UCAPAN PUAN HATIJAH BINTI AAM
Sempena
Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam
8 November 2013 / 4 Muharram 1435H
Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor
Sempena
Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam
8 November 2013 / 4 Muharram 1435H
Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor
MENGAPA AKU PERLU BERTAUBAT SETELAH 45 TAHUN PERJUANGAN?
1. Menjadi seorang Islam sejak dilahirkan, bermakna aku bersembahyang untuk mengikut Siratul Mustaqim! Allah SWT pun mengkabulkan doa dengan menjadikan aku seorang yang suka dengan Islam! Bertolak dari situ Islam pun menjadi cara hidup aku! Tapi terdapat perbezaan fahaman dan aqidah yang terlalu ketara di berbagai-bagai kalangan Umat Islam waktu itu. Aku cenderung memilih Arqam sebagai cara hidup dan perjuanganku! Namun Arqam difatwakan sesat pada tahun 1994 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia!
Kerajaan pun memerangi kami dan para pemimpin Al-Arqam ditangkap dibawah ISA setelah 25 tahun perjuangannya! Dalam peperangan itu kami dikatakan membuat 2 kesalahan: iaitu mengancam keselamatan negara dan membawa ajaran sesat. Namun kerana semua itu berlaku secara ala 'peperangan' antara kerajaan dan Arqam, maka kami pun merancang tipu daya. Perangkap tipu daya! Iaitu kami katakan memang aqidah kami rosak, walhal kami tidak percaya pun bahawa peperangan itu di sebabkan oleh masalah aqidah! Namun ia mengancam keselamatan negara. Hasil ISA, kami faham dan setuju! Sebab itu sejak 1994 hingga kini KDN tidak pun menahan kami atas isu keselamatan lagi, yakni setelah 2 kali ISA. Ertinya ISA berjaya membuatkan kami tidak lagi mengancam keselamatan! Tidak militan!
Maka 'peperangan' atas dasar aqidah teruslah berlaku antara kami dgn JAKIM dan JAIS. Hinggalah JAIS menahan kami Mei 2013 ini! Allah SWT lah yang mentaqdirkan peristiwa bertemunya kami dengan JAIS ini sebulan sekali, sejak 6 bulan yang lalu! Ertinya sudah 6 kali pertemuan! Berbeza dengan ISA, JAIS bukannya mengurung dan melakukan hukuman fizikal! Mereka begitu berhikmah dan toleransi!
Maka segala kekusutan terungkai hasil perbincangan! Barulah kami dapat melihat apa yang dikatakan kesalahan aqidah yang berlaku pada kami! Memang sebelum ini ada kursus-kursus pemulihan pernah dibuat kepada kami! Tapi ia berlaku dalam keadaan kami dipaksa oleh ISA! Manalah sama hasilnya sesuatu yang diberi penuh harmoni dan ilmiah dengan sesuatu yang dipaksakan? Hal-hal dalam hati itu, keinsafan itu hanya boleh berlaku diatas panduan bukan tekanan!.
Hasilnya, Allah SWT sepertilah telah membuatkan kami sukakan Islam, kini Allah jua lah yang buatkan kami sanggup bertaubat demi Islam, demi kebenaran!
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻲ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻭ ﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤـــــــــــﺪ
Oleh itu pada hari ini dengarkanlah selepas ini bagaimana kami sanggup untuk melakukan deklarasi Taubat yang dianjurkan oleh JAIS ini! Yakni sesudah program melupuskan barang- barang dan ucapan sumpah kami di depan Sahibus Saadah Dato Marzuki Pengarah JAIS pada 16 Oktober lalu.
2. Mengapakah begitu lama masa diambil untuk terjadinya taubat ini?
Kami bersangka baik dengan Allah SWT yang menentukan waktu ini untuk diizinkan dan dipermudahkan segala-galanya, Allah Maha Adil dan Maha Suci daripada tersilap! Selama ini kami diizinkaNya hidup dan berjuang tanpa apa-apa sokongan kerajaan, bahkan bercita-cita untuk sebuah Negara Islam. Kami bertindak sebagai 'pembangkang'! Selama 45 tahun seumur dengan umur perjuangan ini! Tapi rupa-rupanya apa yang berlaku selama 45 tahun itu menurut Majlis Fatwa Kebangsaan hanyalah sebuah perjuangan yang sesat aqidah!
Oh Tuhan! Kemuncak yang disangka agung rupanya kami jatuh merudum! Realitinya kini kami kena menerima sebesar-besar penghinaan. Dan kami kini bertaubat! Dan kami rela untuk menyerah diri dan ketaatan kepada Islam sebenar berdasarkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kami hanya hambaMu Ya Allah dan kami hanya sebagai rakyat jelata. Segala kudrat dan peluang yang Allah rezekikan ini akan kami gunakan untuk membantu agamaMu, menegakkan agamaMu seterusnya menjadikan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunanMu.
3. Asaari Mohamad ialah jasad yang telah berkubur! Tapi dengan cita-cita besar kami jadi gila kerana mengatakan dia belum mati. Cuma ghaib! Maka kami tertunggu-tunggu bilakah kembali hidupnya semula itu? Jenuh menunggu. Namun tidak juga kunjung-kunjung tiba! Hinggalah hari ini, Allah telah takdirkan segala pakej ajaran AM (Aurad Muhammadiah) ini kami kuburkan! Kami buang jauh-jauh dan kami mengaku salah..Ya Allah ampunkanlah kami. Kami sangat jauh terpesong Ya Allah..banyak lagi Ya Allah...kami sudah membuangnya jauh-jauh..JAIS telah pun memperincikannya dan kami sangat faham..
