Seorang guru agama yang sangat alim di Mekah suatu masa dahulu iaitu Syeikh Muhammad Ali Bin Husain Al-makki Al-maliki (ulama daripada Magribi) pernah memberi nasihat serta membuka aib pelajar-pelajar Mekah dengan mengarang sebuah risalah yang bernama ‘Ma’surah fi tajannubi la’bil kurah’, bermaksud ‘Perbuatan yang baik pada menjauhkan diri daripada bermain bolasepak’. Risalah ini menyatakan hukum permainan bola sepak serta memberi ancaman terhadap pelajar-pelajar Mekah yang terlalu asyik bermain dengannya sehinggakan mengabaikan tuntunan agama dan menyebabkan terpesong niat asal mereka dalam mendalami ilmu agama. Risalah itu berbunyi:
اعلم نور الله بصيرتي وبصيرتك أنه لما افتتن في هذا العصر شبان الجاويين المجاورين بمكة المكرمة لتجويد القرآن الكريم وطلب العلوم الشرعية وآلاتها بالجري على عادة الكفار في لعب الكرة بعد عصر كل يوم بمحلة جرول ترتب علي ذلك مضار عظيمة منها حصول المضرة بأعضائهم ووقوع الشحناء في القلوب بينهم ومنها تركهم لصلاة المغرب والعشاء او تأخيرهما عن وقتهما المختار بلا عذر شرعي ومنها اشتغال أذهانهم وقلوبهم بذلك عما جاوروا لأجله وتركوا أهلهم وبلادهم في سبيله من تجويد القرآن وطلب العلوم الذي هو اما فرض عين واما فرض كفاية ........
Bermaksud: “Ketahuilah semoga Allah menerangi hatiku dan hati engkau, sesungguhnya takala terkena fitnah pada masa ini, pemuda bangsa Jawi yg melazimi dan menetap di Mekah Mukarramah bagi mempelajari tajwid Quranul Karim dan menuntut ilmu syariat serta ilmu yang menjadi wasilah kepada memahami ilmu syariat, dengan melakukan adat kebiasaan golongan kuffar pada bermain bola sepak selepas daripada Asar, setiap hari di tempat bernama ‘Jarwal’, nescaya terbit dari perbuatan bermain bola sepak tersebut, beberapa kemudharatan yg sangat besar, di antaranya:-
Terjadi kemudharatan pada anggota tubuh badan mereka dan tercetus dalam hati mereka kebencian, perbalahan @ pergaduhan sesama mereka.
Mereka meninggalkan solat margrib dan isyak @ melenggah-lengahkan solat tersebut daripada waktu yang terpilih tanpa keuzuran syara’.
Menganggu fikiran dan hati mereka dengan sebab permainan itu, daripada perkara yang mereka melazimi kerananya serta sebab yang mereka tinggalkan keluarga dan Negara mereka iaitu bertujuan belajar tajwid Quran dan menuntut ilmu-ilmu yang mana samada ianya fardu ain ataupun fardu kifayah…………………”
Beliau meneruskan lagi:
والقلب الواحد ليس له وجهتان بل وجهة واحدة فاذا وجهها للهو بلعب الكرة لا يتأت له أن يوجهها الى الجد والاجتهاد في طلب ما هو مجاور لأجله من طلب العلوم الشرعية وآلاتها فيضيع بذلك ما أمله والداه وهان عليهم من أجله مفارقته وصارا يبعثان في كل عام مع الحجاج ما يقاسيان في تحصيله المشآقّ العظيمة من الدراهم التي تقوم بكفايته حتى لا يشتغل بصنعة أو خدمة تمنعه عن ذلك المأمول.......
Maksudnya: “Hati yang satu tiadalah baginya dua tumpuan, bahkan mempunyai satu tumpuan. Apabila ia menghadapkan tumpuannya kepada perkara yang sia-sia dengan bermain bolasepak, nescaya tidak berlaku baginya, menghadapkan tumpuannya kepada bersungguh-sungguh dan melimitkan kesungguhan diri bagi menuntut perkara yang menyebabkan dia menetap di Mekah, iaitu menuntut ilmu syariat dan ilmu yang menjadi wasilah kepadanya. Maka jadi sia-sialah dengan sebab bermain bola sepak itu, harapan kedua ibubapanya dan mudahlah ke atas mereka menjauhkan diri dari harapan kedua ibubapa mereka. Kedua ibubapanya pada setiap tahun, mengirim wang ringgit bersama para jemaah haji, yang mana mereka bersusah-susah menanggung kepayahan untuk mendapatkannya, dimana wang tersebut sebagai memenuhi pembelanjaan dia (di Mekah) sehingga tidak perlu dia menyibukkan diri dengan pekerjaan @ perkhidmatan yang boleh menegah daripada memenuhi harapan kedua ibubapanya…”
(Wahai pelajar Mekah sekarang!! adakah kamu seperti pelajar di masa itu yang mensia-siakan harapan ibubapa dengan sebab perkara-perkara yang melalaikan? Kasihanilah kedua mereka yang bersusah payah mengirim wang pembelanjaan kamu di Mekah.)
Setelah itu, pengarang menyeru orang yang mengetahui supaya mengambil peranan membaiki kelakuan buruk para pelajar Mekah dan Umat Islam secara amnya, dangan katanya:
فلذا صار من المتعين على العلماء توضيحه نصيحة للمسلمين وارشادا لهم عن اجتناب ما يخل بالمروءة ويسقط الوقار والسكينة بين العالمين لئلا يضيع مستقبلهم يفتر عزمهم عما كانوا مجدين في طلبه مما فيه صلاح دينهم ودنياهم...
Maksudnya: “Maka kerana ini, jadilah suatu kewajipan ke atas ulama’, menerangkannya sebagai nasihat dan memberi pertunjuk bagi kaum muslimin untuk menjauhkan diri daripada perkara yang mencarikkan kehormatan dan menghilangkan sakinah serta tata susila antara makhluk Allah supaya tidak dihilangkan tumpuan dan semangat keazaman mereka terhadap keadaan yang adalah mereka (sebelum ini) bersungguh pada menuntutnya(seperti menuntut ilmu agama dll.) yang mana ada padanya, kebaikan agama dan kehidupan dunia mereka itu….”
Tulisan di atas asalnya disusun oleh:
Nik Mohd Nazimuddin b.Nik Ibrahim b.Nik Yaacob b. Imam Langgar, Nik Yusof b.Wan Abd.Rahman b.Wan Taib b.Wan Mohd Said b.Wan Abd.Salam b.Wan Su b.Wan Abu Bakar b.Tok Kaya Pandik, Wan Ismail b.Dato’ Maharajalela, Syeikh Faqih@Nik@Ne’@ Andik Ali b. Dato’ Kaya Seri Akar Maha Puteri [bagi krjaan Islam Patani Darussalam, Sultan Ismail (Zhilullah fil alam)], Wan Mohd b. Syeikh Shafiyuddin (pendakwah drp Pasai ke Patani Darussalam sekitar 1400M/800H).
0 ulasan:
Catat Ulasan