Social Icons

Rabu, 4 Jun 2014

Ooops! Pesawat B737-800 MAS Dilanggar Kereta Lagi...


Apalah yang tak kena dengan dengan Sistem Penerbangan Malaysia ni.. baru bulan lepas kena kena langgar dengan Perodua Viva, bulan ini kena langgar lagi.. KLIK SUMBER

Bulan lepas Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat B737-800 itu yang pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi hari sama.. kalau dah lupa laporannya sila baca di SINI

Semalam pula The Sun melaporkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang.

SHAH ALAM – Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.  

Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang.
 
Dalam pada itu, pihak MAS yang turut mengesahkan kejadian tersebut. MAS turut berkata, insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat.
Menurut MAS lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

“Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
 
“Kesemua penumpang yang dijadualkan menaiki pesawat tersebut telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan penerbangan mereka,” katanya dalam sebuah kenyataan lapor Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text