Social Icons

Rabu, 6 November 2013

Kawan Lama - Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah Menulis Tentang Al-Marhum Ustaz Ashaari

Berikut adalah paparan mengenai kawan lama Pak Lang. Namanya Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah. Pak Lang - semasa menjadi ketua pelajar Al-Arqam Mesir mengenalinya yang kerap menziarahi kami di Markaz Al-Arqam Kaherah. Beliau meninggalkan pengajian sains di Australia untuk menukar haluan belajar Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

Pertemuan dengan beliau biasanya berisi perbualan mesra mencakup hal-hal perjuangan dan dakwah serta bagaimana ianya mahu direalisasikan di dalam masyarakat. Beliau - seperti kebanyakan tokoh gerakan Islam - amat mengkagumi As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Biasanya perbincangan kami tidak ada pertelagahan yang mencarikkan ikatan mesra sesama kami. Mungkin beliau - selaku pelajar cerdik dan matang - mampu berdiplomasi dan bertolak ansur dengan apa jua pertentangan pendapat. 

Kami terpisah dengannya sebaik kami balik Malaysia dan Al-Arqam diharamkan. Khabarnya beliau terus belajar di Mesir dan pulang untuk serius dalam arena dakwah di kalangan pelajar universiti di tanah air dan beberapa negara luar. Beliau tidak pernah terlibat dalam gerakan 'bawah tanah'. Pemikiran beliau jelas untuk mendokong menjayakan hasrat membangunkan negara bangsa yang berwibawa dan punya harga diri untuk memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai Allah. Sekarang, beliau masih aktif dalam gerakan Islam dan menjadi orang kuat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). 

Beliau hanya simpati dan menyokong Al-Arqam sejak di Mesir dan tidak pernah menjadi ahli Al-Arqam. Selepas pulang ke tanah air, ada dua tiga kali Pak Lang terserempak dengannya dalam beberapa acara. Seperti dulu pandangannya terhadap Al-Arqam, Rufaqa' dan GISB adalah positif. Dia tidak pernah memandang negatif atau prejudis. 

Pak Lang akan paparkan tulisannya tentang Al-Marhum Abuya Ustaz Ashaari kerana ianya adalah kenyataan sejarah yang tidak dapat dihapuskan.Sila rujuk tajuk-tajuk pada pautan di bawah. Pak Lang kira, tulisan Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah mengenai Al-Marhum sangat jujur dalam menghargai usaha dakwah Al-Marhum sepanjang hayatnya. Kekeliruan, kesilapan dan kesalahan Al-Marhum sehingga difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah suatu sisi yang berlainan. Beliau menghormati keputusan Majlis Fatwa mengenai Al-Marhum Ustaz Ashaari, Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah memperkatakan tentang Al-Marhum dari sudut yang dikira positif menurut pandangannya. Pak Lang rasa itulah pandangan umum masyarakat terhadap Al-Marhum. Justeru Pak Lang mengambil keputusan memaparkan tulisan beliau di dalam paparan blog ini pada hari ini. Seperti kata Sohibus Saadah Dato' Marzuki Hussin - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor bahawa setiap manusia tidak terlepas dari tersalah dan tersilap. Apa yang penting ialah sedar akan kesalahan tersebut, insaf dan bertabat. 

Pak Lang harapkan pandangan Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah mengenai Al-Marhum dapat membantu anak cucu semua memahami perlunya kita semua insaf dan bertaubat. Sejarah pahit maung yang telah dilalui menghabiskan umur kita dalam satu jangka masa yang tidak pendek. Percayalah jika Al-Marhum masih hidup, langkah bertaubat inilah yang akan beliau lakukan.

Alhamdulillah selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd, Puan Ibu Hatijah Aam telah mengambil langkah yang tepat untuk sedar, insaf dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita di dalam GISB HOLDINGS Sdn Bhd sedang melihat sinar baru dalam hubungan mesra dan harmoni bersama seluruh warga JAIS. 