4. Sayangnya ramai di kalangan orang-orang Islam di tercinta ini masih tidur dengan mimpi songsang ciptaan mereka sendiri, kepada mereka, khususnya Syiah yang masih lagi berpegang teguh dengan fahaman salah mereka dan jelas menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kami di GISB Holding berjanji akan turut berperanan dan mengambil tanggungjawab bersama-sama Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM memberi penerangan dan menyedarkan orang ramai akan bahaya dan ancaman sebenar Syiah terhadap akidah umat Islam di Negara ini.
5. Hari ini di dunia, Islam sudah sangat dihina! Di negara Islam, orang Islam dibunuh oleh orang Islam! Hal ini jangan dibiarkan! Islam dan Umatnya sangat perlukan pembelaan! Jadi Umat Islam kena bergabung untuk membela Islam! Untuk itu hendaklah Umat Islam menguatkan hubungan dengan Allah selaku pembela Islam sebenar! Manakala untuk itu pula, kita semua kenalah rindu kepada Nabi SAW agar sesama Islam dapat bersatu bukan di mulut, tapi di hati!. Dengan satu landasan benar iaitu keimanan dan ketaqwaan selaku hamba abdi dan suruhanNya. Oleh itu saya berseru pada Umat Islam, mari kita bersatu atas nama Allah dan Rasul, serta atas aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah!
6. Terdapat sekumpulan kecil Umat Islam di Malaysia sekarang ini yang merupakan serpihan GISB! Mereka dipecat oleh Syarikat GISB kerana kesalahan-kesalahan disiplin yang melampau! Mereka sangat memusuhi kami kerana mengatakan GISB adalah ajaran Ummu Jah yang tersasar jauh daripada perjuangan Abuya Asaari Mohamad! Macam-macam lagi fitnah dan tohmah yang mereka sebarkan tentang kami! Bertujuan untuk menghancurkan supaya mereka pula boleh berkuasa ke atas GISB! Lebih-lebih lagi bila kami kini bertaubat dan menerima fatwa! Sangat-sangatlah mereka menentang! Hal ini moga-moga tidak berpanjangan bilamana mereka juga mahu bertaubat serta menerima Fatwa! Supaya agenda negara untuk menyatu padukan Umat Islam terlaksana dengan jayanya!
7. Perihal dakwaan bahawa taubat ini dibuat sebagai satu helah untuk kami lari dari undang-undang Mahkamah yang dihadapkan kepada kami, biarlah kami tegaskan disini bahawa sebelum ini pun sudah ramai dikalangan kami yang didakwa di mahkamah kerana melanggar fatwa ini! Saya sendiri kena tahan di Penang! Mengapa waktu itu tidak pun kami bertaubat untuk mengelak dari undang-undang! Bahkan kami hadapi dengan mengambil macam-macam risiko! Kalau bukanlah oleh proses JAIS mendekati saya dengan baik sekali, memang kami akan siap sedia untuk dibicarakan! Dan memang semalam kami telah pun dibicarakan! Kami
telah mengaku bersalah dan telah pun dijatuhkan hukuman!. Kami redha dengan hukuman yang dijatuhkan kepada kami, bahkan kami amat bersyukur kerana kami akan dipacu oleh JAIS sendiri untuk lebih memahami erti perjuangan sebenar.
8. Untuk menjawab persoalan rumah-rumah amal didalam GISB ini sukalah saya nyatakan disini bahawa gerakan kami di GISB ini adalah dinaungi oleh sebuah Yayasan bernama Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)! Saya adalah Yang Dipertuanya (YDP). Segala aktiviti, dakwah, tarbiah dan motivasi serta kebudayaan Islam dibuat atas nama kebajikan. Manakala semua rumah-rumah amal sebanyak 80 buah itu
juga dinaungi Yayasan!
Kami bangunkan klinik-klinik dan pusat-pusat rawatan juga adalah sebagai perkhidmatan. Inilah jual beli kami dengan Allah! Bahkan mana-mana perniagaan yang bermasalah, pun diselamatkan oleh Yayasan! Ertinya perjuangan kami selama ini selain melakukan perniagaan ialah juga memperjuangkan kebajikan dan perkhidmatan perubatan kepada ahli-ahli syarikat dan masyarakat yang memerlukan. Apapun semuanya telah ditentukan oleh JAIS apa yang selayakknya kami lakukan selepas ini. Begitu juga dengan sistem pendidikan kelolaan kami, JAIS sudahpun membuat ketetapannya. Dan kami sudahpun bermula.
Pada Mu ya Allah tolong terimalah taubat ini kerana kalau bukanlah untuk Mu dan Nabi Mu, nescaya kami tidak sampai ke tahap ini. Ya Allah berilah kekuatan kepada para pegawai JAIS untuk istiqamah dengan pendekatan baik dan bijaksana mereka. Semoga permasalahan umat yang semakin parah ini selesai dengan kehendakMu jua. Sekian, Ampun Maaf dan Terima Kasih.
Puan Hatijah Bte Aam
Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd

0 ulasan:
Catat Ulasan