Social Icons

Selasa, 10 Jun 2014

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Beramai-ramai - Remaja GISB Di Bandar Country Homes, Rawang.

Esok, Rabu 11Jun 2014 di Dataran GISB, Bandar Country Homes, Rawang akan berlangsung program yang dikira meriah dan padat. Ianya adalah majlis kenduri sempena perkahwinan beramai-ramai remaja GISB. Insya Allah ada 20 pasangan pengantin yang akan diraikan. Suasananya pasti meriah dan menghiburkan kerana akan ada sambutan dan persembahan pentas. 

Jamuan kenduri tentulah oleh EKHWAN KATERING yang banyak pengalaman dalam bidang menyajikan jamuan untuk golongan VVIP, para menteri malah kerabat diraja. Menu Ekhwan Katering dan kualiti masakannya sangat terpuji dan terpelihara keasliannya. Pak lang bukan puji semata-mata puji tapi memang sedap dan berbaloi. Tapi jagalah hati. Bukankah segala puji itu kembali kepadaNya? Biarlah kita kekal berusaha mendapatkan rasa hamba yang hina di sisiNya. 

Berbalik kepada program sepanjang hari besok, sila lihat tentatif acara kenduri, sambutan pengantin seperti di bawah:
11.00 pagi: Jamuan Makan (Hidangan secara buffet terpisah lelaki / perempuan)
11.30 pagi: Ketibaan rombongan 20 pasang pengantin diiringi paluan kompang
11.45 pagi: Makan Beradab Dan Persembahan Kumpulan Generasi Harapan
12.00 tghr: Acara memotong kek pengantin
1.00 ptg   : Solat Zohor
1.45 ptg   : Jamuan makan sehingga 
4.00 ptg   : Jamuan tamat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text