Social Icons

Isnin, 8 Februari 2016

Kisah Seram Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik Malaysia Selendang Ayu. Hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari Malaysia 

Apabila tugasan di Mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major Ravi telah mengarahkan aku, Bahtiar dan Ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan, tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke Pelabuhan Labuan yang merupakan tempat kami akan berlepas. Perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah. 


Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo Selendang Ayu yang difahamkan akan belayar ke Bahamas, Pelayaran ini adalah utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut di sana. Pihak Malaysia begitu prihatin utk membantu walaupun Bahamas adalah di bawah pemerintahan Amerika namun atas dasar keperimanusiaan, kerajaan kita tetap membantu. 

Aku, Ramzul dan Bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star - selesa la jugak. Tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. 

Aku termenung seketika di atas tilam tempat Bahtiar berbaring. Ramzul di atas pun tgh berbaring. Keadaan aku yang termenung itu disedari Bahtiar lalu dia menegur. “Weh apsal ko termenung bro”? Sapa Bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa, aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni? Cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard. Semuanya lengkap, senjata pun ada. Jawab aku dengan penuh hairan.

“Entah la aku pun pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? Sampuk Ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. Tiba-tiba Bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke Bahamas tu kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la, mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah, menyesal la pulak aku join cover ni” kata Ramzul. 

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata Bahtiar memang kapal ni akan melalui Segitiga Bermuda jika mahu sampai ke Bahamas. Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”Segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima - yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata Ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan Bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. 

”dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional. Pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambaNya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin. 

Perjalanan kami ke Bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. Apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupun penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. Jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan. 

Apabila kapal kami tiba di lautan Atlantik satu detik, hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau. Ini bermakna kami berada di tengah-tengah lautan Atlantik yang luas. Menurut kapten kapal, inilah dia laluan Segitiga Bermuda. Bahtiar dan Ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. Ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama Zulfakar. ”Apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani. 

“Ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama John Barios pernah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di Miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupun semasa belayar seramai 30 orang crew yang menyertai pelayaran itu dari England.

Kapten John itu disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut Atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. Sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan. 

Aku terdiam dan hanya menghayati kesedihan Kapten Zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi pada kawannya itu. Aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke lautan yang sedikit berkabus. Sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan Atlantik yang melanda sekala sekala deras. 

Ramzul dan Bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. Kebanyakannya Melayu dan seorang adalah berbangsa Sigh. Dalam penghayatan aku di lautan tiba2 Bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”Weiii.. korang nampak tak kat sana?” Tuju jari Bahtiar ke selatan laut. 

Aku dan Ramzul pantas melihat. Namun kami berdua tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”Mana? tak ada apa2 pun” pintas Ramzul. ”Ada!! Aku mmg nampak tadi” Bahtiar mengukuhkan lagi dengan yakin. ”Apa yang kamu nampak?” Tanyaku. ”Aku nampak kapal” jawab Bahtiar. “Ahhh.. kapal pun mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sibiasa lalu di kawasan ni” pintas Ramzul lagi. ”Tak!!..aku nampak kapal zaman Portugis” yakin Kata Bahtiar lagi. ”Biar betul kamu ni Bahtiar”? tanya ku dengan penuh kesangsian. 

Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang Bahtiar katakan. Mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan Bahtiar tadi. Kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. Tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2. Objek itu semakin lama semakin menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”Ramzul!.. minorrr” jerit aku meminta Ramzul menghulurkan teropong. Ramzul segera memberikannya padaku. Melalui teropong, beliau sudah dapat melihat kapal tersebut. 

Aku juga cuba melihat kapal tersebut dengan teropong.. Ya! semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama d ikapal tersebut, aku terus di selubungi keresahan. Mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki Kapten Columbus pada tahun 1492. Kapal Santa Maria ini pernah melaui perairan Atlantik ini utk mendarat di Bahamas . 


