Social Icons

Isnin, 1 Februari 2016

Maulid Nabi SAW - Lihat Sikap Terbaik Lembaga Fatwa Mesir

Syariahcenter.com – Lembaga Fatwa Mesir (Darul Ifta’ al-Misriyyah) menyeru umat Islam supaya tetap merayakan peringatan kelahiran atau Maulid Nabi Muhammad saw, dan tak usah menghiraukan fatwa takfiri Salafi/Wahhabi yang mengharamkan dan menganggapnya sebagai praktik bid’ah.

Paparan dalam Middle East Online dan CNN Selasa (22/12), menyatakan Lembaga Fatwa Mesir pada hari Isnin (21/12) telah menegaskan bahwa perayaan maulid Nabi saw “secara syar’i boleh”, dan bahkan “tergolong amalan terbaik dan merupakan satu usaha  mendekatkan diri kepada Allah yang paling agung” kerana majlis sedemikian mencerminkan “kebahagiaan dan kecintaan kepada Nabi saw”.

Penegasan Lembaga Fatwa Mesir (Darul Ifta’ al-Misriyyah) ini menyusul setelah keluarnya lagi fatwa ulama Salafi/Wahhabi yang mengharamkan tradisi perayaan-perayaan hari kebesaran Islam yang dilakukan oleh masyarakat Islam tradisional (Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Lembaga Fatwa Mesir pada kebelakangan ini telah memantau fatwa yang dikaitkan dengan salah seorang tokoh Wahhabi bernama Said Abdul Adhim yang mengharamkan perayaan maulid Nabi saw dan menganggapnya sebagai bid’ah dan sesat.

Mengulas fatwa yang menyimpang itu, Lembaga Fatwa Mesir menegaskan bahawa “Kecintaan kepada Nabi saw merupakan sebahagian dari prinsip keimanan”, dan merupakan “perkara yang sudah pasti merupakan syiar agama yang mulia yang merupakan prinsip utama bagi semua prinsip  ajaran Islam"

Darul Ifta’ Mesir menjelaskan bahawa “majoriti ulama sejak abad ke-4 Hijriah sepakat atas kewajaran mengadakan perayaan maulid nabawi,” - dari sudut syarak. Perayaan malam maulid yang dilakukan dengan “berbagai bentuk pendekatan kepada Allah, termasuk menjamu makan, membaca al-Quran, berzikir dan melantunkan syair dan pujian kepada Rasulullah saw.” adalah suatu amalan yang terpuji.

Badan Pemantau Fatwa Aneh dan Takfiri yang merupakan sebuah badan khas di bawah Lembaga Fatwa Mesir telah menyatakan bahawa Rasulullah saw sendiri telah mensunnahkan kesyukuran kepada Allah atas kelahiran Baginda dan dalam hal ini terdapat riwayat sahih bahawa Baginda berpuasa pada hari Isnin dan bersabda, “Ini adalah hari kelahiranku” sebagai isyarat bahawa kelahiran beliau adalah anugerah Allah Swt bagi umat Islam.

Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Al-Asheikh, dalam kutbah Jumat di Masjid Imam Turki bin Abdullah, Riyadh, Arab Saudi, Januari 2015 juga mengeluarkan fatwa haram untuk perayaan maulid Nabi saw dan menyebutnya sebagai bentuk praktik tahayul yang diada-adakan dalam tradisi keagamaan.

“Ini merupakan bid’ah yang merayap ke dunia Islam setelah tiga abad yang pertama ketika para sahabat dan penerus dari para sahabat masih hidup,” katanya.

Mufti Besar Arab Saudi ini juga menegaskan bahawa memotivasi orang lain untuk merayakan maulid Nabi adalah perbuatan jahat dan rusak.

Namun demikian, para ulama terkemuka di berbagai negara Islam telah menyeru umat Islam mengabaikan fatwa-fatwa radikal dan takfiri beberapa syeikh Salafi/Wahhabi yang mengharamkan perayaan maulid.

KREDIT SUMBER: DARUL IFTA' MISRIYYAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text