Esok 23 Mac akan berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Kemeriahan pilihanraya kecil ini tenggelam dek insiden kehilangan MH370. Sebenarnya kedua-dua peristiwa - samada kehilangan yang sudah berlalu 16 hari itu atau PRK kajang yang akan berlangsung esok mempunyai kaitan yang kuat. Yang pertama mempengaruhi yang kedua. Yang telah terjadi akan memberi kesan besar kepada yang bakal berlangsung esok. Itulah yang sedang diperkatakan. Bacalah tulisan MSO seperti di bawah.
Kegagalan untuk menjelaskan secara tuntas berhubung kehilangan pesawat Mas, MH370 yang hilang 15 hari lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon BN dalam pilihan raya Kajang besok. Pengundi yang celik maklumat tidak akan teragak-agak untuk tidak memberi undi kepada calon BN, Chew Mei Fun sebagai denda kepada kelemahan dan kegagalan kerajaan UBN mengesan pesawat tersebut.
Pengundi Kajang khasnya yang bermaklumat sama pendapat dengan kebanyakan orang awam lain yang kesal dengan cara Malaysia menangani kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal itu. Mereka bukan tidak dapat menerima takdir Allah tetapi cara musibah itu diuruskan menimbul keraguan dan tanda tanya.
Apa-apa yang terdedah di sebalik kejadian itu menceritakan kelemahan kerajaan dalam beberapa aspek yang tidak sewajarnya berlaku kepada sebuah negara yang diwar-warkan maju dalam serba serbi terutamanya pemilikan peralatan pertahanan.
Begitu juga kecenderongan untuk meletakkan kesalahan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung kehilangan pesawat itu kerana beliau dikatakan ahli PKR, sudah pasti menimbulkan kebencian dan kemarahan kepada kerajaan dan calon BN akan menerima kesannya.
Langkah untuk mengaitkan Zaharie dengan PKR dilihat perbuatan untuk menambahkan keburukan kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan sekaligus sebagai propaganda kempen BN di Kajang. Walaupun kegiatan itu bukan dari arahan UBN tetapi para pendokongnya, pemain cyber telah melakukan kekejian melampau ke atas Anwar berhubung kehilangan pesawat itu.
Penjelasan pihak Mas mengenai reputasi Kapten Zaharie serta penjelasan pihak pakar forensik yang menyiasat simulator milik Zaharie oleh FBI tetapi tidak menemui apa-apa kesan negatif dan mencurigakan terhadap simulator itu telah memberi mata kepada calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail. Kegagalan untuk memburukkan Zaharie akan menjadikan pengundi celik maklumat marah kepada UBN dan menyebabkan undi mereka akan masuk ke peti PKR.
Sudah amat mustahil kalau UBN ingin menggunakan kehilangan pesawat itu sebagai modal untuk merubah mood pengundi di Kajang kerana masa sudah terlewat. Sehingga malam ini pesawat itu masih tidak diketahui nasibnya. Objek yang ditemui oleh penguasa China di lautan juga belum disahkan sebagai serpihan Mas.
Dengan masa sudah suntuk dan UBN masih belum ada apa-apa kejutan untuk Kajang besok menjadikan calon mereka tertekan. Dakwaan Mei Fun kononnya pihak PKR membuat sebaran palsu mengenai dirinya untuk berhenti menjadi timbalan menteri kerana takut didakwa atau pun pernah melakukan kekerasan kepada amahnya berbangsa Indonesia, adalah ilusi beliau sahaja dimana ia sebagai propaganda kempen murahan.
Menuduh pihak PKR yang menyebarkan fitnah itu menunjukkan calon UBN itu sangat terdesak.
Apa yang didakwa itu mungkin ia juga adalah kerja-kerja dakyah dilakukan oleh agensi kempen Mei Fun untuk menarik simpati disaat-saat akhir. Perlawan di Kajang bukan perlawanan propaganda tetapi ia adalah ujian kepada realiti selera dan penilaian rakyat terhadap kerajaan selepas hampir 10 tahun membentuk kerajaan. Kajang dipilih bukan saja kerana ia ada untuk merealisasikan agenda peribadi Anwar, tetapi sebagai testimoni kepada politik semasa. [wm.kl.10:40 pm 22/03/14]

0 ulasan:
Catat Ulasan