Social Icons

Isnin, 31 Mac 2014

Tanda-tanda Remaja Yang Boleh Diharapkan Dan Diberi Kepercayaan

1)     Lilhat pada hubungan hatinya dengan Tuhan. Lihat sembahyangnya. Adakah istiqamah di awal waktu yang di dahului dengan selawat dan sebagainya - menanti waktu solat. Remaja yang hatinya khusyuk dengan Tuhan, diproses oleh sembahyang yang khusyuk.

2)   Lihat ibadah malamnya. Penghayatan ibadah malam akan membentuk sahsiah remaja yang diinginkan. Dia akan menjadi remaja yang kuat pergantungan hati dengan Allah swt dan sangat bergantung harap, merendah diri kepadaNya. Biasanya remaja sebegini akan dibantu dalam kerja sehariannya. 

3)    Lihat akhlak dan tingkah lakunya. Lihat bagaimana dia menyayangi ibubapa, menghormati orang tua, para guru, pemimpin dan saudara mara. Cara bercakap dan tingkahlaku yang sopan mencerminkan keteguhan peribadi yang bukan dibuat-buat. Remaja yang menghormati, menyayangi kedua ibubapanya akan diberkati Tuhan di dalam hidupnya.  Keberkatan ibubapa akan mengiringi perjalanan hidup mereka sepanjang masa.

4)   Lihat kewibawaannya dan penampilannya. Wibawa seseorang remaja itu terletak kepada hatinya yang lurus dengan Tuhan. Dia tidak akan berpura-pura. Dia akan tegas dengan prinsip dan tidak akan menggadainya sama sekali. Dia akan pertahankan syariat dan disiplin hidup Islam yang dipegangnya selama ini walau di mana jua dia berada dan dalam situasi apa sekalipun.  Dia tidak mudah mengikut kawan. Remaja berwibawa akan lebih terserlah ketenangannya. Penampilannya kelihatan kemas dan menarik. Comot dan serabut bukan watak dirinya.

5)   Lihat pada kesungguhannya melakukan sesuatu kerja. Ini sangat berkait rapat dengan rasa bertanggung jawab dengan amanah yang diberikan. sekalipun mencuci tandas awam, dia tetap merasakan ianya satu amanah dari Tuhan. Soal orang menilai atau tidak langsung tidak difikirkannya. Apa yang penting dia mahu berbuat sesuatu yang Tuhan suka. Ciri utama remaja sebegini ialah mereka tidak memilih pekerjaan. Asalkan halal dan tidak melanggar syariat, mereka akan bekerja dengan sepenuh hati. Mereka tidak berbuat sesuatu yang biasa-biasa sebaliknya melakukannya ditahap yang terbaik.

6)    Lihat pada kekuatan jiwanya. Untuk mengenal pasti seseorang yang kuat jiwanya, lihatlah ketika dia melakukan pekerjaan yang sukar, sulit dan payah. Remaja yang lembek jiwanya akan mudah menyerah kalah. Sebaik mendengar tugasan yang diberikan, dia akan menyerah kalah dengan mengemukakan pelabagai alasan 'tidak boleh'. Sebaliknya remaja yang kuat jiwa akan berkata "Insya allah!!" dan dia akan melakukannya sebaik mungkin melebihi tahap yang disasarkan. harus diingat bukan mudah mendapatkan remaja yang sehebat ini.

7)    Lihat kesabarannya. Sifat sabar adalah sifat utama seseorang Rasul itu dinilai sebagai Ulul Azmi. ianya sifat para pemimpin. Siapa sahaja yang mahu menjadi orang berjaya mesti mempunyai sifat sabar yang bertaraf tinggi. Datanglah apa jua cabaran, halangan dan rintangan seseorang yang penyabar tidak akan mudah melatah dan hilang pedoman. Sikapnya akan sentiasa positif dan rasional. Dia akan tetap sabar dengan pendiriannya. Dia tidak akan tergugat dengan apa jua karenah isteri yang jahat, kawan rakan yang bermasalah atau orang-orang yang hasad dengki.

8)    Lihat Kepekaannya. Sifat peka adalah sifat yang memahami keperluan orang lain. Dengan kata lain mereka sangat sensitif dengan apa yang diinginkan orang lain. Apa jua hajat orang, mereka akan berusaha menunaikannya. ianya suatu yang mudah bagi remaja yang sebegini kerana sikap ini wujud di dalam hatinya. jiwa yang sensitif dengan masalah orang lain akan terus mendorong berbuat dan bertindak membantu sedaya upaya yang termampu. mereka tidak akan tidur lena jika mengetahui ada orang yang belum dibereskan keperluannya, Kepekaan sebeginilah yang dimaksudkan baginda Nabi saw; "Tidak berimana salah seorang daripada kamu sehingga mana dia mengasihi saudaranya lebih dari dia mengisihi dirinya sendiri".

