Social Icons

Selasa, 3 Jun 2014

Gempar!! Pekebun Temui Tapak Bigfoot Di Kampong Seri Aman, Puchong

Gempar!! Wah makhluk apa yang datang berlegar di sekitar Puchong 2 hari lepas!! Setahu Pak Lang tidak ada kawasan kebun di Seri Aman, Puchong melainkan di kawasan tebing sungai. Ianya memang menjadi tempat para penduduk menanam pelbagai pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Yang banyaknya ialah pokok pisang. Sepanjang lebih 3km, di tepi sungai tersebut, ada ruang selebar 6-7 meter yang dibahagi-bahagikan sesama penduduk untuk bercucuk tanam. Ruang tanah tersebut adalah rizab sungai. Mungkin di situlah lokasi tapak kaki 'bigfoot' ini ditemui.  Baca selanjutnya dari SUMBER.


Seorang pekebun menemui 3 kesan bentuk tapak kaki manusia berukuran lebih kurang 20 inci panjang di kebunnya. Mendapati saiz tapak kaki yang agak luar biasa dan menakutkan itu mendorong lelaki berkenaan membuat laporan polis pada 2 Jun 2014.

LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PENGADU



Pada 2/06/2014 jam lebih kurang 9.55 pagi saya telah pergi ke kebun alamat Lot 123 Lorong 4 Kampung Seri Aman dalam 47800 Puchong dan saya dapati ada 3 tapak kaki bentuk kaki manusia yang lebih kurang anggaran 20 inci panjang yang mungkin agak ganjil bagi saya.

Tujuan saya buat laporan kerana untuk makluman pihak polis dan mahu rujuk pihak-pihak yang berkenaan. Sekian laporan saya.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text