Sila layari DI SINI dan SEJARAH ARQAM dan KLIK DI SINI

Us.Halim


Ustaz Abdul Halim
INIJALANKU adalah blog Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, 46 tahun. Beliau dilahirkan pada 6.11.1965 di Seremban, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di :-
- Sekolah Kebangsaan (dulu Jenis Kebangsaan Inggeris) King George V (KGV), Seremban, NS (1972-1977), Tahun 1 – Tahun 6.
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuantan, Pahang (1978-1982), Tingkatan 1 – Tingkatan 5.
- Kelvin Grove State College (Matriculation), Brisbane, Australia (1983), 1 tahun.
- University of Queensland, Brisbane, Australia (Bachelor of Engineering 1987), (1984-1987), 4 tahun.
- Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt (B.A. Islamic Studies & Arabic Literature 1993), (1989-1993), 4 tahun.
- Asy-Syeikh Hasan Al-Bakury Higher Institute for Islamic Studies, Cairo, Egypt (Graduate Diploma 1996), (1994-1996), 3 tahun.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuantan, Pahang dan Bukit Pelindung.
170px-kelvin_grove_state_college_crest.jpg
banner_kg.gif
Kelvin Grove State School (dulu Kelvin Grove High School & Evening Classes), Brisbane, Queensland, Australia. Kelas Matematik I dan Matematik II saya di bilik paling dekat di foto di atas. Kelas Chemistry dan Physics saya di bangunan paling belakang sekali.
Pada tahun 1985 ketika menuntut di Australia, beliau berkahwin dengan Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim, berkelulusan B.App.Sc – Applied Chemistry 1987 (Queensland University of Technology, Brisbane), B.A. Syariah IV (Universiti Al-Azhar, Cairo). Aqad Nikah dan Walimah dilangsungkan di Masjid Mount Gravatt, Nursery Road, Brisbane.
P1030122
Ustaz Halim dan isteri, Ustazah Fariza ketika di perasmian ISMA Australia di University of Melbourne pada Julai 2009.
Mereka kini dikurniakan 14 orang cahaya mata Uswah Hasanah (lahir 1988 di Brisbane, Australia), Khairah (1989 Penang), Mohd. Hasan (1991 Kaherah), Husna (1993 Kaherah), Ahmad Jihad (1994 Kaherah), Nurul Islam (1995 Kaherah), Ahmad Muktaz (1997 Kaherah), Sarah (1999 Penang), Mohd. Umar (2001 Seremban), Ibrahim (2003 Seremban), Nasriah (2004 Seremban), Maryam (2006 Seremban) dan Ahmad Syahid (2008 Seremban) dan Fatimah (26/7/2010 Seremban).
uq-logo.gif
The Great Court, University of Queensland, Brisbane, Australia (menuntut di sini 1984 – 1987).
Di Australia juga beliau pernah menjadi AJK dalam Muslim Student Association of Queensland (MSAQ) dan berpengalaman bekerja dalam bidang hidrolik (hydraulic) di Beach Protection Authority, Queensland Harbours and Marine Department, Brisbane dan dalam bidang struktur (structures) di Queensland Electricity Commission (QEC) sebelum kembali ke tanahair pada April 1988.
uni-al-azhar.jpg
The Great Court, University of Al-Azhar, Cairo, Egypt (menuntut di sini 1989 – 1993).
(Berdiri di tengah) ketika menjadi Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) 1993 bersama Ahli Jawatankuasa PPMM di pejabat Persatuan di Rumah Malaysia, Al-Abbasiah, Kaherah, Mesir.
Kini beliau bekerja sendiri manakala isteri beliau adalah seorang suri rumahtangga. Rumah mereka boleh diziarahi di alamat 214, Jalan Pulai Impian 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, 70200 Seremban, Negeri Sembilan (Tel: 06 – 768 7717). Ayah beliau, Haji Abdullah Hassan, 84 tahun adalah seorang bekas kakitangan kerajaan dan ibunya, Hajjah Puteh Hasan, 79 tahun adalah seorang suri rumahtangga yang kini tinggal di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.
Foto ketika Hari Raya 2006 di kampung. (Berdiri dari kiri) Muktaz, Jihad, Uswah, Hasan, Khairah, Husna, Islam. (Duduk dari kiri) Umar, Ibrahim, Ustaz Halim, isteri (Ustazah Fariza memangku Maryam), Nasriah, Sarah. (Ketika ini Syahid – lahir 10.1.2008 – belum dilahirkan).
Foto terkini (diambil pada 27 Mac 2011) diposisi yang hampir sama – dari kiri (depan) Syahid, Ibrahim, Omar, saya, Fariza (isteri), Sarah, Nasriah, Maryam dan Fatimah. Dari kiri (belakang) Muktaz, Jihad, Hasan, Uswah. Khairah, Husna dan Islam. (Syahid dan Fatimah belum dilahirkan dalam foto berhari raya di atas).
Bersama isteri dan anak-anak di Pantai Jeram, Selangor, berdekatan Sek Men Islam Hira’ (foto Mac 2008)
Bersama menantu dan anak-anak perempuan di Kaherah, Mesir. (foto April 2008)
copy-of-sy-al-birri-us-halimBersama Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry, Rais Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan Universiti Al-Azhar pada April 2008 lalu. Mesir banyak mengajar erti mencinta ilmu, kesabaran, perjuangan , kegigihan, keikhlasan dan tawadhuk.

Ustaz Halim pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) pada tahun 1993-94. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 2007M. Kini beliau dipikulkan tanggungjawab sebagai Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ketua Perhubungan Negeri ISMA Negeri Sembilan, Pengerusi AJK Surau Taman Pulai Impian, Seremban dan sebagainya.
Bersama ayahanda, Haji Abdullah Haji Hassan, 85 tahun, di hadapan maqam pengasas Jalan Dakwah akhir zaman, Rasulullah saw di Madinah. Di sisi maqam Baginda saw adalah maqam-maqam Abu Bakar As-Siddiq ra dan Umar Al-Khattab ra. (foto Jun 2008).

Beliau boleh dihubungi melalui telefon bimbit 019 – 678 0000 atau email ust.halim@yahoo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text