Social Icons

Isnin, 31 Mac 2014

Keciciran Tidak Sepatutnya Berlaku Dalam Pendidikan - Bahagian 1

Dalam dunia pendidikan, selalu diperkatakan tentang keciciran. Maksudnya ramai pelajar yang tercicir daripada dunia pendidikan di negara kita. Ianya samada kerana kandas peperiksaan atau sengaja melarikan diri daripada sekolah. Mereka yang kandas biasanya kerana tidak mampu atau tidak berminat dengan pembelajaran dalam kelas. Belum tentu mereka tidak pintar. 

Mungkin mereka tidak rasakan kepentingan belajar cara sedemikian. Mereka boleh belajar dari dunia kehidupan sebenarnya. Ramai tokoh korporat termasuk dalam kelompok sebegini. Mereka sebenarnya mempunyai keupayaan kendiri yang mampu mengambil semua yang positif untuk meningkatkan diri masing-masing di luar sistem yang ada.

Manakala pelajar yang ponteng atau lari dari sekolah pula lebih kurang sama puncanya. Pembelajaran dalam kelas dirasakan mengongkong mereka. Apatah lagi jika guru-guru tidak kreatif dalam menarik minta pelajar untuk menguasai ilmu. Jadilah pelajar ini meluat dengan guru, lebih gemar melepak dan membuang masa di luar kelas. 
Ditambah dengan kemudahan capaian internet, maklumat yang mereka perolehi lebih 'advance' daripada yang didapati di sekolah. Mereka lebih teruja dengan maklumat internet dari yang lain. hasilnya banyak pula unsur negatif yang diterokai mereka. 

Jangan terkejut kerana mereka boleh belajar bermacam-macam teknik jahat melalui internet!! Inilah malangnya yang terjadi kepada mereka yang kandas atau melarikan diri ini. Semuanya mendorong untuk mereka terus terjebak dengan gejala sosial. 

Sulitlah untuk memulihkan mereka semula kerana usia remaja adalah usia yang sudah jadi 'buluh'. Pembentukan sahsiah anak yang terbaik ialah sekitar awal usia sehingga 7 ke 10 tahun. Umur 10 tahun itu dikira sudah lambat justeru Nabi Muhammad saw. menyuruh ibubapa memukul anak yang tidak sembahyang di usia 10 tahun.

Hari ini isu keciciran pelajar dan kes pelajar ponteng sudah menjadi isu biasa yang dihadapi semua guru besar. Inilah isu yang tidak habis-habis dibincangkan. Hukuman yang pelbagai diperkenalkan tetapi pelajar yang ponteng makin ramai. Ada yang berbulan-bulan tidak datang sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa. 

Soalnya kenapa pelajar tidak mahu ke sekolah? Bukankah belajar itu sangat penting dan utama. Usia muda adalah untuk belajar tetapi ternyata kelompok ini sudah jemu dan malas belajar. Mereka 'boring' dengan situasi pembelajaran yang ada. Tidak ada yang menarik minat dihati mereka. Mereka tidak tahu untuk apa belajar semua subjek yang payah-payah itu? Bukankah lebih baik buat sesuatu yang seronok? 

Kegagalan menarik minat pelajar untuk ke sekolah menjadikan bertambahnya kes remaja melepak, merokok, mengambil dadah, minum arak, pecah rumah, merogol bahkan membunuh!! Sesuatu perlu dilakukan dalam hal ini. Semua kelompok masyarakat mesti mengambil inisiatif yang tersendiri. 

Jangan ditunggu perubahan dasar pendidikan negara. Kita boleh mengubahnya kerana ianya berkaitan dengan masa depan anak-anak kita. Tentulah hal ini juga sangat berkaitan dengan masa depan kita di akhirat!! Adakah kita sanggup berputih mata kemudian hari dengan membiarkan segala kemelut sosial yang berlaku pada anak-anak kita  tanpa sebarang usaha?

Bagi GISB / YKPPM - atas nama syarikat korporat dan atas nama yayasan kebajikan, usaha membina pelajar dan remaja ke arah menjadi generasi pelapis telah lama dilakukan. Bagi kami, tidak ada istilah keciciran dalam sistem sosial masyarakat Islam. Tidak ada tenaga insan yang diketepikan. Semuanya wajar dibina dan dipimpin terus menjadi hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. 

Pak Lang akan sambung pada paparan akan datang. Cukuplah dulu sebagai muqaddimah pada kali ini. Suatu yang menjadi fenomena masyarakat masakini tetapi belum ada jalan oenyelesaiannya. Mungkin secara individu ramai yang mengambil inisiatif tersendiri - sekurang-kurangnya untuk anak-anak mereka tetapi bagaimana dengan anak bangsa kita yang lain? Persoalan inilah yang akan kita paparkan nanti. Mohon didoakan ya.  

Bagi teman-teman yang terlibat dalam bidang pendidikan, berilah komen atau luahan hati anda di ruangan komen di bawah. Anda boleh memberi apa jua bahan atau fakta tambahan yang sesuai untuk Pak Lang muatkan dalam tulisan akan datang atas tajuk ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text