Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Isu Pendidikan Di Malaysia - Kerap Berubah Polisi DanTaksub Dengan Semua A Bakal Menjahanamkan Sistem Sekolah MALAYSIA..!!

Bacalah satu tulisan mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dilihat semakin kritikal. Banyak perkara yang perlu dianalisa dan di kaji. Pencapaian A bukanlah suatu yang menjadi penanda kejayaan sebenar.  Kepada semua pendidik, eloklah membaca paparan ini untuk menambahluaskan maklumat anda. Inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Amir seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suatu yang menarik untuk diperhatikan. Sebenarnya banyak lagi pendekatan kreatif yang perlu dilakukan dalam menarik minat pelajar.  Apa yang diluahkan ini, Pak Lang telah tulis DI SINI dan DI SINI . Walau bagaimanapun bacalah yang ini dahulu. Pandangan penulis berikut diambil dari BLOG KEDAH LANI . "Beri sekolah kuasa autonomi, elak fokus semua A, selamatkan sistem pendidikan" kata pendidik OLEH SHERIDAN MAHAVERA March 27, 2014 Isu PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) - Tiga tahun pelaksanaan, tiga tahun sekolah ditekan dengan pelbagai pencapaian. Ditekan oleh siapa? Ke...

Keciciran Tidak Sepatutnya Berlaku Dalam Pendidikan - Bahagian 1

Dalam dunia pendidikan, selalu diperkatakan tentang keciciran. Maksudnya ramai pelajar yang tercicir daripada dunia pendidikan di negara kita. Ianya samada kerana kandas peperiksaan atau sengaja melarikan diri daripada sekolah. Mereka yang kandas biasanya kerana tidak mampu atau tidak berminat dengan pembelajaran dalam kelas. Belum tentu mereka tidak pintar.  Mungkin mereka tidak rasakan kepentingan belajar cara sedemikian. Mereka boleh belajar dari dunia kehidupan sebenarnya. Ramai tokoh korporat termasuk dalam kelompok sebegini. Mereka sebenarnya mempunyai keupayaan kendiri yang mampu mengambil semua yang positif untuk meningkatkan diri masing-masing di luar sistem yang ada. Manakala pelajar yang ponteng atau lari dari sekolah pula lebih kurang sama puncanya. Pembelajaran dalam kelas dirasakan mengongkong mereka. Apatah lagi jika guru-guru tidak kreatif dalam menarik minta pelajar untuk menguasai ilmu. Jadilah pelajar ini meluat dengan guru, lebih gemar melepak dan memb...

Tanda-tanda Remaja Yang Boleh Diharapkan Dan Diberi Kepercayaan

1)     Lilhat pada hubungan hatinya dengan Tuhan. Lihat sembahyangnya. Adakah istiqamah di awal waktu yang di dahului dengan selawat dan sebagainya - menanti waktu solat. Remaja yang hatinya khusyuk dengan Tuhan, diproses oleh sembahyang yang khusyuk. 2)   Lihat ibadah malamnya. Penghayatan ibadah malam akan membentuk sahsiah remaja yang diinginkan. Dia akan menjadi remaja yang kuat pergantungan hati dengan Allah swt dan sangat bergantung harap, merendah diri kepadaNya. Biasanya remaja sebegini akan dibantu dalam kerja sehariannya.  3)    Lihat akhlak dan tingkah lakunya. Lihat bagaimana dia menyayangi ibubapa, menghormati orang tua, para guru, pemimpin dan saudara mara. Cara bercakap dan tingkahlaku yang sopan mencerminkan keteguhan peribadi yang bukan dibuat-buat. Remaja yang menghormati, menyayangi kedua ibubapanya akan diberkati Tuhan di dalam hidupnya.  Keberkatan ibubapa akan mengiringi perjalanan hidup mereka sepa...

