Social Icons

Khamis, 12 Jun 2014

Kelebihan Berpoligami

Ditulis Oleh Pakar Cinta

Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.

Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
1)   Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan 
       berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
2)   Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri 
      sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
3)   Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada  
      melakukan zina.
4)  Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu 
      tua.
5)  Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih 
     ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
6)  Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada tema        
     bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
7)  Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi 
     mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab 
      sepatutnya terhadap wanita tersebut.
8)  Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan 
    kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada 
    anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
9)   Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
10) Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin 
       mengambilnya sebagai isteri.
11)  Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya 
       giliran isteri yang kedua.
12) Menambah bilangan keturunan.
13) Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa poligami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki semata-mata tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.

Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang jahat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.

Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.



Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan.

Maka, poligami itu akan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila:
- Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
- Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
- Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
- Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
- Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.

Oleh itu, sekiranya anda, suami anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya. Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan lengkap poligami yang diberi nama ‘Rahsia Poligami’ di laman web ini: KLIK SINI!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text