Social Icons

Selasa, 3 Jun 2014

Berita Gembira Tentang Subsidi Harga Minyak

Sumber dalaman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengatakan pemberian subsidi akan dilaksanakan melalui pemberian elaun di mana setiap pengguna kenderaan perlu mendaftar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan memberikan butiran berkaitan cukai perseorangan atau syarikat bagi mendapatkan ‎kad minyak tersebut.
"Kad elaun subsidi minyak yang bakal diberikan kepada pengguna mengandungi maklumat seperti nama penerima, alamat dan kuota bulanan minyak."  Sistem itu dijangkakan bermula pada September ini bagi kenderaan komersil manakala Oktober dan November bagi kenderaan persendirian.

Bagaimanapun menurut sumber itu, sekiranya penggunaan elaun subsidi melebihi ‎kuota ditetapkan, ‎‎pengguna perlu membeli sendiri minyak mengikut harga pasaran. Pengguna kenderaan berpendapatan  RM5,000 ‎dan tidak melebihi RM10,000 dijangka akan turut layak menerima pemberian subsidi tersebut, bagaimanapun dihadkan hanya sebanyak 300 liter.

Di bawah skim ini bagaimanapun tidak boleh diguna pakai kepada mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 dan warga asing. Bagaimanapun, pelaksanaan sistem baru itu belum diputuskan secara rasmi kerana KPDNK masih mempertimbangkan keadah lain daripada pihak berkaitan. Cadangan pemberian subsidi berbentuk kad itu diputuskan bagi membolehkan kerajaan mengkaji nilai penggunaan minyak yang betul oleh pengguna.

Pada 29 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan memutuskan mengkaji semula pemberian subsidi minyak bagi memastikan tiada kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan. 
 
Kerajaan juga dikatakan bercadang memperbaiki sistem MyKad bagi pertambahan maklumat penerima subsidi di dalam kad tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text