Andaian Apa Yang Berlaku Pada MH370 Akan Terus Wujud

Imej
Dalam keadaan pelbagai teori masih berlegar di media dan internet, apa yang sebenarnya berlaku pada MH370 akan terus menjadi tanda tanya. Jawapannya kekal tiada siapa yang tahu dengan pasti. Keputusan kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 di Lautan Hindi pada kedudukan 1,900km daripada Perth juga tetap mengundang kontroversi. Kebanyakan waris mangsa terus kekal tidak meyakini sepenuhnya apa yang diumumkan selagi tidak ditemui bangkai pesawat dan mayat mangsa. Ya, 1001, andaian boleh dikeluarkan dan 1001 peristiwa mungkin terjadi. Apa yang penting, pihak kerajaan teruskan usaha membuktikan benarnya pesawat itu sedang terdampar di perut lautan sedalam 3 - 4km di bawah laut! Biarlah berapa kos pun yang perlu ditanggung, kredibiliti kerajaan sepatutnya di pertahankan.

Saintis Dunia Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan.. Ini Penjelasannya

Imej
  Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada. "Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu. Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui. "Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya. Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan. Kata...

Misi Pencarian MH370 Temui Petunjuk Terbaru

Imej
  Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat. Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi. Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini. Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal. Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing. Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut. Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pe...

Bagaimana Lanskap Politik Malaysia Ekoran Insiden Kehilangan MH370

Dunia sedang memerhati Malaysia secara khusus. Insiden ghaibnya MH370 telah membuka ruang yang begitu banyak untuk negara kita dinilai semua pihak dari pelbagai sudut. Semuanya mempunyai pandangan pro-kontra tersendiri.  Jika diberi pilihan, siapa pun tidak mahu dirinya atau keluarganya atau syarikatnya, atau masyarakatnya atau negaranya dinilai secara negatif. Tentu ini semua suatu yang aib yang tidak direlakan berlaku. Seboleh-boleh yang mahu diperkatakan orang ialah dari sisi positif sepanjang masa. Sebaliknya Tuhan mempunyai caraNya sendiri dalam menyedarkan hamba-hambaNya. Tuhan lakukan suatu yang dilihat negatif sebagai suatu yang perlu untuk sihamba. Hanya melalui insiden ghaibnya pesawat secanggih MH370, barulah berlakunya proses yang Tuhan inginkan terjadi untuk Malaysia.  Ingat lagi apa yang terjadi diantara bangsa Aceh sebelum tsunami. Bukankah kemelut politik dan perebutan kuasa sedang sampai di kemuncaknya antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan Ang...

Kisah Mayat Keluar Darah Tidak Berhenti Yang Sangat Ngeri

Imej
Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki   PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.   Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja… Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada...

MH370 - Sayu!! AJ Hilang 12 Orang Anak Buah Serentak

Imej
Dari kehilangan menjadi misteri dan seterusnya menjadi tragedi yang mengorbankan 239 nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, kerana kehabisan minyak mengikut laporan INMARSAT.  16 hari tanpa rehat dan makan yang mencukupi, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari dilihat melangkah longlai menunduk kepada tatkala masuk ke dewan sidang media malam semalam dengan wajah yang amat sedih. Sepanjang Najib membaca kenyataan media di atas pentas, AJ hanya mampu tunduk. Sebaik saja kenyataan mengesah pesawat MH370 terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi, AJ kelihatan terlalu sedih. AJ menangis apabila dia dipeluk oleh P. Kamalanathan. Baca seterusnya

Mencuba Untuk Setia

Sila baca tulisan Pn Khaulah yang berikut. Ada aura yang menginsafkan!!   Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati.. Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi.. Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati.. Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini! .... Teruskan membaca

300 Objek Terapung Dikesan...

SATELIT THAILAND KESAN 300 OBJEK TERAPUNG Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370. Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China. Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia. Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand. Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth. Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal. Baca seterusnya

"Papa kat syurga. kalau nak papa, kena baca doa selalu"

Imej
INTAN: "PAPA KAT SYURGA, KALAU NAK PAPA KENA BACA DOA SELALU" JAWAPAN SAYU KEPADA ANAKNYA #MH370 "Papa pergi work,tapi kapal terbang papa rosak, papa tak kan balik, papa kat syurga, kalau nak papa kena baca doa selalu...'' Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa. Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu. Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat. Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini. Semua yang menghadiri majlis bacaan Yass...

MH370 - Bagaimana Penerimaan keluarga Mangsa

Imej
Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini. Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu. Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain. “Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain." “Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian. S...

MH370 - Gambar Dan Berita Yang Mempersalahkan Malaysia

Imej
Gambar Dan Berita Ini Amat Memalukan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini. Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China. Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk keuntungan domestik’. “Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang ditulis oleh Wan Wenwen itu.Artikel itu adalah yang terkini disiarkan oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis itu.  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi menyalahkan media cetak China keran...

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta Matanya

Imej
Pernahkah kita mendengar tentang berdakwah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya berkhidmat membantu dan menolong. Pertolongan yang dilakukan Baginda SAW tidaklah berkat-kata apa-apa pun sebaliknya dengan tekun memberi makan kepada seorang yang sangat memusuhi Baginda SAW. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah . Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu. Dalam pada itu pengemis itu terus berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w mel...

Siapa Yang Paling Pemurah?

Imej
  Al-Waqidy bercerita, "Suatu ketika, saya diuji Tuhan dengan menghadapi kesempitan hidup. Apabila tiba bulan Ramadhan, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya bingung, lalu saya menulis surat kepada teman saya. Beliau adalah seorang yang mulia dari kalangan Alawy (keturunan 'Ali bin Abi Thalib).  Saya memintanya meminjamkan saya wang sebanyak seribu dirham. Dia pun mengirimkan wang itu kepada saya dalam sebuah kantong yang tertutup. Kantong itu lalu saya simpan di rumah.... Malam harinya saya menerima sepucuk surat dari teman saya yang lain. Dia meminta saya meminjamkan wang seribu dirham kepadanya untuk keperluannya untuk bulan puasa. Tanpa berfikir panjang, saya pun  mengirim kantong berisi seribu dirham itu kepadanya dalam keadaan masih tertutup tanpa pernah saya buka. Besok harinya, saya didatangi teman yang saya kirimkan wang semalamnya. Anehnya juga yang datang ialah teman Alawy yang meminjamkan saya wang sebelumnya. Yang Alawy itu menanyakan kepada saya...

Kambing Yang Diganti Oleh Allah

Imej
Di sebuah kampung, hiduplah seorang wanita solehah bernama Al-Fiddhah *yang berarti perak). Di rumahnya, terdapat seekor kambing yang boleh mengeluarkan susu dan madu apabila diperahnya. Hal ini sangat menakjubkan. Ramai yang datang untuk melihat kambing tersebut. Suatu hari, Syeikh Abu Ar-Rabi’ Al-Maliki datang berkunjung ke rumah Al-Fiddhah. Ketika itu, ia sedang memerah susu kambing. Kelihatan susu dan madu seperti yang diceritakan oleh orang ramai. “Bagaimana mulanya sehingga kambing ini dapat mengeluarkan susu dan madu seperti itu?”, Tanya Syeikh Abu Ar-Rabi’ Al-Maliki kepada Al-Fiddhah.  “Kami termasuk keluarga yang sangat miskin. Harta yang kami miliki hanya seekor kambing kecil”, kata Al-Fiddhah menceritakan tentang kambingnya dan keadaan keluarganya. Satu masa, ketika hari raya Aidil Adha, suaminya ingin menyembelih kambing yang satu-satunya itu untuk dibuat korban. Akan tetapi Al-fiddhah melarangnya karena itulah satu-satunya harta kekayaan miliknya. “Allah...

