Berpoligami di dalam keadaan hati takutkan Allah dengan sebenar-benar takut, mencintai Rasulullah SAW, mengamalkan syariat - menjadikan rumah tangga kelihatan sungguh indah dan bahagia. Bayangkan hasil poligami, keluarga jadi ramai - suatu yang Rasul inginkan serta mahu berbangga dengan umatnya yang ramai. Anak-anak pula jadi anak-anak yang beruntung kerana mendapat ibu yang ramai.
Ramainya ibu iaitu isteri-isteri bagi ayah mereka menjadikan banyaknya tempat untuk mereka bermanja dan bermesra. Sedangkan anak-anak hari ini sedang terbiar tanpa perhatian dek kesibukan hidup. Rumah tangga poligami membolehkan ibu-ibu bergiliran memberi perhatian dalam urusan anak-anak mereka semua. Hiduplah dalam erta berkasih sayang, berkerjasama dan harmoni di dalam keluarga.
Tentunya poligami menjadikan kerja yang banyak dapat mudah diselesaikan oleh isteri-Isteri yang bukan gilirannya. Bahkan mereka dapat pula terjun bergelanggang memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan.
Kerja-kerja rumah atau perjuangan boleh diagih-agih mengikut bidang dan bakat isteri-isteri. Kerja rumah beres, kerja perjuangan bertambah pesat. Inilah yang berlaku di zaman gemilang Islam, kerana cintakan Allah dan Rasul, poligami menjadi amalan tradisi. Tidak ada yang tidak berpoligami kecuali sedikit sekali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Umumnya berpoligami menjadi budaya kehidupan mereka.
Poligami indah yang mereka paparkan - tidak ada krisis, tidak ada masalah, kecuali sedikit sangat. Ianya suatu yang biasa. Tanpa poligami pun, isteri yang derhaka tetap setiap hari bergaduh menentang suami. Ada saja isu yang memberangkan jiwa berlaku sekalipun suami kekal tidak berpoligami. Pergaduhan tercetus hanya dengan isu remeh temeh!!
Rumah tangga poligami indah menyaksikan suami terhibur dengan layanan isteri, bersyukur dengan peningkatan jiwa anak-anak dalam mengikut sistem hidup Islam. Masing-masing saling redha meredhai kerana cintakan Allah dan meraih pahala yang besar dalam membela sunnah Nabi SAW.
Cintakan Allah Taala punca isteri redha dan rumahtangga bahagia. Di zaman salafussoleh kerana cintakan Allah, tidak ada perkara yang mustahil. Cintakan Allah, kepentingan peribadi tidak wujud sama sekali. Masing-masing berebut berbuat baik sekalipun merugikan diri sendiri. sanggup berkorban demi orang lain itulah hakikat kemuliaan insan yang tiada taranya.
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri!!"
Inilah rahsia kenapa poligami dapat ditegakkan. Nafsu mereka dapat dikekang. Hidup mereka semata-mata untuk Allah, tidak ada kepentingan peribadi. Bukan sahaja berpoligami mereka boleh melakukannya, yang lebih dahsyat dari itu pun mereka boleh membuatnya.
Bayangkan wanita di zaman itu menangis kerana telah habis semua anak lelakinya syahid di medan jihad sedangkan dia sudah tidak punya anak untuk dihantar ke medan jihad fi sabilillah!! Wanita di zaman itu sanggup ke luar berjuang hingga syahid. Justeru adalah menjadi satu perkara biasa bila isteri-isteri kerapa ditinggalkan suami, kerana berjuang hingga mati.
Hari ini - poligami, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia adalah satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ianya tidak wujud dalam ajaran Islam. Sesiapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi.
Terpinggirnya amalan poligami ini bukan bermakna satu kelemahan. Malah ia merupakan satu kekuatan. Sebenarnya watak atau sikap sesuatu bangsa yang akan bangun itu asalnya ia terpinggir dahulu. Poligami ialah kekuatan luar biasa yang terpinggirkan! Ianya pertanda sesuatu yang hebat di sebalik siapa yang mampu mengamalkannya.
Kalau kita lihat dalam sejarah, bangsa-bangsa yang menjadi empayar bukanlah bangsa yang bilangannya besar, tetapi bangsa yang kecil jumlahnya atau etnik yang kecil. Tapi ia dapat memiliki satu-satu sifat yang sangat kuat, sama ada semulajadinya begitu, atau melalui hasil didikan.
Contohnya bangsa Arab. Bangsanya ramai, di dalamnya bermacam-macam etnik, tapi tidak ada keistimewaan. Mereka tidak tahu menulis, tidak tahu membaca dan tidak ada ilmu. Hanya memikirkan hidup bersama kambing-kambing.
Rasa kasih sayang sesama bangsa Arab tidak wujud, sedangkan kasih sayang itu adalah sesuatu yang besar. Yang ada pada mereka hanyalah sifat bengis, maka berlakulah permusuhan dan pergaduhan antara bani-bani.
Tapi bila datang Rasulullah SAW, baginda berjaya menukar watak bangsa tersebut. Di antaranya ialah menanamkan sikap berkasih sayang sesama insan yang seterusnya melahirkan perpaduan. Akhirnya bangsa tersebut muncul menjadi empayar.
Tetapi yang berjaya menjadi empayar itu bukannya seluruh bangsa Arab. Tuhan memilih di kalangan bangsa Arab itu satu etnik sahaja yang menjadi tunjangannya iaitu Bani Quraisy. Jadi bangsa Quraisy inilah yang berjaya dididik dengan cepat hingga bertukar wataknya yang berbeza dari sebelumnya.
Hasil didikan dan pimpinan Rasulullah, bangsa Quraish kuat beriman dengan Allah dan Rasul. Mereka menjadi kelompok yang pertama menyahut ajaran Al-Quran. Panduan ilahi sungguh-sungguh ditaati sehingga hiduplah mereka dalam keadaan hati berpadu dan berkasih sayang. Hiduplah mereka dalam satu sistem hidup yang mengutamakan Allah dan Rasul.
Bani Quraish yang asalnya sering berbunuhan terus diubah menjadi "ummatan wasatan" yang saling bela membela, menyantuni yang lemah, memerangi yang zalim sehingga mereka diyakini sebagai pembela seluruh kabilah arab yang ada. Bani Quraish menjadi kuat, maka bangsanyalah yang menaungi semua etnik-etnik Arab yang lain. Akhirnya bangsa Arab muncul sebagai pembangun empayar Islam yang tidak ada tolok bandingnya.
Demikianlah peranan didikan yang berlaku di zaman salafus soleh. Kesan didikanlah maka poligami indah dapat ditegakkan. Kesan didikanlah sesuatu bangsa itu dapat di merdekakan dari belenggu nafsu dan syaitan. Maka pendidikan yang membawa hati takut Allah dan rindu Nabi sahajalah yang kita perlukan untuk hari ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan