Gambar Dan Berita Ini Amat Memalukan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah
Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China.
Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk keuntungan domestik’.
“Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang ditulis oleh Wan Wenwen itu.Artikel itu adalah yang terkini disiarkan oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis itu.
Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China.
Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk keuntungan domestik’.
“Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang ditulis oleh Wan Wenwen itu.Artikel itu adalah yang terkini disiarkan oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi menyalahkan media cetak China kerana ‘membangkitkan kemarah’ keluarga mangsa, terutama dari China.
“Perdana menteri dan pemangku menteri pengangkutan cuba sehabis baik untuk menyelesaikan perkara ini tetapi, malangnya, akhbar memanipulasi keadaan ini dan memainkan sentiment sehingga keluarga, terutama dari Beijing, marah.
“Ini adalah nahas yang tiada sesiapa pun mahu ia terjadi,” kata Zahid ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.Beliau bagaimanapun tidak secara terperinci merujuk kepada media dari China atau akhbar harian tempatan China.
Artikel bertajuk “Jangan biar perasaan ekstrem menggagalkan penemuan MH370” berkata, keluarga penumpang Boeing 777-200ER mendapat sokongan rakyat China dengan ramai yang meragui maklumat didedahkan Malaysia dan mengkritik Putrajaya di rangkaian sosial media China.
“Bila Victor Wong, penyanyi dari Malaysia berbangsa Cina yang terkenal di kalangan masyarakat China, melahirkan takziahnya kepada saudara mangsa di akaun Sina Weibo, limpahan komen diterimanya, menyalahkan dirinya sebagai hipokrit dan ramai yang ingin memboikot persembahannya di China,” kata artikel itu.
Ia berkata, ramai rakyat China percaya Putrajaya silap mengendalikan pencarian pesawat hilang itu dan mahu Beijing mengambil pendirian tegas terhadap Malaysia.
Artikel itu berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membiarkan pendapat umum ke depan, masa depan hubungan Beijing – Kuala Lumpur sedikit sebanyak akan bergantung kepada bagaimana kerajaan akan bertindak antara jalinan diplomatik dan pendapat umum.
“Beberapa tahun lalu menyaksikan kerajaan China berdepan peningkatan tekanan daripada masyarakat dalam membuat keputusan diplomatik,” katanya.Artikel itu memetik analisa daripada media asing yang membuat spekulasi mengenai hubungan tegang antara China dan Malaysia, di sebalik fakta Malaysia adalah negara Asean pertama mengadakan ikatan diplomatik dengan China pada 1974 dan Malaysia adalah rakan dagangan terbesar China di kalangan negara Asean.
Laporan itu berkata, agensi pelancongan China melaporkan penurunan yang ketara dalam jumlah pelancong China yang memilih untuk melawat Malaysia.Ahli keluarga dan saudara penumpang MH370 yang kecewa mendesak jawapan daripada Putrajaya.
Taklimat yang diadakan pegawai Malaysia di Hotel Lido di Beijing semalam, yang berlarutan sehingga empat jam, menyaksikan keluarga yang marah mempersenda duta Malaysia, Iskandar Sarudin dan mendesak Putrajaya menarik balik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengenai pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, kerana tiada bukti kukuh.
“Tiada petunjuk pesawat itu, jadi mengapa anda begitu bersedia untuk mengesahkan ia terhempas?” jerit seorang lelaki kepada pegawai Malaysia.“Kami desak anda tarik semula kenyataan pesawat itu terhempas ke dalam laut,” kata seorang lagi.
Pegawai Malaysia berkata, pihak berkuasa bersandarkan kepada bukti daripada Cawangan Siasatan Nahas Udara Britan dan syarikat satelit British, Inmarsat, dan memberikan pembentangan mengenai penemuan itu – tetapi beberapa ahli keluarga memberi maklum balas dengan ejekan.
“Anda bayar duit untuk laporan yang mengarut,” seorang keluarga yang marah menjerit kepada pegawai Malaysia dan disambut tepukan ramai.“Anda tidak dapat maklumat lain selain slaid itu?” kata seorang yang lain.
Dua pertiga daripada 239 penumpang dalam pesawat itu adalah warganegara China.Kejadian di Hotel Lido di Beijing semalam adalah sehari selepas ahli keluarga yang penuh emosi berarah dan menunjuk perasaan di kedutaan Malaysia, berpimpin tangan dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian pencarian MH370.
Ramai ahli keluarga di majlis taklimat semalam terus berpaut kepada teori konspirasi dan berharap ketiadaan bukti fizikal mungkin bermakna orang kesayangan mereka masih hidup.
Pada satu peringkat, leftenan jeneral daripada Tentera Udara Diraja Malaysia memberitahu khalayak pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk rampasan.
“Jika anda tidak menolak sebarang kemungkinan, ia termasuk kemungkinan keluarga kami masih hidup, betul?” kata seorang ahli keluarga. Tetapi seorang lagi keluarga melambai kepada pegawai dan menjerit:”Saudara kami mati sebab mereka dibunuh oleh negara anda”. ~tmi
0 ulasan:
Catat Ulasan