Pencarian MH370 dan kotak hitamnya bakal menjadi sangat sukar apabila ahli kaji bumi laut Australia yakin serpihan pesawat Malaysia Airlines itu terletak di atas rantaian dasar laut yang luas akibat gempa bumi dan jarang dikaji sebelum ini, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
Ia menjadi lebih sukar apabila satu-satunya kapal Australia yang mampu membuat penilaian sehingga 3,000 meter dalamnya, RV Southerm Surveyor, dikeluarkan daripada bertugas pada Disember, kata akhbar harian itu.
Robin Beaman, dari James Cook University, memberitahu SMH, hanya sebahagian kecil dasar laut selatan Lautan Hindi yang termasuk dalam zon pencarian ini dipetakan secara terperinci.
Sehubungan itu, katanya, sebarang percubaan untuk mendapatkan bangkai memerlukan pemetaan 3D yang luas, mungkin oleh kapal-kapal dengan alat pengesan bunyi multibeam echo.
"Ia benar-benar masa yang tidak baik. Australia tidak mempunyai keupayaan pemetaan kedalaman ini," katanya yang dipetik oleh SMH. Alat pengesan bunyi Multibeam echo boleh menghantar denyutan bunyi dalam bentuk kipas, yang boleh menentukan kedalaman dasar laut secara langsung di bawah kapal itu dan di sekitarnya, melalui corak yang dikenali sebagai 'swath'.
Beaman berkata, buat masa ini, pengganti RV Southerm Surveyor masih berada di Singapura menunggu untuk menjalani ujian di laut. ~tmi SUMBER
0 ulasan:
Catat Ulasan