Suatu Kisah Paling Menakjubkan

Suatu hari… Atha’, ‘Ubaid bin Umair dan Abdullah bin Umar bertamu ke rumah Ummul Mukminin Aisyah, isteri Rasulullah saw. yang tercinta. Abdullah bin Umar pun bertanya kepada Ibunda Aisyah, “Wahai Ibunda, dalam kehidupan Rasulullah saw , kejadian apakah yang paling menakjubkan?.” Ketika diingatkan dengan orang yang paling dicintainya, Ummul Mukminin Aisyah tidak mampu menutupi kerinduannya kepada Rasulullah saw , suaminya tercinta. Ia menangis.., air mata berlinang membasahi pipinya. Teringat kepada Rasul yang mulia, Muhammad saw. Dan dengan senggukan isak tangisnya, ia menjawab, “Duhai saudaraku, semua kehidupan Rasulullah saw. adalah menakjubkan.” “Baiklah” Lanjutnya, “Akan aku ceritakan kisah yang paling menakjubkan dari beliau.” “Pernah, suatu malam…., yaitu ketika malam giliranku, kami sudah berada di tempat tidur. Kulitku dan kulit beliau sudah bersentuhan. Namun.., beliau meminta izin kepadaku, “Duhai Aisyah, izinkanlah aku untuk beribadah kepada Tuhanku.” Aku menjawab, “Wah...

Kualiti Pendidikan Malaysia Lebih Perlu Di Bimbangkan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Imej
Berikut adalah satu paparan dalam sebuah BLOG yang melaporkan mutu pendidikan di negara kita. Ianya menurut kajian oleh sebuah badan penarafan antarabangsa yang menilai prestasi akademik (keupayaan penguasaan dalam subjek tertentu).  Demikianlah umumnya masyarakat dunia menilai taraf pendidikan. Tentunya langsung tidak menilai dari segi sahsiah dan moral. Bahkan tidak ada usaha teras yang dilakukan oleh mana-mana negara dalam melihat fenomena kehancuran moral pelajar di negara masing-masing.  Sepatutnya negara kita Malaysia mengambil inisiatif yang lebih serius dalam melahirkan pelajar berkualiti. Pelajar mesti dinilai berdasarkan pencapaian sahsiah dengan kualiti kemanusiaan yang tertinggi sebagai kayu ukurnya. Jati diri manusia adalah nilai diri manusia yang hakiki. Tanpa penekanan dalam hal yang penting ini, kita hanya merendahkan martabat manusia sebagai hamba dan khalifah Tuhan di atas muka bumi.  Pencapaian akademik bukanlah segala-galanya yang patut ...

Menjejak Maqam Syeikh Syamsuddin Al Wali di Guynok

Paparan berikut diambil dari  BLOG ANJANGMUOR     ‎ Salam ceria. Turki menerima berjuta-juta orang pelancong setiap tahun.‎ Sebagai tanah yang pernah menjadi empayar timur dan barat sudah tentu ia mempunyai banyak kesan sejarah dan monumen yang sangat ingin dikunjungi oleh seluruh penduduk dunia khususnya para traveller. Tetapi mana yang lebih penting antara tempat bersejarah dengan pembangun sejarah itu sendiri? Atau dengan lain perkataan, mana lebih utama di antara orang dengan tempat? Di antara tokoh dengan monumen? Sudah tentu tokohnya lebih penting dan utama dari kejayaan yang dicapainya. Seorang tokoh sudah tentu tidak terjadi dengan sendirinya. Saiyidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan seluruh para sahabat adalah bayangan Rasulullah‎ SAW. Siapakah di belakang Sultan Muhammad Al Fateh? Selain dari ayahandanya dan para ulama yang mendidiknya sejak kecil, tokoh yang paling mempengaruhi peribadi ‘Sebaik-baik Raja’ ini ialah guru mursyidnya, Syeikh Syamsuddin A...

Ustaz Mimpi Punca MH370 Jatuh Di Lautan!

Imej
Apa yang diceritakan mengenai mimpi berikut - walau sekadar mimpi, tentunya kita sangat ingin mengetahuinya. Sebagai insan, kita semua ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada MH370. Kita tidak akan mudah menerima hakikat sesuatu itu lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan bekas.    Sesuatu yang pelik pastilah telah terjadi kepada MH370 dan semua insan di dalamnya telah mengalami keadaan yang cemas dan menakutkan itu. Hakikatnya Tuhan memperlihatkan kuasaNya untuk kita insafi. Apa yang pelik, tidaklah sukar difahami jika kita lihat dari sudut keimanan pada Tuhan dan alam akhirat serta perkara yang ghaib. Bukankah Tuhan itu maha ghaib?   Sesuatu yang terjadi pada MH370 sangat meruntun setiap insan yang berhati halus untuk terus berdoa dan menagih maklumat dari Tuhan. Dialah sumber segala pengetahuan dan hakikat yang berlaku. Jika kita dipilih Tuhan untuk menjadi sumber pemberitahuan itu kepada manusia, bersyukur dan meminta ampunlah kepadaNya. Dia menguj...

Berita Yang Menggusarkan Dari Pakar Berkenaan Pencarian Bangkai MH370

Imej
Pencarian MH370 dan kotak hitamnya bakal menjadi sangat sukar apabila ahli kaji bumi laut Australia yakin serpihan pesawat Malaysia Airlines itu terletak di atas rantaian dasar laut yang luas akibat gempa bumi dan jarang dikaji sebelum ini, lapor Sydney Morning Herald (SMH). Ia menjadi lebih sukar apabila satu-satunya kapal Australia yang mampu membuat penilaian sehingga 3,000 meter dalamnya, RV Southerm Surveyor, dikeluarkan daripada bertugas pada Disember, kata akhbar harian itu. Robin Beaman, dari James Cook University, memberitahu SMH, hanya sebahagian kecil dasar laut selatan Lautan Hindi yang termasuk dalam zon pencarian ini dipetakan secara terperinci. Sehubungan itu, katanya, sebarang percubaan untuk mendapatkan bangkai memerlukan pemetaan 3D yang luas, mungkin oleh kapal-kapal dengan alat pengesan bunyi multibeam echo. "Ia benar-benar masa yang tidak baik. Australia tidak mempunyai keupayaan pemetaan kedalaman ini," katanya yang dipetik oleh SMH. Alat peng...

Beratnya Kepiluan Dan Kesedihan - Baca Luahan hati Isteri Paramugara MH370

Imej
Kehilangan suami dalam keadaan yang tidak ditemukan jasadnya adalah satu pengalaman yang berat. Belum tentu usaha mendapatkan pesawat dan menaikkan semua mayat dapat dilakukan. Pertunjuk yang ada hanyalah pada isyarat satelit yang bersesuaian dengan kadar bahan bakar yang ada. Dan di situ tidak ada lapangan terbang yang memungkinkan ianya mendarat.    Memang memilukan bagi yang menanggungnya terutama bagi isteri yang sedang mengandung. Semoga ujian berat ini, menjadikan semua yang terlibat kembali mendapat Tuhan, merasai kebesaran dan keagunganNya. Mendapatkan Tuhan maksudnya untuk di 'bawa' Tuhan ke mana-mana! Balu kepada pramugara Hazrin Hasnan yang meninggalkan seorang anak kecil dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata redha dengan tragedi yang menimpa suaminya dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370. Intan Maizura Othman menulis di dalam akaun laman sosialnya sebaik mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. ...

Kehilangan MH370 - Dedahkan Kelemahan Satelit

Imej
Gambar di atas adalah SATELIT WorldView-2 milik DigitalGlobe yang merakam imej dua objek dipercayai serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi pada 16 Mac lalu. WASHINGTON - Kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bukan sahaja menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan tetapi turut mendedahkan batasan dan kemampuan sistem satelit, lapor Washington Post kelmarin. Sebelum ini, beberapa pengendali satelit memberitahu bahawa satelit mereka mempunyai teknologi yang sangat canggih sehingga mampu merakamkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan dari orbit Bumi. Namun, dalam kes kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan had teknologi satelit mula terserlah apabila gagal mengesan sebuah kapal terbang yang besar. Beberapa pakar berkata, kelemahan dan had teknologi sesebuah satelit ini berkait rapat dengan faktor fizikal, kewangan dan kegunaannya sendiri. Satelit tentera dan komersial jarang memantau serta menganalisis ruang muka bumi yang jarang dilalui seperti kawasan terpencil di...

MH370 - Kenyataan Penuh Malaysia Airlines System (Mas)

Kenyataan penuh MAS  Astro Awani | Kemas kini: Mac 25, 2014 Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.   Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.   Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.   Operasi mencari yang sedang dijalanka...