Social Icons

Jumaat, 22 Januari 2016

Remaja Cari Kerja? Baca Dulu Yang Ini!!

Ramai anak muda yang sedang mencari pekerjaan. Maklumlah kehidupan dilihat sangat mendesak untuk mendapatkan pendapatan sendiri. Tak tergamak lagi meminta dengan ibu bapa atau abang kakak. Semakin meningkat remaja semakin malu hendak meminta duit belanja dari orang lain. Kalau boleh nak kerja sendiri. 

Ada kelulusan atau kelayakan tak penting. Yang penting kerja yang gajinya lumayan. Manaboleh dapat kerja macam ni?

Kos sara hidup yang makin meningkat menjadikan setiap remaja berangan-angan untuk dapat duit sendiri. Nak beli itu ini!!  Kenapa angan-angan? Sebab ramai yang hanya angan-anagan Mat Jenin tetapi tindakan tak ada. Duduk di rumah 24 jam dengan HP. Main game!!

Inilah masalahnya anak-anak Melayu!! Sudah biasa dengan hidup santai - bermalas-malas. Kalau malas kerja, tak perlu ke mana-mana! Duduk saja di rumah - "latih' main game yang beribu-ribu versi tu!!

Kalau nak majukan diri, mula-mula kena cari ilmu - belajar agama - lepasi tahap ilmu Fardhu Ain. Latih diri untuk istiqamah solat lima waktu dan lain-lain yang fardhu. 

Kamudian kena cari kebenaran Islam di mana-mana. Sebab yang nak dibawa mati adalah hati yang sejahtera - yang kenal Tuhan, yang rasa diri berdosa dan sentiasa meminta ampun padaNya

Nak jadi remaja macam ni kena ada pimpinan. Seorang diri tak akan mampu. Nak cuba juga boleh tapi pasti kecundang. Ini pengalaman. Dunia yang penuh fitnah merentangkan nikmat dan kelalaian. Jika tempuh jalan kebenaran, ada ujian serta dugaan yang membantu menginsafkan kita.

Cari makan kat dunia nni tak susah. Semua sudah Allah tentukan rezekinya. Tak usah bimbang. Selagi ada usaha di situ ada jalan. Yang penting perjalanan hidup kita dalam pimpinan Tuhan! Macamana nak tahu? Ye! kalau hati kita sentiasa cenderung kepada kebaikan dan kebenaran ertinya Allah sedang beri peluang kepada kita untuk terus mencari yang benar dalam hidup. 

Bukankah jalan yang benar inilah yang kita minta setiap kali solat?  Inilah jalan yang kita kena tempuh iaitu jalan yang ada orang pimpin kita. Maksudnya kena ada guru kerohanian untuk  pimpin kita tempuh jalan yang lurus. Maka mencari pemimpin itu wajib dalam hidup kita. Jangan pandai-pandai sendiri. Nanti syaitan yang pimpin kita. Nauzubillah!!

Jadi bila anak-anak remaja sedang berfikir nak cari kerja, fikirkan juga sesuatu yang lebih jauh di depan iaitu hujung umur kita dan apa yang akan kita tempuh selepas mati.

Remaja yang istimewa ialah yang merancang masa depan dia dengan kebenaran!! Umur yang muda untuk berusaha mencari kebenaran dalam hidup. Dengan kata lain, kebenaran yang utama yang paling agung ialah Allah. Allah itu Al-Haq (Kebenaran). Dapatkan Allah, nescaya Allah akan pimpin jalan hidup kita. Insya Allah kita tak mudah tersasar asalkan kita berada dalam jemaah. 


PAPARAN GAMBAR-GAMBAR BERIKUT DARI BLOG IBNU HASYIM
(Kisah Orang Malaysia pergi kerja di Australia)

Ladang Australia luas terbentang dilihat dari udara..

Ladang tomato.

Pengangkutan ke tempat kerja ladang di Australia.


Kerja bagaimana? Kerja pungut buah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text