seorang lelaki tua terjengket-jengket memijak longgokan kasut itu, kerana tiada jalan lain bagi kaum lelaki memasuki pintu surau. Terpaksa memijak longgokan kasut yang tidak rata itu, menyebabkan dia hampir jatuh. Tiba-tiba beberapa tangan menyambar menyelamatnya dari tersembam di situ. Lelaki tua itu selamat masuk ke surau, juga dengan tolongan jamaah-jamaah tadi. Al-hamdulillah. Itu suatu semangat berjamaah yang kujumpai hasil dari fadhilat malam Tarawih, Ramadhan dan Puasa. Tetapi, kisah tadi bersambung lagi. Tiba-tiba lelaki tua itu menjenguk dari pintu surau. Matanya mencari sesuatu. "Bangku!" katanya. Sambil jarinya menunjuk kepada bebera...