Hati aku sekali lagi berdetup-detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak di mata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. Mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus tahun lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. Bahkan dari tadi kami rasakan kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. Sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut. Kami tertanya-tanya, apakah ada penghuninya. Ternyata, tiada nampak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut. 

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran. Aku pantas naik ke dek pengemudi. Kelihatan Kapten Zulfakar dalam keadaan cemas.. ”Apa yang terjadi Kapten”? “Entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas di depan kapal seperti Dinosour. Tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata Kapten Zul. Aku melihat kembali di luar.. Kapal Santa Maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. 

Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda. Petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan Bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka. 

Aku turun dan membaca Bismillah kemudian kuhembus ke muka mereka.. Alhamdulillah mereka sedar. ”Apa yang kita nak buat ni?” Tanya Bahtiar separuh panik. Angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun banyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal. Aku melihat ke depan ”Ahh kapal ni tak bergerak ni.. Kabus itu yang datang menghampiri” kataku. 

Antara sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga Kapal Santa Maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. Ramzul dan Bahtiar masih berpaut. Senjata masing2 dah jatuh entah ke mana. Aku pun tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. 

”Ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan in,i aku dan rakan2 tetap tabah utk menghadapinya” kataku di hati kecil. Tiba-tiba dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul di depan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh. Kami semua muntah semuntah2nya. Ya Allah azabnya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami. 


Kilat terus sambar-menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir. Ketika kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh..sekali lagi kami terbaring kembali dan muntah2. Rasa loya dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Aku gagahkan bangun utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku Ramzul dan Bahtiar.. Kemudian aku terus meluru ke dek Kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. Aku papah Kapten Zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” Kapten menunjuk jari ke depan .. 

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang ke arah kami. Dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. Tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar di belakangnya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya Dialah sahaja penyelamat kami. 

Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. Tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku melaungkan azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata di hatiku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.

Maka ketika aku sedang bertarung nyawa di depan kapal, terdengar pula di belakang suara yang ramai melaungkan azan.. jadi, didalam kapal itu telah bergema suara azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun” 

Diulang banyak kali ayat ini dan sememangnya jelas di anak telinga ini. Dengan spontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pun melafazkannya bersama-sama. Masing-masing cemas tetapi masa yang sama menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Maka dengan izin Allah segala kabus hitam itu pun hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Juga termasuk Kapal Santa Maria yang berada seiring dengan kami pun sudah tiada. 

Keadaan itu diikuti pula dengan munculnya cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu. Cuaca terang panas itu terus menguasai lautan. Pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. 

Aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh. Aku menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH. KAMI BERSYUKUR KEHADRATMU” Krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari betapa tidak bermayanya aku. 

Keadaan akhirnya pulih seperti biasa. Ramzul dan Bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan di atas kapal ini. Tidak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan Bahamas dengan membawa cerita yang terjadi. Mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak terurus. 

Apabila barang2 kargo di serahkan, kami bermalam hampir tiga hari di Bahamas. Bermacam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri. Semuanya mengenai Segitiga Bermuda. Apa yang kami tempuh adalah perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain. Mana-mana kapal yang bernasib baik, lepas manakala yang tidak bernasib baik akan hilang begitu sahaja. 

Lautan Atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama Kapten Columbus - seorang kapten yang pernah mengemudi Kapal Santa Maria yang kami jumpai di tengah lautan Atlantik. 

Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. Kami juga berjemaah beramai2 di tengah2 kapal. Bacaan Yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 Yassin itulah dia ayat yang didengar di celah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. 

Yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang beragama Sikh mahu memeluk Islam kerana melihat kebesaran Allah. Dia menyaksikan Allahlah yang maha Esa dan berkuasa menyelamatkan kami semua. Itulah yang menjadi sebab sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk Islam. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat tiba di tanah air selepas 3 minggu belayar dari Bahamas dengan membawa pengalaman yang tidak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. 

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam… 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text