9)     Lihat kepintarannya. Remaja yang berkualiti tentunya matang dalam berfikir. Harus diingat bahawa cara berfikir yang utama ialah dari hati yang terhubung ingatan dengan Tuhan. Berfikir tahap tinggi ialah berfikir dalam keadaan hati mengingati Allah. Akal fikiran tidak dinilai cerdik atau pintar kalau jauh dengan Tuhan. Maka remaja yang kita cari ialah mereka yang mempunyai kepintaran hati yang kuat dengan Tuhan. 

10)   Lihat pada sikap amanah dan kejujurannya. Carilah remaja yang berhati jujur. Mereka boleh diberi tanggung jawab tanpa perlu kita menunggu melihat mereka melakukannya. Mereka boleh dipercayakan apa sahaja. Titiplah wang atau harta atau amanahkan tugas menjaga dan memelihara, mereka pasti tidak akan sia-siakan kita. Orang yang amanah biasanya hatinya kuat dengan Tuhan. Mereka terasa Tuhan memerhatikan mereka. Justeru di mana sahaja mereka berada dan apa jua yang diharapkan dari mereka, mereka akan lakukan sejujur-jujurnya.

11)   Lihat kepada pergaulannya. remaja pilihan adalah remaja yang tidak dirosakkan oleh persekitaran dan perhubungan sesama rakan. bahkan yang biasanya terjadi mereka yang mencorakkan kawan rakan di sekelilingnya. mereka mampu menjadi pemimpin orang lain. Mereka tidak terbawa-bawa dengan gaya dan sikap yang merosakkan atau menjatuhkan wibawanya. Mereka mampu berdepan dengan ujian dan ajakan kawan-kawan tanpa tergugat sedikit pun. 

12)  Lihat kecenderungan hatinya terhadap lawan jenisnya. Ramai remaja lelaki yang baik-baik, rupanya menyimpan hubungan rahsia dengan remaja perempuan. Dalam dunia moden, komunikasi akan memerangkapkan  remaja yang lemah dari sudut ini. Berhubungan dengan perempuan atau lelaki yang bukan muhram adalah salah dan berdosa.  Jika perlu kahwinlah walau di usia muda. ianya lebih menyelamatkan. remaja yang berkualiti, tidak tercalit dengan kes-kes yang sebegini. 

13)    Lihat kesanggupan berkorbannya. Berkorban adalah sifat mulia yang menjadi tradisi para sahabat dan orang-orang soleh. Mereka berkorban apa sahaja demi melihat kemenangan Islam. Remaja yang dilatih untuk kuat berkorban akan sentiasa cukup dengan apa yang ada. Mereka tidak menuntut yang bukan-bukan. Kalau pun mereka berkehendak sesuatu mereka akan dahuluinya dengan bermunajat meminta dengan Tuhan di malam hari. Mereka sudah sedia redha dengan apa jua keputusan Allah. Pada mereka berkorban itulah yang utama bukannya keperluan diri sendiri. Biasanya Tuhan mengganjari mereka dengan rezeki dan habuan yang tidak diduga sama sekali. 

14)    Lihat latar belakang keluarganya. Biasanya benih yang baik akan menumbuhkan pohon yang baik. Begitulah sebaliknya. Maka remaja pilihan juga sedemikian. sebab itu melahirkan remaja pilihan mesti bermula pada perjodohan ibubapa mereka. Jika ibubapa mereka dikahwinkan mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka Insya Allah zuriat yang lahir itu amatlah berharga. Mereka menjadi mutiara yang perlu terus digilap. Sebab itu faktor keturunan sangat perlu diberi perhatian.

15)    Lihat sejarah hidupnya. Remaja yang pernah terjebak dengan maksiat dan dosa besar, perlukan kesedaran dan keinsafan yang mendalam. Tanpa rasa insaf yang sesungguh hati, mereka akan mudah kecundang dalam melakukan perubahan. Sebab itu mana-mana remaja yang mahu kembali ke pangkal jalan, usaha pertama memulihkan mereka ialah dengan taubat. Bagi GISB / YKPPM, remaja yang ketagihan rokok dan dadah diletakkan di satu tempat yang khusus di bawah program Pusat Latihan Merubah Hati. PLMH ini diwujudkan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia dengan memberi penekanan pada kesedaran dan keinsafan kendiri.
 
16)  Remaja-remaja di dalam GISB / YKPPM dilihat khusus pada komitmennya dengan perjuangan. Kami istilahkan bekerja dalam syarikat ini sebagai berjuang kerana inilah maksud Tuhan yang mengatakan; "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang (bermujahadah) pada jalan kami,  nescaya kami akan tunjukkan kepada mereka jalan yang menyampaikan mereka kepada kami". Hakikat perjuangan ialah membebaskan diri daripada hawa nafsu dan melepaskan diri dari terjebak dengan sistem hidup yahudi. Komitmen para remaja GISB / YKPPM dinilai dari segi kesungguhan mereka mengutamakan kerja perjuangan daripada kepentingan peribadi. Jika bertembung kehendak peribadi dengan kehendak perjuangan maka mereka akan memilih untuk mndahulukan perjuangan. Inilah remaja yang kita ingin dan sedang lahirkan!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text