Social Icons

Khamis, 12 Jun 2014

Mesti Tengok!! - 'Lubang Neraka' Yang Dijumpai Di Turkmenistan

Kejadian yang menyingkap dahsyatnya api dari dalam perut bumi. Ini adalah fenomena luar biasa. Sesiapa sahaja yang menyaksikannya akan terkenang peringatan Allah tentang neraka.Sebutir halus api neraka yang jatuh ke bumi pun akan mampu menghancur-luluhkan semua yang ada, apatah lagi jika manusia di masukkan ke neraka. Manusia tidak akan mati. Hancur dan berdaging jasad semula untuk berterusan menerima siksa!! wal iya zubillah!!

Lihatlah untuk keinsafan. Cukuplah neraka untuk menyedarkan kita.

'Lubang Neraka' di tengah padang pasir Turkmenistan ini merupakan fenomena alam yang terhasil dari usaha cari gali minyak pada 1971. Lubang ini terletak
di tengah padang pasir di Derweze, Karakum, Turkmenistan (10/6). Dinamakan 'Lubang Neraka' kerana lubang berdiameter 70 meter ini terus mengeluarkan api sejak 40 tahun lalu. 

Fenomena alam ini bermula pada 1971 apabila saintis Kesatuan Soviet menggerudi tanah untuk mencari minyak dan kemudian membakar untuk mengeluarkan gas beracun. Namun, lubang tersebut tidak padam dan api terus menyala hingga saat ini. Lubang ini juga menjadi simbol kemegahan Turkmenistan kerana merupakan salah satu negara yang mempunyai rizab gas terbesar di dunia.

Adakah setiap orang yang mengunjungi tempat ini makin bertambah takut dengan Allah dan nerakaNya? Bagaimana jika kita dimasukkan ke dalam lubang ini?
 
 

 
 


 'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.

http://www.ibnuhasyim.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text