Punca Musa Hitam Dedah Cerita Sebenar Tragedi Memali Tersebar
Kenapa Tun Musa Hitam membangkitkan semula cerita peristiwa berdarah
Memali? Peristiwa itu sudah berlalu lebih 29 tahun.Semasa kejadian itu,
Musa adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri yang
bertanggungjawab kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Apabila orang seperti Musa membuka mulut bercerita tentang apa yang
berlaku pada ketika itu, apa yang beliau katakan tentulah tidak boleh
dipandang remeh.Jadi, tanda tanya besarnya ialah kenapa Musa buka semula
cerita itu sekarang?Musa seorang ahli politik yang sangat
berpengalaman.
Beliau aktif dalam politik selama hampir tiga dekad.Di kalangan
pemerhati politik, ada yang menyifatkan Musa sebagai perdana menteri
yang tidak sempat memegang jawatan.
Musa adalah timbalan perdana menteri pertama dalam kabinet Tun Dr.
Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau jadi perdana menteri.Dr.
Mahathir Mohamad dan Musa Hitam semasa masing-masing jadi Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana MenteriDalam erti kata lain, Musa bukan
calang orang.
Pengalamannya sangat dihormati. Bukan satu rahsia lagi, Musa selalu jadi
tempat orang politik — yang selalu beliau sebut, dalam bahasanya
sebagai orang Johor, "penganjur-penganjur" — terutamanya di kalangan
generasi baru bertanyakan pandangan, pedoman dan nasihat.
Oleh sebab pengalamannya yang luas itu, Musa tentulah sangat arif akan
kesan politik daripada kenyataannya tentang 'cerita sebenar' peristiwa
Memali. Untuk berlaku adil kepada Musa, bukan beliau yang menawarkan
kenyataan itu.
Beliau ditanya mengenainya dalam satu majlis diskusi anjuran kerajaan
negeri Kelantan di Kota Bharu pada 27 Mac lepas. Forum itu turut
disertai oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa.
Kenyataan Musa itu mendedahkan satu perkara: Dr. Mahathir berada di
dalam negara semasa kejadian Memali dan Musa bukan memangku jawatan
sebagai perdana menteri.
Seminggu selepas kenyataannya dalam forum itu, Musa mengeluarkan satu kenyataan media empat halaman pada Jumaat, 2 April.
Penjelasan
Daripada penjelasan lanjut itu, kita tahu pada hari kejadian Musa
bersama Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Amin Osman mengadap
Dr. Mahathir. Mohd. Amin memberi taklimat apa yang berlaku. Musa meminta
Dr. Mahathir menangguhkan lawatannya ke China.
Dr. Mahathir membuat keputusan tetap mahu ke China kerana ia lawatan
negara. Musa memberi cadangan mahu membentangkan peristiwa Memali di
Parlimen.Beliau juga meminta masa 24 jam daripada media untuk
mendapatkan gambaran lebih tepat dan lengkap.
Keesokan harinya, pada 20 November 1985, Musa membentangkan peristiwa
Memali di Dewan Rakyat dan seterusnya bertemu dengan media.Apa yang
berlaku 29 tahun lalu itu tidak seluruhnya diingati lagi oleh rakyat
yang umumnya kurang peduli dengan sejarah.
Ketika terbitnya sebuah buku yang ditulis oleh bekas Ketua Polis Daerah
Baling ketika itu, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim yang terlibat
langsung dengan peristiwa itu tiga tahun lalu pun, orang tidak begitu
ghairah memperkatakannya semula.
Di kalangan generasi muda pun tidak banyak yang tahu bahawa pada suatu
Selasa dalam bulan November itu, 18 rakyat negara ini terbunuh termasuk 4
anggota polis dalam satu operasi polis di Kampung Memali di Baling,
Kedah.
Operasi itu adalah untuk menahan Ibrahim Mahmood atau Ibrahim Libya yang
kemudiannya terbunuh dalam insiden itu.Apa yang berlaku di Memali pada
hari itu juga sebenarnya adalah kemuncak daripada rentetan yang bermula
hampir setahun sebelumnya.
Pada awal pagi 2 September 1984, polis melancarkan satu operasi untuk
menahan Ibrahim.Menurut catatan Tunku Muszaffar Shah, ada arahan khusus
daripada Musa supaya polis tidak menggunakan kekerasan dan sekiranya ada
penentangan, mereka hendaklah berundur.
Pada awal pagi 2 September itu, pengikut-pengikut Ibrahim mempertahankan
ketua mereka dan polis kemudiannya berundur.Terkait dengan peristiwa
Memali itu ialah kertas putih bertajuk yang dikeluarkan oleh kerajaan
pada 8 November 1984 bertajuk 'Ancaman Terhadap Perpaduan Umat Islam dan
Keselamatan Negara'.
Kertas putih itu dikeluarkan untuk mendedahkan kegiatan anasir, kumpulan
dan individu tertentu yang menyalahguna serta mengeksploitasikan agama
Islam untuk kepentingan politik.
Peristiwa Memali itu juga terkait dengan apa yang disebut dalam kamus
politik negara ini sebagai "Amanat Haji Hadi".Selebihnya, ia terkait
dengan isu hubungan UMNO dan PAS serta peranan parti orang Melayu itu
dengan hal-ehwal Islam.PolemikMusa tidak berniat untuk mencetuskan
polemik baru apabila beliau membangkitkan semula cerita Memali.
Beliau hanya menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya dan kemudian
menjelaskan kenyataannya itu.Beliau sedar kenyataannya itu "menjemput
pelbagai ulasan dan padangan" yang positif dan negatif serta "tohmahan,
tuduhan dan fitnah" ke atas dirinya.
Tetapi dalam kenyataan panjang lebarnya, Musa juga menyebut bahawa
majlis forum di Kota Bharu itu memberikannya peluang "untuk
memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting" yang melibatkan
dirinya.
Sejarah yang betul itu penting bagi Musa kerana ia melibatkan nama
baiknya.Sejarah yang betul itu juga penting bagi negara ini dan masa
depannya.Jadi, apakah ertinya pendedahan Musa ini kepada cerita Memali?
Inilah masanya untuk sejarah itu disemak kembali.
Menyemak sejarah itu adalah usaha melawan lupa. Tetapi dalam hal Memali
ini, ia bukan saja usaha melawan lupa.Ia juga melawan tidak tahu: Apakah
sebenarnya yang terjadi pada hari berdarah itu? ~awani (Tuesday, 8 April 2014)
as salam Pak Lang
BalasPadamKenapa tetiba tukar topik ke arah hal politik? ada apa2 yang terbaru kini ke isu politik tanah air atau sekadar tertempias PEMILU negara jiran tanah tumpah darah mertua pak lang, juga tnah taumpah darah moyang saya di tanah besar Jawa yang penuh pelbagai cerita suka duka...biasanya orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal ingin selalu bersama, gitulah rasanya TMH ini maklum dah rasa duduk kerusi ke2 tertinggi....ada-ada saja nak ...orang politik katanya susah nak didamaikan....mudah ke nak damaikan 2 Tun ni?maaf saje mencelah
Pak Lang membela kebenaran. Apa sahaja yang benar akan Pak Lang sokong. Jika seseorang itu mempunyai 7 perkara benar dalam dirinya manakala 3 lagi tidak benar, Pak Lang hanya sokong 7 perkara itu sahaja.
BalasPadam