Social Icons

Selasa, 2 Februari 2016

Aqiqah - Kini Setiap Orang Boleh Beraqiqah Dengan Kos Paling Murah!!

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                AQIQAH: http://ikhwan-aqiqah.com

Aqiqah atau akikah (bahasa Arab, عقيقة) adalah menyembelih kambing sebagai melahirkan rasa syukur atas anugerah anak yang baru lahir. Seekor kambing untuk anak  perempuan dan dua ekor kambing untuk anak laki-laki. Hukum 


DEFINISI APA ITU AQIQAH (AKIKAH)

Aqiqah dari sudut bahasa adalah memotong (al-qat'u) atau nama untuk rambut di kepala bayi yang dilahirkan (اسم للشعر على رأس المولود). 

Aqiqah dari segi syarak (fekah) ialah haiwan yang disembelih sebagai wujudnya rasa syukur kepada Allah yang telah mengurniakan anak yang dilahirkan
Al-Ghazi dalam kitab Fathul Qorib al-Mujib mendefinisikan aqiqah sebagai:
(الذبيحة عن المولود يوم سابعه) أي يوم سابع ولادته بحسب يوم الولادة من السبع) 

"Kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketuju kelahiran."

DALIL DASAR HUKUM AQIQAH (AKIKAH)

Hadits Riwayat Ahmad dan Imam Mazhab yang empat - hadis sahih menurut At-Tirmidzi. 
كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه ويحلق ويتصدق بوزن شعره فضة 
أو ما يعادلها ويسمى

Ertinya: Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, maka pada hari ketujuh disembelih haiwan, dicukur rambutnya, memberi sedekah dan diberi nama (Bukhari) 

مع الغلام عقيقه فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى

Ertinya: Setiap anak lahir bersama aqiqahnya, maka sembelihlah haiwan dan hilangkanlah gangguan darinya. (Abu Daud) 

أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمْرَهُمْ أَنْ يُعَقَّ عَنْ اَلْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ,
 وَعَنْ اَلْجَارِيَةِ شَاةٌ 

Ertinya: Rasulullah SAW memerintahkan mereka agar beraqiqah dua ekor kambing yang sepadan (umur dan besarnya) untuk bayi laki-laki dan seekor kambing untuk bayi perempuan. (Imam Malik dan Ahmad)

وَزَنَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ شَعَرَ حَسَنٍ وَحُسَيْنٍ، فَتَصَدَّقَتْ بِزِنَتِهِ فِضَّةً.

Ertinya: Fatimah Binti Rasulullah SAW (setelah melahirkan Hasan dan Husain) mencukur rambut Hasan dan Husain kemudian ia bersedekah dengan perak seberat timbangan rambutnya. (Abu Daud dan Nasai).

مَنْ اَحَبَّ مِنْكُمْ اَنْ يُنْسَكَ عَنِ وَلَدِهِ فَلْيَفْعَلْ عَنِ الْغُلاَمِ شاَتَاَنِ مُكاَفأَ َتاَنِ وَعَنِ الْجاَ رِيَةِ شاَةٌ 

Ertinya: Barang siapa diantara kamu ingin beribadah tentang anaknya hendaklah dilakukan aqiqah untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sama umurnya dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Abu Daud)

أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنْ اَلْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Ertinya: Nabi beraqiqah untuk Hasan dan Husein masing-masing seekor kambing kibas.

Dari Ummu Karz Al-Ka'biyah berkata: 
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

عن الغلام شاتان متكأ فئتان . و عن الجارية شاة " 

Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang mirip, dan untuk anak perempuan satu ekor." 

Dan dibolehkan satu ekor domba untuk anak laki-laki . Rasulullawh saw. pernah melakukan yang demikian untuk Hasan dan Husain r.a., seperti pada hadits yang lalu.

“Dahulu kami dimasa jahiliyah apabila salah seorang diantara kami mempunyai anak, ia menyembelih kambing dan melumuri kepalanya dengan darah kambing itu. Maka setelah Allah mendatangkan islam, kami menyembelih kambing, mencukur atau menggondol kepala si bayi dan melumurinya dengan minyak wangi.” (Abu Daud).

Dalam hadis lain menceritakan tentang sejarah aqiqah yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban “Dari Aisyah ia berkata ‘Dahulu orang-orang pada masa jahiliyah apabila mereka beraqiqah untuk seorang bayi, mereka melumuri kapas dengan darah aqiqah, lalu ketika mencukur rambut si bayi mereka melumurkan pada kepalanya’. Maka Nabi saw bersabda, ‘Gantilah darah itu dengan minyak wangi.’” (Ibnu Hibban)

APA YANG DIBACA KETIKA MENYEMBELIAH HAIWAN AKIKAH

Sunnah berniat untuk aqiqah (akikah) seperti lafaznya: 
(sebutkan nama)... بسم الله، اللهم لك وإليك عقيقة 
"Bismillah Allahumma laka wa ilaika aqiqatu ... (sebutkan nama)" (Ya Allah! untukMu dan bagiMu lah Aqiqah.......... (sebut nama anak).

HUKUM AQIQAH (AKIKAH)

Ada tiga pendapat ulama dalam masalah status hukum akikah yaitu wajib, sunat mu'akkad dan sunat. Menurut madzhab Syafi'e hukumnya adalah sunat yang mustahab (sunat yang digalakkan) apabila mampu.

SYARAT HAIWAN AQIQAH (AKIKAH)

Adapun syarat haiwan yang dapat dijadikan aqiqah itu sama dengan syarat haiwan korban:

Untuk kambing: sempurna berumur 1 (satu) tahun dan masuk umur 2  (dua) tahun.
Untuk Domba: sempurna berumur 6 (enam) bulan dan masuk bulan ke-7 (tujuh).
- Tidak boleh ada anggota badan haiwan yang cacat.
- Dagingnya tidak boleh dijual.

WAKTU DAN CARA PELAKSANAAN AQIQAH (AKIKAH) YANG DIGALAKKAN
- Waktu pelaksanaan aqiqah disunatkan pada hari ketujuh lahirnya anak sekaligus memberi  nama. 
-  Jika memungkinkan, penyembelihan dilakukan pada hari ke-7. Jika tidak, maka pada hari ke-14. Dan jika yang demikian masih tidak memungkinkan, maka pada hari ke-21 dari hari kelahirannya. Jika masih tidak memungkinkan maka pada bila-bila masa sahaja.
- Yang melaksanakan dan membeli kambing adalah orang tua anak yakni ayah sebagai ketua rumah tangga.
- Apabila aqiqah tidak dilakukan sehingga anak sudah berusia akil baligh, maka gugurlah kewajiban aqiqah bagi orang tua. 
- Anak yang belum diaqiqahkan sampai baligh boleh melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri dan boleh tidak melakukannya. (Lihat: "Hukmul Aqiqah" dalam kitab Fathul Qarib al-Mujib )

PERKARA YANG SUNNAH DILAKUKAN KETIKA BAYI LAHIR

Menurut Al-Ghazi dalam kitab Fathul Qarib ketika seorang anak lahir, maka disunatkan bapanya melakukan hal-hal berikut untuk anak tersebut:

1. Segera setelah anak lahir siayah memperdengarkan azan pada telinga kanan anak dan iqamah pada telinga kirinya.
2. Memberi sedikit kurma yang sudah dibasah dan dilembutkan ke dalam mulut anak sampai ia menelannya. Jika tidak ada kurma, maka boleh diganti dengan sesuatu yang manis.
3. Diberi nama pada hari ketujuh. Boleh memberi nama sebelum hari ketujuh atau setelahnya. 
4. Setelah penyembelilan haiwan aqiqah, rambut bayi dipotong dan sunat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut yang dipotong.

Catatan: Kalau seandainya anak tersebut meninggal sebelum hari ketujuh, sunat hukumnya sekadar memberi nama.

FADHILAH (KEUTAMAAN) AQIQAH (AKIKAH)

- Merupakan bentuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah sekaligus sebagai menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak yang dianugerahkan Allah.

-  Akikah sebagai cara menampakkan rasa gembira dalam melaksanakan syari'at Islam & bersyukur dengan bertambahnya zuriat keturunan mukmin yang akan meramaikan jumlah umat Rasulullah SAW pada hari kiamat.

PEMBAGIAN DAGING AKIKAH PADA FAKIR MISKIN

- Mereka yang menyembelih aqiqah yakni bapa kepada bayi hendaklah memberi makan pada fakir miskin dengan memasak daging aqiqah tersebut sebagai lauknya.
- Pemberian makan tersebut boleh dibuat dalam bentuk menjemput (mengundang) mereka untuk dijamu makan di rumah atau boleh juga dengan dihantarkan daging kambing yang sudah dimasak ke rumah mereka.

ADAKAH BOLEH GABUNGKAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DALAM SATU SEMBELIHAN?

Mengenai hal ini ada 2 pendapat:

Qurban yang ia tunaikan itu boleh sekaligus diniatkan aqiqah dan menggugurkan tuntutan sunat muakkadnya. Pendapat ini merupakan saranan terbaik dalam Mazhab Hanafi dan juga mengikut salah satu riwayat Ahmad. Dari kalangan tabi’in, Al-Hasan Al-Bashri, Ibnu Sirin, dan Qatadah, sepakat dengan pandangan ini. Mereka berpegang dengan keadaan kedua ibadah yang sama bentuknya iaitu penyembelihan haiwan dan juga dari sudut niat untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. melalui sembelihan haiwan. Keduanya boleh saling melengkapi dan mengisi. Keadaan hukumnya sama ketika solat fardhu di Masjid termasuk dikira salat sunat tahiyyatal masjid. 

Pendapat kedua mengatakan bahawa kedua ibadah itu tidak boleh disatukan dan tidak dikira boleh menggugurkan tuntutan atas salah satunya. Korban adalah korban dan aqiqah adalah aqiqah. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Maliki, Syafi’e dan salah satu riwayat Mazhab Ahmad. Alasan yang mereka kemukakan ialah masing-masing dari akikah dan korban memiliki tujuan yang berbeza. Maka, satu sama lain tidak boleh digabungkan. Latar belakang dan tujuan di sebalik anjuran melaksanakan kedua ibadah itu pun berasingan. Jadi, kurang tepat disatukan. Misalnya, ada beza antara denda yang berlaku di haji tamattu' dan denda yang berlaku dalam fidyah. Wallahu a'lam.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ 


“Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.” 

_______________________________________________________________________
TAHUKAH ANDA, AQIQAH BOLEH DILAKUKAN DI MANA SAHAJA? AMANAHKAN KEPADA PENGUSAHA PROGRAM AQIQAH YANG DIPERCAYAI UNTUK KENDALIKAN AQIQAH UNTUK ANDA, ISTERI, ANAK-ANAK DAN KELUARGA ANDA!! 

Dengan Harga Yang Sangat Murah - serendah RM450.00 - aqiqah 'yang masih tertangguh' dapat anda selesaikan!!

UNTUK MELAKUKAN AQIQAH YANG BERKAH - SILA LAYARI LAMAN WEB BERIKUT:
Hubungi Ustaz Mahfudz: +62 817 9198 525
________________________________________________
GISBH Sentul, Jakarta, Indonesia mempunyai ladang ternakan kambing yang bersih dan terbaik dengan penyembelihan sempurna!!! 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text