Apa yang terjadi pada MH370 semakin rumit untuk diagak. Semakin hari semakin banyak spekulasi yang ditimbulkan. Berbagai teori baru muncul setiap hari. Setiap hari jugalah keluarga mangsa menghadapi tekanan demi tekanan. Yang paling terkesan tentu keluarga Kapten Zaharie.
Berita yang mengatakan 'keluarga Kapten Zaharie melarikan diri ke luar negara' sudah membentuk satu persepsi yang condong ke arah negatif. Kenapa tidak dipastikan dulu?
Kalau sebelum ini anak perempuan kepada Kapten Zaharie tampil menyangkal dakwaan berkenaan, kali ini pula sumber terdekat kepada keluarga Kapten Zaharie tampil untuk menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada ahli keluarga itu. Jelasnya dalam sebuah laporan, dakwaan mereka melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar.

Menurut sumber itu, isteri Kapten Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang. Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.
“Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang. Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,” katanya.
Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya. Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan.
“Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut,” katanya.
Sumber asal: http://akubarubelajarmenulis.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan