Seluruh Malaysia terpaku di depan TV pada kira-kira jam 10 malam tadi. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan nada sedih, telah mengesahkan bahawa pesawat MH370 dipercayai terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi. Semua penumpangnya dipercayai tiada yang
selamat.
Pengumuman ini dibuat berdasarkan MH370 itu telah dikesan oleh satelit
untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth,
Australia dan
tidak ada landasan terdekat yang membolehkannya mendarat secara selamat. Pengumuman ini mengakhiri penantian seluruh masyarakat dunia terutama ahli keluarga mangsa selama 17 hari (400 jam).
Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu, waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun dimaklumkan mengenainya. Dilaporkan juga bahawa waris-waris mangsa akan diterbangkan ke Perth dalam tempoh terdekat. Setakat malam ini, kebanyakan blog di tanah air - setelah mengetahui pengumuman tersebut - melahirkan rasa sedih dan bersimpati dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah.
Keluarga mangsa tentu menerima khabar ini dengan kesedihan yang sukar digambarkan. Mungkin ada yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana ianya masih dalam bentuk andaian. Selagi tidak melihat sendiri pesawat malang tersebut serta keadaan penumpang di dalamnya, tentulah ada di kalangan anggota keluarga mangsa yang masih ingin terus menanti dan mengharapkan keajaiban berlaku.
Khabar ini membuatkan rakyat Malaysia - untuk kesekian harinya terus merasa hiba, sedih dan tumpang menangisi mereka yang telah pergi. Rasanya seluruh dunia juga pastinya berkongsi perasaan yang
sama. Ianya satu perasaan yang lumrah lerana setiap manusia pasti pernah menerima musybah. Bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara, trajedi ini dirasakan boleh berlaku pada siapa sahaja.
Usaha pencarian akan diteruskan sehingga menemui pesawat dan mayat semua mangsa. Apa yang penting ialah mencari kotak hitam pesawat itu untuk dianalisa dan seterusnya merungkai misteri kehilangan MH370 selama 17 hari. Apakah yang menjadi punca pesawat itu melencong jauh dari sepatutnya menuju ke Beijing lalu tersasar hingga ke selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu juga melegakan banyak pihak yang berkepentingan. Setelah jenuh menunggu dan mengharap, sekurang-kurangnya status pesawat yang disytiharkan terhempas di lautan Hindi itu sekaligus mengesahkan ianya sudah 'ditemui'.

Cabaran terbesar ialah bagaimana membawa naik bangkai pesawat pengangkutan udara dari jenis yang terbesar itu? Dan tentulah lebih sukar untuk turun ke dalam lautan dan mengeluarkan 239 orang mangsa yang dikatakan terperangkap di dalamnya.
Lautan Hindi adalah lautan paling dalam. Lokasi yang dikatakan MH370 terhempas itu pula bukan sebarang lokasi. Kedalamannya dikatakan mencapai tahap lebih 3km ke dasar laut!!!
Adakah mereka akan terus dibiarkan 'terkubur' di situ? Apakah keluarga mangsa akan dapat menerima hakikat sebegini? Jawapannya kita belum pasti tetapi besok, lusa pasti akan ada luahan hati daripada keluarga mangsa yang akan dapat kita baca. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya!!
Daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali...
0 ulasan:
Catat Ulasan