Social Icons

Isnin, 24 Mac 2014

60 Tan Bahan Bakar Di Dalam MH370!!

Pesawat mampu sampai ke lokasi dua objek

Kuala Lumpur: Pakar penerbangan yakin pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu mampu sampai ke lokasi dua objek terapung dikesan satelit di selatan Lautan Hindi kerana mempunyai simpanan bahan api yang mencukupi.

Dengan jangkaan membawa bahan api kira-kira 60 tan, pesawat itu mampu terbang jauh sehingga lapan jam termasuk simpanan minyak tambahan.

Berdasarkan lokasi penemuan objek berkenaan yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari Perth, Australia, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu sudah terbang kira-kira 7,000 kilometer dari kawasan Pulau Perak, iaitu lokasi terakhir pesawat itu dikesan radar tentera.

Diandaikan kelajuan maksimum pesawat itu lebih 900 kilometer persegi, pesawat berkenaan mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di lokasi dua objek berkenaan ditemui sebelum kehabisan bahan bakar.


JURUTERA pesawat Tentera Udara Diraja Australia melihat kawasan perairan yang menjadi lokasi pencarian terbaru.

Perunding bebas yang juga bekas jurutera penerbangan Hyder Shahrom Mohd Shukor berkata, dengan mengambil kira minyak simpanan yang dibawa, ia membolehkan pesawat berkenaan melalui kawasan itu selepas kali terakhir dikesan radar.

“Pesawat berkenaan yang dikesan di lokasi terakhir di Pulau Perak mampu terbang hingga ke selatan Lautan Hindi berdasarkan kapasiti bahan api yang dibawa.

“Bagaimanapun, beberapa pakar kejuruteraan penerbangan bingung kenapa alat pemancar isyarat lokasi kecemasan (ELT) tidak berfungsi sekiranya pesawat itu terhempas,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, ELT yang diletakkan di beberapa bahagian luar pesawat tidak mungkin rosak berdasarkan beberapa faktor.

“Mustahil sebuah pesawat mengalami ‘total shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat mempunyai masa membuat pendaratan cemas,” katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21 SUMBER

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text