Lihatlah majlis perkahwinan beramai-ramai - remaja GISB / YKPPM di Bandar Country Homes, Rawang, siang tadi. Suasana meriah dengan kedatangan tamu bertali arus dengan keluarga pengantin sahaja dari jauh dan dekat lebih 1,000 orang. Jumlah tetamu mungkin mencecah 2,000 orang kerana semua lauk pauk yang dihidang Ekhwan Katering habis - kerana sedap dan lazat serta kerana ramainya.
Inilah hasrat Puan Ibu Hatijah Aam selaku Pengerusi Ekskutif GISB HOLDING Sdn Bhd dan juga selaku YDP Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) yang sentiasa inginkan para remaja GISB / YKPPM disegerakan berkahwin bila cukup kematangannya. Perkahwinan beramai-ramai ini telah lama dilaksanakan dan akan terus dijalankan agar warga kerja GISB / YKPPM sentiasa diperhati keperluan kehidupan mereka zahir dan batin.
Bagi GISB / YKPPM tanggung jawab menguruskan perkahwinan para remaja ini adalah tanggung jawab berat yang mesti dilaksanakan secara berterusan. Tidak wajar ada mana-mana remaja di dalam syarikat dan yayasan ini tidak diuruskan pasangan hidup mereka. Siapakah yang akan menanggung dosa jika ada yang terjebak dengan maksiat (perhubungan haram lelaki perempuan) jika kita alpa menguruskan perkahwinan yang sudah pasti halal. Menguruskan dan menyegerakan yang halal jika dapat mengelakkan dari terjebak yang haram adalah satu tuntutan yang mesti dijalankan.
Dunia moden yang sangat mengelirukan ini, mestilah kita lepasi dengan cara yang diperintah oleh Allah dan Rasul. Usia muda bukanlah halangan untuk mereka diuruskan berkahwin. Cuba kita perhatikan remaja yang ramai di sekeliling kita. Kerosakan maruah mereka, kita sama-sama sudah maklum. Maka inisiatif memperjodohkan remaja di bawah syarikat dan yayasan ini menepati keperluan remaja masa kini.
Bahagian Pengurusan Nikah Kahwin YKPPM mendapat sokongan dan kemudahan yang sangat bermakna daripada pihak Pejabat Agama Daerah Gombak / Kuang dalam menguruskan pernikahan semua mempelai berkenaan. Setahu Pak Lang tidak ada pasangan poligami. Semuanya remaja 'trang - tang - tang". GISB / YKPPM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pegawai Agama Daerah Gombak / Kuang serta semua kaki tangannya.
Untuk pengetahuan para pembaca, semua mempelai tidak mendahulukan perkahwinan ini dengan bercinta dan 'berdating'. Mereka akur dengan apa yang disusun dan dijodohkan - hasil persetujuan ibubapa dan pihak pengurusan YKPPM. Alhamdulillah berkat taat dan redha dengan keputusan ibubapa, mereka akhirnya bertemu jodoh dengan orang yang sekali pandang sudah jatuh hati!! Lihatlah wajah-wajah mereka di bawah! Kalau diperhatikan eratnya cara mereka berpegangan tangan sudah membuktikan walaupun baru kenal dan baru diijabkabulkan tetapi sudah ada ikatan hati.
Yang pasti pengantin semuanya 'makan tak lalu', sebab keindahan sebenar mereka ialah bila masing-masing dapat duduk berdua secara halal. Allah dan Rasul serta para malaikat suka dengan remaja yang berkahwin awal demi menyelamatkan iman dan islam masing-masing. Maruah diri tidak ternilai harganya. Berkahwin awal dapat mengelak diri dari terjebak dengan maksiat dan dosa besar.
Berkahwin awal juga membina sikap tanggung jawab dan meningkatkan kematangan diri. Bersama melayari bahtera rumah tangga adalah alam baru yang sangat menakjubkan. Keluarbiasaan dan keindahannya hanya bagi yang telah pernah menempuhnya. Bagi remaja yang ingin namanya disegerakan, tingkatkanlah kematangan diri anda!
Percayalah rumah tangga menjadi medan pendorong seseorang yang awalnya lemah untuk bangkit membaiki diri. Akan ada dorongan untuk mahu membina kehidupan bahagia dan mengecap syurga dunia dengan harapan Allah menganugerahkan peluang terus bersama di syurga yang kekal di akhirat. Justeru mereka berdua akan berusaha menghayati kehendak Allah dan Rasul dalam diri dan keluarga mereka.
Mereka akan serius membina rasa hamba yang hina melalui solat lima waktu secara berjemaah. Mereka sedar jodoh pertemuan ini adalah ketentuanNya. Sebagai hamba Allah, berbahagialah dengan apa jua yang diputuskanNya. Suami dan isteri hanya akan bahagia jika terus berusaha mendapatkan cinta Allah dan Rasul. Itulah punca hati mereka terikat. Itulah sumber kebahagiaan mereka.
Insya Allah kita berharap mereka akan serius mendalami ilmu, meningkatkan ibadah serta membina rasa khusyuk dengan Allah. Harapnya mereka akan sungguh-sungguh membaiki tingkah laku dan budi pekerti, akan tahu berhubungan dan berinteraksi dengan orang tua, saudara mara, rakan taulan dan masyarakat. Ingatlah bahawa ibubapa kalian sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan perkahwinan ini. Hargai nasihat dan tunjuk ajar mereka.
Perkahwinan mengikat diri para remaja ini dengan isteri atau suami yang baru dikenali. Bercintalah setelah berkahwin. Nikmat dan keindahannya luar biasa. Berbahagialah di bulan-bulan yang awal dan bersegeralah saling kenal mengenal dan menguatkan ikatan jiwa satu sama lain. Ingatlah selepas melalui bulan-bulan yang penuh madu dan kemanisan ini, kalian akan mula menempuh badai gelombang. Jika hati masing-masing sudah kuat dengan Allah dan Rasul, insya Allah semua ujian dan cabaran akan dihadapi dengan tenang dan berjiwa lapang.
Selamat pengantin baru kepada anakanda semua. Semoga berbahagia sehinga ke gerbang syurga yang kekal abadi!!! Allahu Akbar!!

0 ulasan:
Catat Ulasan