Seringkali kita terlalu takut menempuh kegagalan apatah lagi kesilapan. Sedangkan segala sifat itu tidak pernah lari dari kehidupan kita. Ia sentiasa beriringan dalam sepanjang penghidupan kita selama ini. Kalau hidup tidak pernah buat salah kita akan merasakan hidup ini tidak membina. Kita tidak belajar erti berjaya. Sedar atau tidak untuk mengecapi kejayaan resepi utamanya adalah menempuh kegagalan dahulu!.
Tidak ada manusia yang mula mencipta sesuatu hasil
terus menjadi. Sebaliknya ia akan menempuh cubaan demi cubaan
sehinggalah ia menghasilkan karya yang bermutu, berkualiti dan
diminati!. Kekalahan atau kegagalan yang dihadapi bukan pelemah semangat
tetapi penguat semangat diri agar kita bangkit dan belajar untuk
memperbaiki diri serta memajukan diri.
Bukankah pepatah ada berbunyi
‘manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan’. Tapi kadang-kadang
ramai diantara kita sering salah tanggapan berhubung pepatah tersebut.
Setiap kali melakukan kesilapan setiap kali itu juga kita akan
mengunakan ia sebagai jawapan bagi mengalas setiap kesilapan yang kita
lakukan. Walhal kesilapan yang dilakukan itu sebenarnya adalah merupakan
tanda peringatan supaya setiap manusia perlu berusaha untuk melakukan
yang paling terbaik selagi mampu.
Begitu
juga hidup yang tidak pernah berbuat salah akan menjadikan kita manusia
yang sombong diri. Kita akan merasakan kita terlalu sempurna dari
manusia lain. Tambah membimbangkan apabila kita tidak boleh menerima
teguran dari orang lain sekiranya kita melakukan kesilapan.
Kecenderungan membanggakan diri ini mengingatkan kita kepada kisah
penciptaan Nabi Adam a.s sewaktu Allah memerintahkan iblis yang pada
ketika itu adalah ketua segala malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam
a.s. Tetapi iblis merasakan bahawa tidak layak baginya untuk sujud
kepada Nabi Adam a.s kerana ilmu yang dimiliki oleh iblis lebih tinggi
daripada Nabi Adam as.
Keingkaran tersebut menyebabkan Allah Ta’ala
melaknat iblis hingga ke hari kiamat. Jelaslah di sini menunjukkan
kesombongan diri itu sama sekali merupakan sifat yang paling keji dan
buruk di sisi Allah Ta’ala. Tidak kira samada manusia itu berilmu atau
tidak berilmu sekalipun kerana sifat kesombongan itu mudah dihinggapi
di dalam jiwa manusia.
Maka berhati-hatilah kita dalam setiap pengaturan
hidup ini baik dari tingkah laku dan bicara. Janganlah sesekali kita
menyebut "Ana khoirun minhu (Saya lebih baik dari dia).
Apa
yang dapat dirumuskan di sini, sememangnya hidup kita ini tidak pernah
terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan. Segalanya ini bukanlah
untuk melemahkan semangat dan memudarkan rasa keyakinan untuk hidup.
Tetapi menjadi nadi kekuatan diri dalam mengerakkan kehidupan ini supaya
kita sedar tuntutan kita sebagai hamba yakini hendaklah sentiasa
berusaha. Bukan sahaja untuk melakukan yang terbaik dalam hidup kita
bahkan dalam melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh
Allah Ta’ala. KLIK SUMBER - BLOG KAMARKEHIDUPAN
0 ulasan:
Catat Ulasan