Setiap 17 Disember sebuah upacara persembahan kepala kambing dilakukan di dalam kawah Gunung Ijen, Jawa Timur. Gunung Ijen ialah sebuah kawah gunung berapi selebar 300 meter dan ianya kini sebuah lombong sulfur. Pekerja lombong sulfur ini akan mengorbankan seekor kambing yang kepalanya kemudian ditanam di dalam kawah tempat mereka bekerja.
Mereka percaya jika persembahan ini diberikan kepada dewa gunung keselamatan serta rezeki mereka akan terjaga selama setahun. Kawah Gunung Ijen dikerjakan oleh ribuan penduduk setempat yang hanya menerima bayaran RP 75000 (RM 20) sehari. Kerja yang dilakukan bukan sahaja berbahaya tetapi memenatkan. Mereka perlu mendaki lereng kaldera gunung berapi sedalam 198 meter ini setiap hari untuk melombong.
Laporan asal BaltimoreSun
Laporan asal BaltimoreSun
0 ulasan:
Catat Ulasan