Segala puji bagi Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya.
Bersyukur kita ke hadarat ilahi atas segala rahmat yang dikurniakan dari-Nya, alhamdulillah kita mampu menguruskan segala hidup kita pada hari ini dengan baiknya. Tidak kira apa jua yang kita hadapi setiap hari - walaupun ada sedikit titisan air mata yang mengalir di pipi kerana diuji Allah ataupun kegembiraan yang membuatkan kita tersenyum dan terkenang-kenang. Bahkan jika ada penderitaan hari ini yang membuatkan jiwa merasa lara, katakanlah pada diri kita bahawa semua ini adalah anugerah dari Allah Ta'ala.
Menyelusuri bulan Syaaban ini sesungguhnya mengajar kita untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.
Sabda Rasulullah saw :-
'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.'
Berkata Siti Aisyah r.a. :-
'Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.'
Sabda Rasulullah saw. :-
'Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).'
Sabda Rasulullah saw:-
'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'
Namun walau apapun bentuk amalan yang kita lakukan, janganlah sesekali mengharapkan balasan pahala dan kebaikan semata-mata baik di dunia mahupun akhirat. Tanpa sebarang "kerana" tetapi semata-mata kerana kebaikan dan ihsan Allah Taala buat hambanya. Serta perbanyakkanlah beristighfar memohon keampunan dan taubat kepada Allah. Semoga Dia melembutkan hati kita untuk sentiasa memaafi manusia. Hilangkan perasaan dendam dan hasad dengki. Segala sifat itu umpama membakar diri sendiri tanpa kita sedari. Mudah-mudahan bulan syaaban (insya'allah) ini dapat membentuk diri kita menjadi insan yang sentiasa muraqabah baik dengan Allah dan juga sesama manusia.
Selamat menjalani ibadah bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

KLIK SUMBER: BLOG PUAN KHALIJAH ISMAIL
0 ulasan:
Catat Ulasan