Apakah yang terjadi kepada MH370? Semuanya masih kabur. Teori dan agakan belum diketemukan jawapan sebenar. Malam ini masuk hari ke sepuluh kehilangan MH370. Apa yang sedang ditempuh oleh seluruh ahli keluarga mangsa tentulah sangat menyedihkan.
Semua mangsa terdedah kepada spekulasi tuduhan atau sekurang-kurangnya disyaki terlibat dalam apa yang dikatakan sebagai rampasan pesawat MH370. Dalam hal ini Kapten Zaharie merupakan suspek utama. Jika kemungkinan pelencongan pesawat tersebut dari laluan asal dilakukan dari dalam pesawat tentulah beliau orang utama yang disyaki melakukannya. Hanya beliau (dan pembantu juruterbang) yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan akses untuk berbuat demikian.

Padahal ramai yang masih tidak tahu, ada cerita lain di sebalik ini semua. Ramai yang bertanya kenapa Kapten Zaharie yang sedang bercuti
beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki
menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?" Betulkah maklumat ini?
Apa pun yang berlaku sebenarnya masih dalam bentuk teori. Pihak keselamatan bertanggungjawab mengkaji dari semua sudut dan mengumpulkan bahan bukti yang memungkinkan sampai kepada kesimpulan teori berkenaan. Hanya kita rasa sedih dan terkilan kerana sebagai keluarga yang terlibat, mereka tentu merasa semakin tertekan, malu dan "teraniaya'.
Sepatutnya mereka diberi pembelaan, dibantu dengan kata-kata semangat agar makin tabah menunggu dan menanti. Sebaliknya pihak polis yang datang untuk mencari bahan bukti, tentulah mereka sangat sedih. Bayangkan dalam keadaan ketua keluarga sudah hilang, timbul pula cerita orang yang mereka sayangi itu menjadi suspek utama dalam kes kemungkinan MH370 di'rampas'.
Dalam hal ini kita yakin, pihak polis telah mengambil kira hal sebegini dalam melakukan kerja-kerja mencari bahan bukti tersebut. Kita berharap ianya dilakukan dengan berhikmah agar tidak mengguris hati dan perasaan keluarga Kapten Zaharie. Kapten Zaharie mesti dilayan sebagai warganegara yang mempunyai hak untuk dihormati.
Beliau belum tentu bersalah walaupun sekarang dikatakan menjadi suspek utama dalam teori berkenaan. Bahkan selagi beliau belum dijatuhkan hukum bersalah, tetaplah beliau tidak bersalah.
Insiden 'penggeledahan' (mengikut apa yang dilaporkan akhbar) tetaplah memberi kesan kepada keluarga Kapten Zaharie. Siapa pun yang berada di tempat isteri dan anak-anaknya akan tertekan. Tentu mereka malu berdepan dengan orang ramai.
Soalnya. adakah pihak MAS memberi perhatian secukupnya kepada keluarga Kapten Zaharie berkait isu terbaru ini? Berita yang keluar mengatakan rumahnya diserbu pun sudah menimbulkan persepsi yang buruk terhadap kapten Zaharie dan sekaligus tambah memburukkan reputasi MAS.

Dalam apa keadaan sekalipun pihak MAS sepatutnya mempertahankan warga kerjanya. Kesetiaan Kapten Zaharie dengan MAS melalui jasa dan perkhidmatannya yang dikatakan sangat cemerlang, komited dan profesional itu perlu dihargai.
Pihak Mas sepatutnya mengawasi kerja-kerja pencarian bukti tersebut termasuk memastikan media melapurkannya dalam bahasa yang sesuai. Sebaliknya media sudah mengeluarkan kenyataan 'geledah'. Ini menunjukkan pihak pengurusan MAS tidak memberikan perhatian kepada soal yang penting ini.

Ianya baru mencari bahan bukti. Kapten Zaharie hanya terdedah kepada teori rampasan dan dialah yang disyaki. Haknya sebagai individu dan warga kerja MAS mestilah dipertahankan oleh pihak MAS sendiri. Kenapa biarkan spekulasi liar terhadap Kapten Zaharie berlaku. Bayangkan jika kita semua yang mengalaminya.
Kita harap Mas ataupun kesatuan sekerja MAS dapat memberi perhatian dalam hal ini. Janganlah biarkan sahaja isu ini ditanggung oleh pihak keluarga Kapten Zaharie dan lain-lain sahaja. Seelok-eloknya berilah penjelasan yang secepatnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan