Social Icons

Selasa, 3 Jun 2014

Erma Fatima Bermadu

"Madu itu pahit tetapi syurga itu manis!!" 
   
Tidak ada yang peliknya bila seseorang suami itu memutuskan untuk berpoligami. Islam membenarkan suami berkahwin lebih dari seorang. Ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Sepatutnya tidak perlu ada persepsi negatif terhadap suami atau isteri pertama atau isteri kedua. Semua pihak perlu akur dengan jodoh dan ketentuan Allah.

Walaupun begitu, hanya orang yang kuat dan tabah sahaja yang akan tenang dengan kedatangan madu di dalam hidupnya. Wanita sebenarnya makhluk yang kekuatannya luar biasa. Ada banyak derita yang ditanggung wanita yang tidak mampu oleh lelaki. Demikian jugalah dengan bebanan poligami. Wanita umumnya boleh menerimanya. Apa yang biasa terjadi kekecohan ialah bilamana ada pihak ketiga yang memperlekeh atau memandang hina. Ianya menggusarkan dan mengkecamukkan hati wanita yang menanggung bebanannya.

Dalam hal ini, kita wajar mengucapkan tahniah kepada Puan Erma Fatima atas jiwa besarnya menghadapi situasi sebegini. Beliau berjaya melepasi satu ujian besar dalam hidupnya. Bahkan kata-katanya bahawa 'setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaannya sendiri' merupakan satu ungkapan yang luar biasa. Apatah lagi keperluan mendapatkan kebahagiaan itu adalah orang yang disayanginya.

Tidak ada yang ganjilnya pada sikap puan Erma Fatima ini. Itulah sikap wanita-wanita pilihan dalam menyayangi suami mereka. Mereka bukanlah golongan isteri yang mementingkan diri sendiri. Wanita yang sanggup berpoligami adalah permata bagi suami yang amat berharga. Suami yang mempunyai isteri sebegini sesungguhnya sedar bahawa isteri tersebut benar-benar mencintai dan menyayanginya. 

Inilah contoh isteri yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan suaminya. Sebaliknya wanita biasa hanya memikirkan dirinya dan tentang dirinya. Dia tidak bersungguh-sungguh melayan dan menghargai suaminya. Seorang isteri yang jujur dalam cintanya terhadap suami, pasti akan tahu bahawa sebesar-besar pengorbanan yang perlu dilakukannya ialah meredakan suami berkahwin lagi. 

Jadi kesimpulannya, wanita yang tidak mampu berpoligami, bolehlah dicabar ketulusan cinta mereka terhadap suami mereka. Poligami ini sesungguhnya merupakan perangkap kepada wanita. Hanya wanita yang bermasalah sahaja yang akan mempertikaikannya. 

Apa yang penting, disamping menerima poligami, bawalah hati kepada Allah. Dialah cinta yang paling agung dan tidak ada tolok bandingnya. Kasih sayang Allah - jika kita mendapatkannya, akan mampu memadamkan segala ketidakpuasan hati!! Itulah kebahagiaan hakiki yang sangat dicari-cari umat manusia di mana sahaja.

Gambar Aida Abdul – Madu Erma Fatima

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.



“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

Di bawah kami kongsikan gambar majlis persandingan Bade dan Aida yang turut dihadiri rakan baik Bade, aktor Rosyam Noor dan isterinya, Runika Mohd Yusof.

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” demikian ulas Erma Fatima mengenai isu dia kini bermadu pada media.

Sementara menurut Bade pula, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.

“Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

“Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

“Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan”, katanya dipetik sebagai berkata. -MyArtis

Laporan dari Rotikaya:

Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi

Jumaat lalu, ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan kedua suami kepada Erma Fatima dan sebenarnya ternanti nanti apakah reaksi penerbit drama popular tentang berita perkahwinan suaminya, Bade yang dikhabarkan berlangsung di negara jiran.



Dalam kenyataan kepada Pancaindera keluaran Utusan Malaysia, Erma Fatima menjelaskan yang beliau tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagian orang yang disayangi.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Harapnya dengan penjelasan Erma Fatima ini, semua boleh mendoakan kebahagian Bade dan isteri barunya juga Erma Fatima sekeluarga. Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Bade.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text